Jenis-jenis Keagresifan di Dalam Sukan
- Keagresifan Ketara
Merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca dari rasa marah dengan
matlamat untuk mencederakan individu lain serta dengan niat untuk melihat
individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula (kepuasan) adalah
melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya. (Silva,
1984). Sebagai contoh, seorang penyerang bola sepak yang sering dikasari oleh
pemain pertahanan lawan tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh
pengadil. Oleh kerana terlampau marah, penyerang ini membalas semula dengan
tindakan kasar juga dengan niat membalas dendam.
- Keagresifan Instrumental
Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan individu
lain bermatlamat untuk mendapatkan faedah/ganjaran luaran seperti kemenangan,
hadiah atau prestij. Sebagai contoh di dalam permainan bola sepak tindakan
agrasif seseorang pemain pertahanan terhadap pemain penyerang lawan dengan niat
mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan baik untuk
menjaringkan gol bermatlamat agar pasukannya menang di dalam perlawanan
tersebut.
- Tindakan Agresif Asertif
Merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara dibenarkan (mengikut
peraturan pertandingan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam konteks
ini untuk mencederakan individu lain tidak timbul sama sekali. Dalam suasana
pertandingan, perlakuan yang dianggap sebagai perlakuan asertif terletak di
tangan pengadil. Sebagai contoh, penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan
atau merampas bola dari pemain lawan di dalam permainan ragbi dibenarkan serta
termaktub dalam peraturan pertandingan.
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Keagresifan
- Kebangkitan Fisiologi
Berkait rapat dengan suhu persekitaran dan bunyi bising penonton. Suhu
persekitaran yang panas akan menyebabkan sesorang atlet kurang selesa, rimas
dan mudah marah. Satu kesilapan orang lain dianggap satu tindakan yang
keterlaluan dan seterusnya akan menjadi pencetus kepada pemain tersebut untuk
bertindak agresif. Selain itu, kebisingan penonton boleh juga meningkatkan
kebangkitan pemain sehingga menggugat prestasi sesorang atlet.
- Persepsi Individu yang Dikasari
Apabila seseorang atlet (berdasarkan persepsi) akan dikasari oleh pihak
lawan, atlet tersebut akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.
- Takut Pada Tindak Balas Yang Akan di Terima
Lazimnya akan mengurangkan perlakuan keagresifan, dengan kata lain
saling hormat menghormati dan cuba mengatasi lawannya tanpa bertindak secara
agresif. Keagresifan meningkat kerana setiap tindakan agresif akan dibalas
dengan tindakan yang sama.
- Perbezaan Mata atau Jaringan
Semakin besar perbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran
yang dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan (Cox, 1999).
- Lokasi Perlawanan
Bermain di laman sendiri akan meningkatkan keagresifan di mana seseorang
atlet akan bertindak lebih agerasif kerana mereka akan mendapat sokongan dari
penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah.
- Keputusan Pertandingan
Pasukan atau pemain yang tewas akan merasai pasukannya tidak berpeluang
untuk menang dan lazimnya pemain di dalam pasukan ini akan lebih agresif jika
dibandingkan dengan pasukan yang menang. Rasa kecewa (Cullen & Cullen,
1975)
- Kedudukan Pasukan Dalam Liga
Kedudukan di tempat teratas liga lazimnya kurang agresif (melakukan
kekasaran) , jika dibandingkan dengan pasukan di bawah liga.
- Jangka Masa Dalam Pertandingan
Perlakuan agerasif meningkat sejajar dengan peningkatan waktu
permainan. Keagresifan jarang berlaku di awal permainan.
- Penggunaan steroid
Kesan sampingan penggunaan steroid akan meningkatkan keagresifan
seseorang individu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan