Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 29 Januari 2013

Mandul Sebab Merokok


Amalan merokok boleh menyebabkan punca utama kepada kemandulan. Apabila bahan toksik di dalam rokok disedut masuk ke dalam tubuh, ianya akan merosakkan system reproduksi dan kesuburan tanpa disedari oleh perokok. Tabiat merokok akan mengancam kesuburan seseorang secara meluas kerana kualiti dan kuantiti sperma merosot.


Kajian oleh pakar-pakar infertility, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrient dalam air mani. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.

Lagi lama anda mempunyai tabiat merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda. Merokok mengurangkan bilangan dan kualiti sperma kerana bahan kimia dalam rokok akan mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat-zat galian.

Merokok juga merendahkan tahap hormone kesuburan diperlukan untuk pembiakan sperma dalam kilang. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot dari berates-ratus juta kepada satu angka dalam keadaan serius.

Merokok juga mengganggu pergerakan sperma. Pergerakan sperma ialah keupayaan bergerak secara ke depan memasuki pangkal rahim (serviks) dan saluran fallopio untuk berjumpa dengan ovum (telur) bagi proses persenyawaan. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya mudah sampai ke distinasi. Bilangan sperma yang sampai tidak cukup untuk berinteraksi dengan ovum (telur) bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.

Merokok juga menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tidak normal akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok. Sperma yang tidak berbentuk normal tidak dapat bergerak dan mensenyawakan ovum.

DIABETES (KENCING MANIS)


Pada 2011, Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) melaporkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia disahkan mengidap diabetes. Didapati 1:7 orang dewasa di negara ini mengalami masalah diabetes. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, Malaysia berkedudukan di tanggak ke-10 dunia yang mempunyai pengidap diabetes teramai. Negeri pantai timur semenanjung, terutamanya Kelantan dan Terengganu menyumbangkan 75% keseluruhan pesakit diabetes di negara ini. Ini disebabkan budaya pemakanan rakyat kedua-dua negeri ini yang mengemari makanan berunsurkan karbohidrat seperti nasi, pulut dan manisan.

Apa Itu Penyakit Diabetes?
Diabetes adalah satu keadaan yang berlaku apabila tahap gula dalam darah lebih tinggi dari biasa. Diabetes berlaku apabila pancreas dalam badan tidak menghasilkan insulin atau tubuh sudah tidak sensetif dengan insulin dalam badan. Apabila insulin gagal dihasilkan atau tidak berfungsi secara baik, ianya tidak dapat membawa masuk glukosa atau gula kedalam sel dan tisu-tisu badan  kita sebagai simpanan. Akibatnya, darah akan mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi untuk sel-sel badan.

Secara amnya, seseorang dianggap mengidap diabetes apabila kadar gula di dalam darah semasa berpuasa melibihi tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah pada tahap 11.Diabetes terbahagi kepada type 1 (bergantung kepada insulin) biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Diabetes type 2 (tidakbergantung kepada insulin) kebiasaannya dihidapi oleh golongan berumur atau mempunyai berat badan berlebihan. Terdapat juga diabetes semasa mengandung (gestational diabetes).

Diabetes dikategori sebagai penyakit silent killer kerana boleh menyebabkan seseorang pesakit menjadi buta, mengalami komlikasi ginjal, masalah jantung, strok dan gangrene yang menyebabkan amputasi kaki akibat luka yang lambat sembuh atau mengalami jangkitan kuman yang kronik.

Tanda-tanda Awal
Penurunan berat badan secara mendadak, luka yang lambat sembuh, kerap membuang air kecil, selalu lapar dan dahaga yang luar biasa, kabur pengelihatan, rasa kebas-kebas di kaki dan tangan, otot-otot berasa lemah-lemah, sentiasa letih dan lesu, cepat marah dan gatal-gatal pada kemaluan (terutamanya wanita) merupakan tanda-tanda awal pengidap diabetes.

Punca
Biasanya sesiapa yang mempunyai lebih daripada satu punca yang disebut di bawah mempunyai risiko tinggi untuk menghidap diabetes.

Punca utama yang dikenal pasti adalah obesity, keturunan, tahap kolestrol dalam darah yang terlalu tinggi, stress, dan tekanan emosi berlebihan dan berterusan, pengambilan minuman keras (alcohol) yang banyak, amalan pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang, kurang melakukan aktiviti fizikal dan bersenam serta mengalami tekanan darah tinggi.

Pencegahan dan Rawatan
Pada dasarnya, penyakit diabetes merupakan penyakit yang tidak dapat diubati dan hanya dapat dikawal dengan ubat-ubatan tertentu. Pengambilan diet seimbang dan sihat, kerap melakukan senaman, mengawasi kadar gula dalam darah, tidak merokok, tidak mengambil minuman keras dan mengawal berat badan merupakan berberapa langkah merawat dan mengawal penyakit diabetes.

Diabetes type 1 boleh dikawal dengan pengambilan insulin, senaman yang konsisten dan pengambilan makanan seimbang. Diabetes type 2 pula boleh dikawal dengan penurunan berat badan, mengamalkan diet yang sesuai dan aktiviti senaman yang konsisten. Jika ubat-ubatan masih tidak mencukupi untuk mengawal gula di dalam darah, maka rawatan dengan suntikan insulin boleh digunakan.








Isnin, 14 Januari 2013

LATIHAN IMAGERI MENTAL : Contoh-contoh Latihan


Terdapat pelbagai latihan imageri yang telah direka bentuk khas bagi memenuhi kehendak tertentu, antaranya:

Releksasi dan Mengawal Imageri
  • Releks dan focus pada pernafasan
  • Tumpukan perhatian pada tindak balas tubuh iaitu tarik dan hembus nafas keluar
  • Beri perhatian kepada semua perkara yang dating dalam fikiran dan kemudian membuangnya dan kembali focus kepada pernafasan
  • Bawa diri anda dan imaginasikan bahawa anda berada di tempat kegemaran anda


Melihat Warna, Mengawal dan Menukar
  • Dalam pertandingan, cuba lihat warna merah dan kemudian hilangkan warna merah itu dan bayangkan kegelapan
  • Kemudian tukar warna kepada biru dan ulang semula. Ulang latihan ini dengan warna-warna lain. Mulakan dengan titik yang kecil dan kemudian penuhkan ruang visual dan kemudian hilangkan warna-warna itu.
  • Latihan ini menolong anda membayangkan warna dan belajar cara untuk mengawal pergerakan


Mengawal Imej, Mempelajari Cara Untuk membuat Minda Memerhatikan Imej
  • Untuk membaiki kebolehan anda untuk mengekalkan imej dan memerhati butiran, bayangkan kasut sukan kegemaran anda.
  • Periksa setiap butiran pada kasut itu
  • Cuba simpan imageri ini secara static iaitu tidak membayangkan anda memakai atau menggunakannya.


Merasa Sentuhan, Rasa  dan Bau
  • Dalam bayangan, ambil sebiji lemon dan rasakan pengupasan buah itu
  • Bau lemon tersebut dan golekkan di atas meja dan kemudian gigit lemon itu dan rasakan jusnya
  • Pastikan bahawa anda boleh merasakan lemon dalam imagenasi anda


Merasakan Butiran Persekitaran
  • Dalam tayangan minda anda, rasakan anda berada dalam bilik kesukaan anda
  • Perhati dan periksa semua butiran seperti perabot, warna, jalinan, posisi, lampu, tingkap dan pintu


Membaiki Kemahiran
  • Pilih kemahiran spesifik yang anda ingin baiki
  • Rasakan anda melakukan kemahiran ini lebih baik daripada kemahiran yang lepas
  • Ulang latihan mental ini beberapa kali
  • Beri perhatian beberapa aspek yang perlukan kerja yang lebih
  • Selepas latihan kemahiran, pergi kepada latihan fizikal, tetapi jika masih sukar untuk melaksanakannya kembali kepada latihan mental.


Imageri Dinamik, Meletakkannya Ke Dalam Aksi
  • Pilih salah satu bahagia daripada sukan anda (tenis)
  • Rasakan atau lihat diri anda melaksanakan servis seperti yang anda mahu dan terbaik daripada servis anda yang lepas
  • Dalam keadaan bersedia, lihat lawan anda dan lihat gelanggang servis, ketahui kawasan yang difikirkan untu servis
  • Tos bola di mana anda kehendaki. Koordinasi pergerakan dengan reket dan terima bola di kawasan yang dikehendaki
  • Follow through dan lihat servis anda pergi ke kawasan sasaran dan lawan memulangkan servis dan seterusnya
  • Pastikan teknik yang dipilih itu di  lakukan dengan sempurna mengikut susunan atau urutan. Adalah penting untuk mempraktikannya dari mula hinga tamat.


Menghapuskan Kesalahan
  • Pilih kemahiran yang anda selalu lakukan apabila mempraktikkannya di dalam sesuatu pertandingan
  • Dalam bayangan rasakana anda melakukan kemahiran tanpa kesilapan
  • Jikalau kesalahan terdapat dalam bayangan, rasakan orang lain melakukan kemahiran dengan betul
  • Bayangkan anda melakukan kemahiran seperti lawan tadi tanpa kesalahan.
  • Ulang praktis ini sehingga dapat diulang banyak kali tanpa kesalahan dan kemudian cuba latihan ini secara fizikal jika boleh.


Menyimpan Buku Nota Persembahan
  • Latihan paling baik untuk meningkatkan kesedaran dan untuk menghasilkan isyarat-isyarat bagi latihan mental adalah dengan menyimpan buku nota atau catatan
  • Rekodkan semua isyarat yang berkaitan dengan apa yang anda ingat, perasaan anda dan bagaimana anda bersedia dari segi mental dan fizikal.
  • Rekodkan butiran secara prosedur yang anda telah ikuti iaitu jumlah jam, hari bagi persembahan terbaik.
  • Praktis ini dan juga bagi pertandingan.



LATIHAN IMAGERI MENTAL : Faedah, Kajian dan Prinsip


Faedah Imageri Mantel
Imageri mental amat perlu bagi seseorang atlet dalam menyediakan diri untuk menghadapi sesuatu pertandingan. Latihan imageri mental memberi kesan yang mendalam khususnya terhadap atlet elit untuk mempamerkan prestasi tinggi. Ianya berguna untuk :
  1. Pemerolehan kemahiran
  2. Persediaan untuk latihan dan pertandingan
  3. Strategi chopping
  4. Perkembangan personaliti
  5. Perubahan imej kendiri


Kajian Mengenai latihan Imageri
Kajian mengenai latihan imageri terus berkembang dan kesannya dapat membantu atlet dalam meningkatkan prestasi mereka. Seperti bidang psikologi yang lain, imageri di kalangan atlet sering menarik perhatian sarjana untuk dijadikan sumber kajian. Namun apa yang menarik, dapatan kajian akan digunakan untuk perkembangan sukan dan kemajuan atlet.

Hall, Rogers dan Barr (1990), mengatakan atlet lebih banyak menggunakan imageri semasa pertandingan. Sesi imageri dilaksanakan dalam satu jangka masa yang berbeza di sepanjang tahun. Latihan hendaklah sistematik dan konsisten. Kekerapan dan pelbagai teknik latihan imageri akan mendatangkan kesan yang positif kepada atlet. Atlet elit dan mahir dalam penggunaan latihan imageri akan dapat melihat kemenangan atau kesilapan dalam imageri yang dilakukan.

Bar dan Hall (1992) mendapati, atlet yang kerap menggunakan latihan sebelum sesuatun pertandingan. Latihan ini termasuk mengenal pihak lawan, tempat pertandingan, suasana penonton dan strategi yang akan digunakan seperti pertandingan sebenar. Atlet elit dan novis pula menggunakan latihan imageri yang berbeza sesuai dengan cabaran yang akan dihadapi. Bagi meningkatkan prestasi, imageri mental diakui kepentingannya.

Walau bagaimanapun tidak semua prestasi atlet boleh ditingkatkan melalui latihan imageri. (Hanrahan dan Rogers, 1995). Keadaan ini wujud kerana setiap atlet mempunyai cirri-ciripersonaliti yang berbeza. Personiliti adalah factor terpenting yang mesti diambil kira dalam merangka sesuatu latihan imageri. Latar belakang atlet yang berlainan juga perlu diambil kira.

White dan Hardy (1995) mengemukakan perhubungan antara prestasi pelbagai kemahiran motor dengan pelbagai perspektif imageri. Latihan imageri yang tidak sesuai dengan kemahiran motor yang dipelajari tidak akan membantu atlet menguasai kemahiran tersebut. Juga perlu diberi perhatian cirri-ciri dan komponen sesuatu kemahiran motor sebelum melaksanakan latihan imageri. Beliau juga mendapati imageri visual dalam berupaya membuat raptai dalam mental.


Prinsip Latihan Imageri
Prinsip-prinsip latihan imageri menjadi satu isu yang kritikal dalam latihan imageri. Berikut merupakan satu siri prinsip yang perlu diikuti dan diambil kira iaitu VIVID. Prinsip-prinsip yang boleh diaplikasi dengan VIVID iaitu:
  1. Vivid (Kejelasan)
  2.  Introdusing Imagery (Memperkenalkan Imageri)
  3.  Variety of Senses (Pelbagai Deria)
  4. Internal Perspective (Perspektif Dalaman) 
  5. Distraction Free (Bebas Gangguan).



LATIHAN MENTAL : Kegunaan Imageri


Imageri mantal adalah kemahiran yang boleh dipelajari. Untuk menguasai kemahiran imageri mental ini adalah memerlukan usaha berterusan, konsentrasi, disiplin dan latihan yang cukup. Imageri adalah satu teknik mental yang boleh digunakan untuk memperolehi kemahiran, meningkatkankemahiran dan menyelesaikan masalah di dalam mindanya sebelum sesuatu pertandingan dan pemulihan kecederaan.

Pemerolehan Kemahiran
Apabila seseorang atlet dapat menguasai latihan imageri, maka dia dapat menguasai atau visualize dengan mudah. Imageri digunakan sebaik sahaja selepas latihan fizikal atau di antara sebelum latihan  dengan dengan selepas latihan adalah lebih berkesan.

Imageri mental juga boleh digunakan sebagai imbasan semula untuk mengulang tayang keseluruhan atau sebahagian daripada prestasi yang telah dilakukan. Imbasan semula digunakan untuk menekankan aspek-aspek positif atau negative. Mengesan kelemahan dan kesilapan dan diganti dengan respon-respon yang betul. Biasanya imbasan semula digunakan selepas sesuatu acara.

Pertandingan
Mental imageri boleh digunakan untuk menyediakan tahap kognitif atlet untuk sesi latihan dan pertandingan akan dating. Imageri boleh menjadi alat bantuan untuk membuat plan latihan berdasarkan situasi pertandingan sebenar.

Imageri digunakan untuk membantu atlet membuat gambaran strategi sesuatu pertandingan dan berlatih untuk meningkatkan aspek-aspek berkaitan permainan untuk membiasakan mereka dengan peranan sepasukan di samping dapat memantapkan peranan individu.

Seperti Dwight Stons seorang atlet lompat tinggi Olimpik USA di mana beliau telah menggunakan imageri mental di sepanjang kerjayanya. Sebelum melakukan lompatan, Stons akan merenung palang lompat tinggi sambil melakukan imageri mental. Ia akan membayangkan dirinya melakukan lompatan dengan teknik yang betul dan tepat di samping membayangkan ia akan melepasi palang tersebut dengan mudah.

Penyelesaian
Imageri juga digunakan untuk mengamati atau memeriksa rutin kemahiran untuk mengesan masalah dan membetulkan dalam sesi latihan atau pertandingan. Atlet boleh menggambarkan dari pelbagai sudut pada kadar normal dalam imageri untuk mengesan di mana masalah berlaku. Setelah dikenal pasti masalah tersebut, atlet akan menggunakan latihan sebahagian kepada keseluruhan (part to whole) dalam latihan imagerinya sehingga ianya dilakukan dengan konsisten.

Pemulihan dari kecederaan
Latihan imageri mental boleh digunakan semasa pemulihan dari kecederaan atau bila-bila masa latihan fizikal tidak dapat dijalankan. Kebanyakan atlet yang tidak dapat beraksi boleh melakukan latihan mental melalui pemerhatian.

Mental imageri digunakan untuk cope dengan sakit di tempat kecederaan yang dialami. Ini boleh mempercepatkan pemulihan serta melindungi kemahiran-kemahiran fizikalnya daripada merosot.

Satu teknik yang berkesan untuk mempercepatkan kesakitan atau kecederaan sembuh adalah dengan visual untuk meningkatkan bekalan darah pada anggota yang cedera. Ini bergantung kepada keupayaan konsentrasi.


LATIHAN IMAGERI MENTAL : Teori Berkaitan Imageri


Beberapa teori telah dikemukakan untuk menerangkan bagaimana imageri dapat mempertingkatkan prestasi kemahiran fizikal serta mempengaruhi persepsi kendiri dan emosi.

Psychoneuromuscular Theory
Jacobson (1930-1931) telah menggunakan elektromygraf (EMG) dapat mengesan perubahan dalam aktiviti otot semasa berlaku imageri melakukan proses imaginasi tugasan motor. Dapatan menunjukan otot yang sama digunakan dalam perlakuan fizikal yang sebenar, yang berbeza antara imageri dan perlakuan fizikal yang sebenarnya adalah jumlah impuls elektrik pada otot-otot tersebut.

Mengikut teori ini, hipotesis aktiviti mental sebagai alat untuk peningkatan prestasi adalah benar dan ia menunjukkan perhubungan psikologi antara imageri dengan kemahiran motor, gambaran dan memori otot saling berkaitan.

Symbolic Learning Theory
Sackett (1934-1935) mengatakan, imageri berfungsi secara simbolik dalam minda yang membantu atlet memperolehi, menguasai dan memahami bentuk sesuatu pergerakan.

Vealey dan Walter (1993) telah menggunakan istilah blue-print mental dan mengatakan imageri mengukuhkan blue-print yang membolehkan pergerakan yang dikehandaki berlaku secara automatic. Apabila seseorang mempelajari sesuatu kemahiran baru, imageri membantu dalam pembentukan peta mental bagi pergerakan yang dikehandaki. Lantaran, stor penyimpanan dapat mengeluarkan kembali kemahiran tersebut dengan mudah apabila diperlukan.

Activation / Arousal Theory
Menurut Schmidt (1982), latihan imageri menambah peluang persediaan atlet terhadap tugasan yang bakal dilakukan. Imageri membekalkan tahap bangkitan aktivasi psikologi ke tahap optimum tugasan tersebut. Maka, perlaku adalah hampir dalam situasi lakuan sebenar atau dapat bersedia untuk prestasi yang baik secara umum.

Vealey  dan Walter (1993) telah menggunakan istilah ‘set mental’ dalam penjelasan bagaimana imageri berfungsi di bawah teori aktivasi bangkitan ini.

LATIHAN IMAGERI MENTAL

Latihan imageri mental adalah satu aktiviti yang dirancang secara sistematik untuk membina kecergasan mental supaya mempertingkatkan prestasi. Hardy dan Fazey (1990) membahagikan latihan mental kepada empat jenis iaitu penentuan matlamat, latihan relaksasi, raptai mental, dan latihan konsentrasi.

Salah satu teknik raptai mental ialah berupaya membantu para pendidik jasmani, jurulatih dan atlet sama sekali mempertingkatkan prestasi masing-masing. Fokusnya pada sesuatu kemahiran yang biasa dilakukan sama ada secara sedar atau tidak iaitu:

Kemahiran Imageri
Bebrapa pernyataan harus dibuat sebelum pengenalan kemahiran imageri iaitu:
  1. Pembelajaran kemahiran imageri melibatkan satu proses pembelajaran yang selari dengan pembelajaran kemahiran fizikal
  2. Pembelajaran dan latihan imageri mesti dilaksanakan dalam satu tempoh latihan yang panjang sebelum sesuatu acara atau pertandingan.
  3. Pengajaran kemahiran imageri adalah salah satu cara terbaik kea rah pembelajaran kemahiran fizikal.
  4. Perkembangan kemahiran imageri harus focus pada prestasi individu.


Latihan Imageri
Richardson(1967) mendifinisikan, imageri adalah satu proses raptai penggambaran sesuatu aktiviti fizikal secara simbolik dalam minda.

(Barbra Brown) mendifinisikan, imageri adalah sebagai tenaga asas yang membantu setiap individu dalam keupayaan mencipta dan mereka bentuk semula gambaran dalam mata minda untuk perlakuan sebenar pada masa dan tempat tertentu.

William (1993) mendifinisikan, imageri mental merupakan satu kombinasi latihan fizikal dan latihan mental yang member kesan kepada aplikasi kemahiran dan persediaan untuk peningkatan prestasi.

Jenis Imageri
Jenis imageri boleh dikategorikan mengikut dua perspektif yang berbeza iaitu berdasarkan orientasi dan pola sensasi. Dua jenis imageri yang tergolong dalam perspaktif orientasi ialah imageri luaran dan imageri dalaman. Jenis imageri mengikut pola sensasi ialah auditori, imageri visual dan imageri kinestatik. Gabungan jenis imageri biasanya dilakukan bersama demi keberkesanannya.

Mahoney (1979) mengkategorikan imageri mengikut perspektif orientasi. Imej luaran (external imagery) berlaku apabila seseorang memerhati dirinya atau model lain sebagai pihak lain daripada dirinya seperti pemerhatian eksternal yang menonton wayang gambar. Imageri dalaman (internal imagery) memerlukan pengalaman sensasi yang seakan-akan sama atau sama  dalam situasi sebenar. Seorang gimnas perlu memerhati persekitarannya semasa proses perlaksanaan rutin persembahannya. Gimnas berkenaan tidak akan memerhati dirinya sebagaimana menonton wayang gambar, sebaliknya gambaran persekitarannya semasa perlaksanaan rutin adalah seperti pengambilan foto dengan kamera melalui matanya.

Teori ideation membahagikan jenis imageri mengikut pola sensasi imageri dijalankan. Tiga jenis imageri yang wujud ialah imageri auditori, imageri visual dan imageri kinestatik. Imageri auditori merujuk kepada raptai penggambaran yang berlaku secara verbal tanpa suara. Umpamanya, pergerakan bibir semasa imageri dilakukan. Gambaran mental yang dilihat oleh pelaku imageri semasa mengalami imageri diklasifikasikan sebagai imej visual, manakala sensasi pengalaman (feeling) adaalah imageri kinestatik.

Sungguhpun perspektif kategori berlainan, hipotesis yang dipegang adalah sama iaitu imageri adalah satu proses pengukuhan dan pengembangan laluan neuron saraf (pathway) dalam otak yang digunakan kelak untuk mengarah dan mengawal pergerakan fizikal.

Jumaat, 11 Januari 2013

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN


Jenis-jenis Keagresifan di Dalam Sukan
  • Keagresifan Ketara

Merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca dari rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula (kepuasan) adalah melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya. (Silva, 1984). Sebagai contoh, seorang penyerang bola sepak yang sering dikasari oleh pemain pertahanan lawan tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlampau marah, penyerang ini membalas semula dengan tindakan kasar juga dengan niat membalas dendam.

  • Keagresifan Instrumental

Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan individu lain bermatlamat untuk mendapatkan faedah/ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij. Sebagai contoh di dalam permainan bola sepak tindakan agrasif seseorang pemain pertahanan terhadap pemain penyerang lawan dengan niat mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan baik untuk menjaringkan gol bermatlamat agar pasukannya menang di dalam perlawanan tersebut.          

  • Tindakan Agresif Asertif

Merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara dibenarkan (mengikut peraturan pertandingan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini untuk mencederakan individu lain tidak timbul sama sekali. Dalam suasana pertandingan, perlakuan yang dianggap sebagai perlakuan asertif terletak di tangan pengadil. Sebagai contoh, penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan di dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan pertandingan.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Keagresifan
  • Kebangkitan Fisiologi

Berkait rapat dengan suhu persekitaran dan bunyi bising penonton. Suhu persekitaran yang panas akan menyebabkan sesorang atlet kurang selesa, rimas dan mudah marah. Satu kesilapan orang lain dianggap satu tindakan yang keterlaluan dan seterusnya akan menjadi pencetus kepada pemain tersebut untuk bertindak agresif. Selain itu, kebisingan penonton boleh juga meningkatkan kebangkitan pemain sehingga menggugat prestasi sesorang atlet.

  • Persepsi Individu yang Dikasari

Apabila seseorang atlet (berdasarkan persepsi) akan dikasari oleh pihak lawan, atlet tersebut akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.

  • Takut Pada Tindak Balas Yang Akan di Terima

Lazimnya akan mengurangkan perlakuan keagresifan, dengan kata lain saling hormat menghormati dan cuba mengatasi lawannya tanpa bertindak secara agresif. Keagresifan meningkat kerana setiap tindakan agresif akan dibalas dengan tindakan yang sama.

  • Perbezaan Mata atau Jaringan

Semakin besar perbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran yang dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan (Cox, 1999).

  • Lokasi Perlawanan

Bermain di laman sendiri akan meningkatkan keagresifan di mana seseorang atlet akan bertindak lebih agerasif kerana mereka akan mendapat sokongan dari penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah.

  • Keputusan Pertandingan

Pasukan atau pemain yang tewas akan merasai pasukannya tidak berpeluang untuk menang dan lazimnya pemain di dalam pasukan ini akan lebih agresif jika dibandingkan dengan pasukan yang menang. Rasa kecewa (Cullen & Cullen, 1975)        

  • Kedudukan Pasukan Dalam Liga

Kedudukan di tempat teratas liga lazimnya kurang agresif (melakukan kekasaran) , jika dibandingkan dengan pasukan di bawah liga.

  • Jangka Masa Dalam Pertandingan

Perlakuan agerasif meningkat sejajar dengan peningkatan waktu permainan. Keagresifan jarang berlaku di awal permainan.

  • Penggunaan steroid

Kesan sampingan penggunaan steroid akan meningkatkan keagresifan seseorang individu.   

                                                                                                                                                                              

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...