Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 24 Ogos 2016

Bolehkah makan nasi ketika sedang berdiet?


Ramai rasanya yang takut dengar perkataan nasi ketika sedang mengamalkan diet kurus badan.

Ada tanggapan umum, ‘nasi menggemukkan'.

Benarkah?

Di Malaysia, ramai telah dididik dengan gaya pemakanan barat.

Makanan seperti kentang, pasta, salad,kek, keju telah diambil setaraf dengan makanan ruji tradisional sehingga timbul tanggapan bahawa memakan nasi akan mengemukkan.

Sesetengah pula bertanggapan, untuk kelihatan langsing dan cantik elakkan memakan nasi, sedangkan hakikatnya ramai generasi x dan y di barat mengalami obes.

Beras adalah makanan utama bagi lebih daripada 3 bilion orang di seluruh dunia dan majoriti di kawasan Asia.

Terdapat lebih 15 ribu jenis beras di seluruh dunia. Beras menyediakan lebih daripada satu perlima daripada kalori yang digunakan di seluruh dunia oleh manusia.

Beras padat dengan nutrien dan menyumbang lebih daripada 15 vitamin dan mineral. Ia adalah sumber yang sangat baik untuk karbohidrat kompleks, yang mana tersimpan di dalam otot dan digunakan untuk memberi tenaga kepada kita apabila memerlukan.

Tidak seperti karbohidrat yang lain, beras mengandungi protein yang bermutu tinggi. Beras mengandungi kesemua lapan asid amino yang membantu dan mengekalkan tisu otot dan membuat enzim, antibodi dan hormon.

Asid amino terdiri daripada leucine, isoleucine, valine, lysine, methionine, phenylalanain, theronine, dan trytophan.

Asid amino ini dianggap penting kerana badan manusia tidak boleh mengeluarkannya sendiri dan mesti diperolehi daripada sumber makanan. Kegagalan mendapatkan cukup lapan asid amino perlu boleh menyebabkan degradasi protein badan.

Dalam satu hidangan nasi putih, kandungan nutrisinya mungkin kurang daripada nasi perang. Sebagai contoh, kandungan zat besi mungkin separuh daripada beras perang.

Kandungan proteinnya juga kurang berbanding nasi perang. Nasi perang menawarkan enam kali lebih banyak vitamin B1 (thiamine), tiga kali lebih banyak vitamin B2 (riboflavin), lima kali lebih banyak vitamin B9 (folat) jika dibandingkan dengan nasi putih.

Dari segi kelebihannya, nasi perang lebih baik daripada nasi putih dan nasi putih memiliki kanji yang lebih tinggi.

Terdapat juga nasi putih diperkaya dengan vitamin tambahan, tetapi tetap tidak menyamai nasi perang.

Kanji di dalam beras adalah jenis rintangan tinggi iaitu ia akan dihadamkan di usus. Dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menjaga kesihatan usus.

Berbalik kepada persoalan, bolehkah makan nasi mengemukkan?

Jawabnya tentu sekali boleh!

Nasi jika diambil selagi mana dalam keperluan kalori badan, maka kesannya sama dengan pengambilan karborhifdrat yang lain.

Nasi jika diambil secara berlebihan akan disimpan pada tisu-tisu adipos di bawah kulit, tetapi jika di diambil mengikut keperluan kalori tubuh, mengapa perlu khuatir!

Bagaimana dengan roti?

Elok ke ganti nasi dengan roti?

Kenyang ke makan roti 2 keping?

Kebanyakan yang makan roti akan cenderung untuk makan lebih.

2 keping roti putih dah hampir sama seperti 1 hidangan nasi. Lebih kenyang makan nasi berbanding roti 2 keping kan!

Anggaran roti serat pula, sekitar 2 kali kurang daripada roti putih. 4 keping hampir 1 hidangan nasi putih.                          
     

Angaran Nutrisi 1 Hidangan

●     1 cawan Nasi putih 29g karbohidrat
     1 cawan Nasi perang 16g karbohidrat
     1 cawan Nasi Poni 25g karbohidrat
     1 cawan Nasi Basmathi 27g karbohidrat
     2 keping Roti putih 23g karbohidrat
     2 keping Roti serat 11g karbohidrat
     1 keping Rice Cake 7g karbohidrat













Cawan dalam anggaran di atas adalah cawan kecil, jadi mungkin tidak menepati kebanyakan hidangan di Malaysia. 

Di Malaysia saiz hidangan mungkin lebih, 1 hidangan nasi putih boleh mencecah 37g karbohidrat, perbezaan hampir 10g karbohidrat. 

Roti juga mengikut jenama, mungkin jumlah karbohidrat antara roti putih dan roti serat tidak banyak berbeza)

Dalam mengamalkan diet, perlulah bijak memilih makanan. Jangan terpengaruh dengan ideologi diet atkin, diet nasi dan sebagainya.

Ikutlah panduan pengambilan makanan mengikut piramid makanan.

Jumaat, 12 Ogos 2016

Jangan simpan ubat demam dalam peti ais


Perlu Ambil Perhatian!!!!!Ahli Farmasi Berkongsi Kenapa Jangan Simpan Ubat Demam Dalam Peti Ais

Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka peti sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk? Mesti ada kan?

Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.

Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?

Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan ‘paracetamol’. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ini antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.


Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.

Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?

Persoalannya berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?

Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml – 100ml ubat sahaja.

Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.

Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.

Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 – 2 bulan mengikut jenis ubat.

Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang, seelok-eloknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.

Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.

Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam Yang Telah Dibuka

Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.

Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti seju, suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.

Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan menyebabkan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.

Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.

Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.



Selasa, 26 Julai 2016

Siapa kata lemak tak penting?


Fungsi lemak
  1. Lemak tidak boleh membekalkan tenaga segera untuk aktiviti tetapi ia boleh digunakan tubuh untuk aktiviti berintensiti rendah seperti joging, jalan, senamrobik dan sebagainya.
  2. Lemak menyediakan penebat dan perlindungan kepada organ-organ penting seperti jantung, paru-paru dan hati.
  3. Lemak adalah agen pengangkutan vitamin A, D, E dan K yang mana tidak larut dalam air tetapi larut dalam lemak.
Lemak boleh dipecahkan kepada beberapa jenis;
  • Lemak Tepu + Lemak Trans - Lemak tepu hadir dalam makanan seperti daging merah, kuning telur, keju, mentega, susu, bahan-bahan biskut, kek, makanan bergoreng dan sebagainya. Pemakanan rakyat Malaysia secara amnya mengandungi sekitar 40% lemak. Daripada jumlah ini, 20-25% daripada lemak tepu, yang mana menjadi punca utama penyakit jantung koronari, kencing manis dan penyakit degeneratif yang lain. Minyak sayuran yang dimasak juga termasuk dalam kategori lemak trans, jadi jangan gunakan minyak zaitun untuk masak. Minyak zaitun elok digunakan selepas makanan siap dimasak sebagai dressing.
  • Lemak Tak Tepu - Lemak tak tepu terbahagi kepada monounsaturated (mono) dan polyunsaturated (poli). Lemak mono sebenarnya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan terdapat dalam makanan seperti minyak zaitun, minyak canola, avocado, almond dan sebagainya. Lemak poli terdapat dalam minyak bunga matahari, minyak jagung, dan sebagainya.Lemak mono perlu dilebihkan dalam diet harian. Ia membantu menurunkan paras LDL (low density lipoprotein).
  • Asid Lemak - Asid lemak perlu adalah daripada kategori lemak poli juga. Mereka penting dalam mencegah pelbagai penyakit seperti sakit jantung koronari, diabetis jenis 2, sesetengah kanser, arthritis, tekanan dan sebagainya. Terdapat tiga jenis asid lemak penting iaitu omega-3, omega-6, dan omega-9. Omega-3 dan omega-6 boleh diambil melalui pemakanan manakala omega-9 boleh dihasilkan melalui lebihan omega yang lain. Beberapa jenis omega boleh dijumpai dalam makanan seperti avocado, biji-bijian, minyak flaxseed, walnut, minyak ikan, ikan salmon, sardin, tuna dan sebagainya.
  • Kolesterol - Kolesterol sebenarnya penting untuk pelbagai fungsi seperti pengangkutan. Terdapat dua jenis kolesterol, low density lipoprotein (LDL) dan high density lipoprotein (HDL). LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana ianya akan disimpan di dinding arteri dan seterusnya membentuk sekatan di arteri. HDL pula dikenali sebagai kolesterol baik yang bertindak sebagai penyapu jalan di arteri dan membawa kolesterol tak perlu ke hati untuk diproses.
Walaupun lemak diperlukan badan tetapi perlu diingatkan bahawa lemak tetap lemak.1 gram lemak mengandungi 9 kalori. Terlalu banyak lemak walaupun lemak yang baik akan disimpan sebagai lemak juga. Tahukah anda, pengambilan lemak trans yang tinggi dalam diet boleh menjadi penyebab tekanan atau depression?

Kenapa perlu seimbangkan pemakanan makanan berasid dan alkali?


Paras pH badan boleh menjejaskan kesihatan. Makanan yang tinggi kandungan asid menghalang tindakan saraf, manakala makanan yang kaya dengan alkali merangsang tindakan saraf. 

pH darah kita adalah 7.365 atau dibundarkan ke 7.4 iaitu sedikit ke arah julat alkali. Julat asid adalah daripada 0 hingga 7 dan alkali daripada 7 hingga 14.

Sistem imunisasi kita berfungsi dengan baik di bawah keadaan alkali tetapi juga memerlukan keadaan berasid. Ini menunjukkan tubuh manusia memerlukan keseimbangan untuk mengekalkan pH darah pada 7.4. Metabolisme keseluruhan bergantung pada keseimbangan makanan berasid dan alkali.

Kenapa perlu seimbangkan pemakanan makanan berasid dan alkali?
  • Kesihatan buah pinggang, usus, sistem penghadaman dan hati
  • Melawan penyakit seperti arthritis dan sakit jantung
  • Mempertahankan badan dari kerosakan sel radikal bebas
  • Membantu memperoleh mineral dan vitamin dari makanan
  • Mengekalkan dan meningkatkan mobiliti sendi dan otot
  • Meningkatkan tahap oksigen dalam pengaliran darah
  • Keseimbangan antara kedua-dua makanan mengawal masalah penghadaman dan pergerakan usus
  • Mengawal paras gula
  • Mengekalkan tekanan darah serta mengawal kenaikan dan penurunannya.

Tinggi Alkali
Sedarhana
Rendah
Kategori
Rendah
Sedarhana
Tinggi Asid
Stevia (pemanis tiruan)
Sirap maple
Madu asli
Gula
Madu proses
Gula proses (gula pasir, gula perang)
Aspartame equal (pemanis tiruan)
Tembikai, anggur, manga, betik, lemon, limau
Kurma,kivi, blueberries, epal, pear, kismis
Pisang, peach, avocado, oren
Buah
Plum, buah proses

Blackberries, asam
Asparagus, bawang, brkoli, halia
Kacang hijau, selari, keledek, timun
Lobak, jagung, tomato, kobis, kacang pea, soya tauhu
Sayur
Bayam dimasak
Kentang tanpa kulit
Cokelat

Almond
Chestnut
Kekacang
Biji labu
Cashew
Kacang tanah
Minyak zaitun

Minyak kelapa sawit,
Minyak
Minyak jagung





Serat
Roti serat, beras perang
Nasi putih, oat
Roti p[utih, pasta



Daging
Ikan
Ayam
Daging merah

Susu ibu
Kacang soya, susu kambing, whey
Produk tenusu
Yogurt, margerin, mentega, keju
Susu lembu
Aiskrim
Air lemon, teh herba
Teh hijau
Teh halia
Minuman
Teh tarik
Kopi
Bir, minuman bergas


Muntah dan loya semasa senam!


Terdapat beberapa kemungkinan: 
  • Bersenam Perut Kosong - Jika anda bersenam dengan perut kosong, terutama selepas bangun tidur, anda berkemungkinan rasa loya atau nak pitam. Ini adalah kerana badan anda rendah nutrisi dan tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti tersebut. Jika karbohidrat terlalu rendah, badan akan menggunakan otot dan lemak sebagai tenaga. Apa kata cuba makan sedikit sebelum memulakan latihan. Jika anda menyasarkan bakar lemak, dapatkan sedikit makanan berprotein 30 hingga 60 minit sebelum bersenam.
  • Masa Makan - Masa makan tidak betul juga berkemungkinan menyebabkan rasa loya, pening dan nak muntah. Ada jenis karbohidrat yang cepat hadam, ada yang lambat hadam. Jika anda makan karbohidrat kompleks seperti nasi, pastikan masa makan sekitar 2 jam sebelum bersenam, bergantung pada metabolisme seseorang. Ada rasa mengantuk ketika bersenam? Ia mungkin disebabkan insulin dirembaskan pada masa yang tidak sepatutnya dan menyebabkan gula rendah dalam darah.
  • Kekurangan Cecair - Kesimbangan air dalam badan kita penting. Berpeluh menyebabkan air hilang daripada badan dan perlu digantikan balik. Minum air ketika bersenam. Air yang paling sesuai adalah air sejuk dengan suhu 2 hingga 4 darjah celsius. Air sejuk dan bukan air ais. Air panas menyebabkan air tersebut lambat turun ke usus dan berada di perut. Air diserap di usus dan bukannya di perut.
  • Tekanan Darah Tinggi - Pergerakan yang tertumpu pada satu bahagian mungkin menyebabkan rasa pening pada orang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. Bila kali terakhir anda periksa tekanan darah?
  • Tekanan Darah Rendah - Pergerakan laju, kurang rehat mungkin memberi masalah pada mereka yang mengalami tekanan darah rendah. Ambil masa anda untuk beralih daripada satu set senaman ke set berikutnya. Elakkan senaman yang perlu bangun dan duduk dalam masa cepat.
  • Pengumpulan Darah - Darah berkumpul di satu tempat pada senaman yang berat seperti squat, deadlift. Kurang darah beroksigen yang disalurkan ke otak ketika itu. Pastikan anda mengambil masa untuk pulih sebelum memulakan set seterusnya. Jangan duduk selepas squat. Berjalan berlahan untuk melancarkan kembali aliran darah atau baring dengan meninggikan kaki.
  • Anemia - Anemia adalah masalah disebabkan kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi menyebabkan kekurangan sel darah merah atau kurang pembawa oksigen. Senaman berat mungkin menyebabkan oksigen lambat kembali ke otak.
  • Pernafasan - Teknik pernafasan tidak betul ketika bersenam jika mungkin menyebabkan rasa pening dan mual. Bernafas dengan cara yang betul boleh meningkatkan kapasiti paru-paru dan mengawal kadar denyutan jantung agar tidak terlalu tinggi.
  • Terlalu Banyak - Jika anda baru bersenam atau sudah lama meninggalkannya, mulakannya secara berperingkat. Jangan terlalu syok sehingga ingin melakukan semua dalam masa sehari. Tak pasal-pasal kena panggil ambulan datang nanti.
  • Masalah Lain - Terdapat beberapa kemungkinan lain seperti masalah jantung dan sebagainya. Dapatkan pemeriksaan doktor sebelum memulakan sesuatu aktiviti senaman itu jika perlu.

Rabu, 20 Julai 2016

Perihal KENTUT!



Purrrrtttttt .... ooooohahhhh lega!

Kentut merupakan salah satu nikmat hidup yang menyeronokkan. 

Anda pasti setuju!

Mengapa tiba-tiba berat badan naik mendadak pada minggu pertama atau sebulan raya?


Alhamdulillah kerana kita berjaya melalui fasa latihan di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah.

Dalam kesihatan, ibadah berpuasa melatih sistem tubuh berfungsi lebih baik dan akan meningkatkan kualiti kesihatan.

Ada yang memilih untuk berehat daripada hardcore workout dan ada juga yang meneruskan rutin berkerja seperti bulan-bulan yang lain. Ramai yang gembira kerana berjaya menurunkan berat badan di bulan puasa, diucapkan tahniah. Tetapi persoalan, mengapa tiba-tiba berat badan naik mendadak pada minggu pertama atau sebulan raya?

Jawapan daripada persoalan di atas ialah:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...