Pada
2011, Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) melaporkan kira-kira
2.6 juta rakyat Malaysia disahkan mengidap diabetes. Didapati 1:7 orang dewasa
di negara ini mengalami masalah diabetes. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
melaporkan, Malaysia berkedudukan di tanggak ke-10 dunia yang mempunyai
pengidap diabetes teramai. Negeri pantai timur semenanjung, terutamanya
Kelantan dan Terengganu menyumbangkan 75% keseluruhan pesakit diabetes di
negara ini. Ini disebabkan budaya pemakanan rakyat kedua-dua negeri ini yang
mengemari makanan berunsurkan karbohidrat seperti nasi, pulut dan manisan.
Apa
Itu Penyakit Diabetes?
Diabetes adalah satu keadaan yang berlaku apabila tahap gula dalam
darah lebih tinggi dari biasa. Diabetes berlaku apabila pancreas dalam badan
tidak menghasilkan insulin atau tubuh sudah tidak sensetif dengan insulin dalam
badan. Apabila insulin gagal dihasilkan atau tidak berfungsi secara baik, ianya
tidak dapat membawa masuk glukosa atau gula kedalam sel dan tisu-tisu
badan kita sebagai simpanan. Akibatnya,
darah akan mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi untuk sel-sel badan.
Secara
amnya, seseorang dianggap mengidap diabetes apabila kadar gula di dalam darah
semasa berpuasa melibihi tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah pada
tahap 11.Diabetes terbahagi kepada type 1 (bergantung kepada insulin) biasanya
berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Diabetes type 2 (tidakbergantung
kepada insulin) kebiasaannya dihidapi oleh golongan berumur atau mempunyai
berat badan berlebihan. Terdapat juga diabetes semasa mengandung (gestational
diabetes).
Diabetes
dikategori sebagai penyakit silent killer
kerana boleh menyebabkan seseorang pesakit menjadi buta, mengalami komlikasi
ginjal, masalah jantung, strok dan gangrene yang menyebabkan amputasi kaki
akibat luka yang lambat sembuh atau mengalami jangkitan kuman yang kronik.
Tanda-tanda
Awal
Penurunan
berat badan secara mendadak, luka yang lambat sembuh, kerap membuang air kecil,
selalu lapar dan dahaga yang luar biasa, kabur pengelihatan, rasa kebas-kebas
di kaki dan tangan, otot-otot berasa lemah-lemah, sentiasa letih dan lesu,
cepat marah dan gatal-gatal pada kemaluan (terutamanya wanita) merupakan
tanda-tanda awal pengidap diabetes.
Punca
Biasanya
sesiapa yang mempunyai lebih daripada satu punca yang disebut di bawah
mempunyai risiko tinggi untuk menghidap diabetes.
Punca
utama yang dikenal pasti adalah obesity, keturunan, tahap kolestrol dalam darah
yang terlalu tinggi, stress, dan tekanan emosi berlebihan dan berterusan,
pengambilan minuman keras (alcohol) yang banyak, amalan pemakanan yang tidak
sihat dan tidak seimbang, kurang melakukan aktiviti fizikal dan bersenam serta
mengalami tekanan darah tinggi.
Pencegahan
dan Rawatan
Pada
dasarnya, penyakit diabetes merupakan penyakit yang tidak dapat diubati dan
hanya dapat dikawal dengan ubat-ubatan tertentu. Pengambilan diet seimbang dan
sihat, kerap melakukan senaman, mengawasi kadar gula dalam darah, tidak
merokok, tidak mengambil minuman keras dan mengawal berat badan merupakan
berberapa langkah merawat dan mengawal penyakit diabetes.
Diabetes
type 1 boleh dikawal dengan pengambilan insulin, senaman yang konsisten dan
pengambilan makanan seimbang. Diabetes type 2 pula boleh dikawal dengan
penurunan berat badan, mengamalkan diet yang sesuai dan aktiviti senaman yang
konsisten. Jika ubat-ubatan masih tidak mencukupi untuk mengawal gula di dalam
darah, maka rawatan dengan suntikan insulin boleh digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan