Semua pergerakan
merupakan hasil daripada kontraksi otot. Otot membantu pergerakan
tulang-tulang. Tisu otot menyumbang kira-kira 40% hingga 50% berat tubuh dan
mempunyai sel-sel khusus. Otot mempunyai cirri-ciri pergerakan tertentu. Otot
berupaya menerima gerak balas terhadap rangsangan.
Sifat-sifat otot:
Menguncup dan kontraktiliti; Mengendur atau relaksi; Regangan; Berubah bentuk
pada asal setelah mengalami kontraksi atau relaksi.
Semua
kontraksi/penguncupan otot bergantung pada fungsi tulang, sendi dan otot yang
melekat pada tulang. Tujuannya adalah untuk menjalankan aktiviti harian. Kontraksi
otot juga menghasilkan haba dan mengekalkan postur badan.
Otot terbahagi tiga
jenis: Otot Licin/Tiada Jalur – Bersifat involuntri, mempunyai pergerakan di
luar kawal; berbeza dari otot jantung kerana tiada jalur, contohnya otot
abdomen/perut.
Otot Rangka –
Seratnya boleh memanjang sepanjang 30cm ataupun lebih, Setiap seratnya di
kelilingi oleh membrane yang disebut sarkolama, sarkolama dan miofilamen
bergabung untuk menghasilkan pergerakan, contohnya otot muka.
Otot Jantung –
Bertindak tanpa rangsangan saraf, kuasa system saraf bergantung pada
pengenduran dan penguncupan otot-otot kardiak mengikut keperluan tubuh, contoh
otot jantung.
Ciri-ciri otot
rangka ialah: kontrakliti (memendek); ekstansibiliti (memanjang), eksitabiliti (bergerak
balas terhadap rangsangan), elastiliti (pergerakan pelbagai arah).
Myofiber atau
myocyte: sel otot
Sarcolemma: membrane
plasma sel otot
Sarcoplasm:
sitoplasma sel otot
Retikulum
sarcoplasmic: ertikulum endoplasma sel otot
Sarcosome:
mitokondria sel otot
Sarcomere: unit
contractile atau fungsi otot
Teori Penguncupan Otot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan