Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 14 Januari 2013

LATIHAN IMAGERI MENTAL

Latihan imageri mental adalah satu aktiviti yang dirancang secara sistematik untuk membina kecergasan mental supaya mempertingkatkan prestasi. Hardy dan Fazey (1990) membahagikan latihan mental kepada empat jenis iaitu penentuan matlamat, latihan relaksasi, raptai mental, dan latihan konsentrasi.

Salah satu teknik raptai mental ialah berupaya membantu para pendidik jasmani, jurulatih dan atlet sama sekali mempertingkatkan prestasi masing-masing. Fokusnya pada sesuatu kemahiran yang biasa dilakukan sama ada secara sedar atau tidak iaitu:

Kemahiran Imageri
Bebrapa pernyataan harus dibuat sebelum pengenalan kemahiran imageri iaitu:
  1. Pembelajaran kemahiran imageri melibatkan satu proses pembelajaran yang selari dengan pembelajaran kemahiran fizikal
  2. Pembelajaran dan latihan imageri mesti dilaksanakan dalam satu tempoh latihan yang panjang sebelum sesuatu acara atau pertandingan.
  3. Pengajaran kemahiran imageri adalah salah satu cara terbaik kea rah pembelajaran kemahiran fizikal.
  4. Perkembangan kemahiran imageri harus focus pada prestasi individu.


Latihan Imageri
Richardson(1967) mendifinisikan, imageri adalah satu proses raptai penggambaran sesuatu aktiviti fizikal secara simbolik dalam minda.

(Barbra Brown) mendifinisikan, imageri adalah sebagai tenaga asas yang membantu setiap individu dalam keupayaan mencipta dan mereka bentuk semula gambaran dalam mata minda untuk perlakuan sebenar pada masa dan tempat tertentu.

William (1993) mendifinisikan, imageri mental merupakan satu kombinasi latihan fizikal dan latihan mental yang member kesan kepada aplikasi kemahiran dan persediaan untuk peningkatan prestasi.

Jenis Imageri
Jenis imageri boleh dikategorikan mengikut dua perspektif yang berbeza iaitu berdasarkan orientasi dan pola sensasi. Dua jenis imageri yang tergolong dalam perspaktif orientasi ialah imageri luaran dan imageri dalaman. Jenis imageri mengikut pola sensasi ialah auditori, imageri visual dan imageri kinestatik. Gabungan jenis imageri biasanya dilakukan bersama demi keberkesanannya.

Mahoney (1979) mengkategorikan imageri mengikut perspektif orientasi. Imej luaran (external imagery) berlaku apabila seseorang memerhati dirinya atau model lain sebagai pihak lain daripada dirinya seperti pemerhatian eksternal yang menonton wayang gambar. Imageri dalaman (internal imagery) memerlukan pengalaman sensasi yang seakan-akan sama atau sama  dalam situasi sebenar. Seorang gimnas perlu memerhati persekitarannya semasa proses perlaksanaan rutin persembahannya. Gimnas berkenaan tidak akan memerhati dirinya sebagaimana menonton wayang gambar, sebaliknya gambaran persekitarannya semasa perlaksanaan rutin adalah seperti pengambilan foto dengan kamera melalui matanya.

Teori ideation membahagikan jenis imageri mengikut pola sensasi imageri dijalankan. Tiga jenis imageri yang wujud ialah imageri auditori, imageri visual dan imageri kinestatik. Imageri auditori merujuk kepada raptai penggambaran yang berlaku secara verbal tanpa suara. Umpamanya, pergerakan bibir semasa imageri dilakukan. Gambaran mental yang dilihat oleh pelaku imageri semasa mengalami imageri diklasifikasikan sebagai imej visual, manakala sensasi pengalaman (feeling) adaalah imageri kinestatik.

Sungguhpun perspektif kategori berlainan, hipotesis yang dipegang adalah sama iaitu imageri adalah satu proses pengukuhan dan pengembangan laluan neuron saraf (pathway) dalam otak yang digunakan kelak untuk mengarah dan mengawal pergerakan fizikal.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...