Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 28 Mac 2012

BAHAYA MINUMAN BERKABORNAT



Satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung, menurut sekumpulan penyelidik dari Harvard University.

Kajian telah dilakukan ke atas lebih 40,000 sampel lelaki menunjukkan, minuman yang penuh dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20% termasuk boleh menyebabkan kematian.

Menurut kajian berkenaan, tubuh akan bertbertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.

Dalam kajian tersebut, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang berkaitan dengan serangan jantung. Keadaan ini menyebabkan paras kolestrol baik pula menjadi rendah.

Kajian itu juga menunjukkan lebih banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan yang ditambah gula ketika dihasilkan, juga boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Keadaan itu diburukan lagi dengan faktor lain seperti amalan merokok, obesity, pengambilan alcohol dan juga gaya hidup yang pasif.

Pasukan penyelidik membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisis maklumat yang disediakan oleh responden melalui soal jawab khas setiap dua tahun, antara tahun 1986 dan 2008. Namun begitu, kajian tidak melibatkan pengambilan minuman diet berkarbonat.

Sebenarnya, air masak adalah pilihan terbaik selain susu rendah lemak untuk menjadi minuman kita, namun adakah jus buah menjadi penganti terbaik????




Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...