Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.
Memaparkan catatan dengan label Biomekanik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biomekanik. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mei 2012

What's the best position for my hand when I swim freestyle




If you learned to swim before the mid-1970s (and maybe later, depending on the coach), you were probably taught to pull your hand straight backward through the water like a canoe paddle. With this stroke, you move forward by pushing against the water. It turns out that’s not the best way to propel yourself through the water. Today’s swimmers learn to follow an S-shaped pattern, a more natural motion that has more in common with a propeller than a paddle. With the S-shaped motion, the edge of your hand splits the water flowing past it into two streams, much like what happens when an airplane wing cuts through the air. Some water goes over the back of your hand and some goes under it. This split generates a lift, which propels you forward in the water, similar to the way a propeller’s wing-shaped blades push a boat forward. We tend to think of lift in terms of moving you upward (as is the case with an airplane), but lift can be generated in any direction, depending on the orientation of the hand (or eing) that creates it. Expert swimmers continuously adjust the angle of their hands throughout the stroke to maximize the forward-directed lift. This lift means a swimmer can go faster with less effort using the S-shaped stroke. You can almost ‘fly’ through the water. 


Ahad, 29 April 2012

Sains Dalam Sukan Golf




Bidang sains turut memberi sumbangan dalam perkembangan sukan golf yang semakin diminati ramai. Ia hanya dibuktikan semasa permainan golf trial and error yang berlaku setiap hari di seluruh dunia. Sumbangan paling besar dalam bidang sains adalah dalam bidang inovasi selepas analisis saintifik menunjukkan ia berlaku.

Beribu-ribu pergerakan otot berlaku semasa kayu golf dipukul dalam masa kurang sesaat dari mula hingga akhir dan pelanggaran antara kayu golf dengan bola mengambil masa 0.0005 saat. Semua pergerakan akan dipelajari dalam memori motor dan diperlukan bagi menghasilkan turutan yang betul dengan masa yang tepat. Sains telah menunjukkan, jika permukaan kayu golf kurang 0.5 darjah kurang daripada bola, bola boleh terkeluar dari sasaran sejauh 20 ela (18.3 meter). Perbezaan halaju bermakna bola akan mendarat beberapa kaki daripada lubang dan  perubahan sebanyak 110 batu/jam (177km/j) kepada 111 batu/jam (179km/j) akan mengakibatkan bola bergolek di jauh dari sasaran.



Jika bola dipukul ¼ inci (0.6 sm) lebih tinggi, bola akan terbang lebih rendah dan jatuh pada jarak yang lebih jauh tetapi jika bola dipukul ¼ inci (1.6 sm) lebih rendah, bola akan terbang lebih tinggi dan jatuh pada jarak lebih dekat. Cuaca juga memainkan peranan penting semasa permainan golf. Jika seseorang dijangka mengubah pukulan bagi 20 batu/jam (32 km/j) dengan tiupan angin selaju 30 batu/jam (48 km/j), bola akan mendaratpada jarak 20 ela (18 meter) di atas lapangan.

Pemain golf terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan permainan berubah bergantung kepada fleksibiliti, kekuatan dan ketajaman minda. Tulang akan terus berkembang sehingga usia awal 20-an dengan kemuncak pertumbuhan pada usia 30 hingga 35 tahun dan selepas itu ketumpatan tulang akan mula menyusut. Postur badan akan sentiasa berubah kerana tarikan griviti dan dengan postur yang teruk, biomekanik akan berubah kerana ayunan dinamik.

Sains dan fizik bagi ayunan terbaik merupakan satu cabaran bagi seseorang atlet golf dan jurulatihnya. Walaupun model computer bagi fizik, halaju, aras, momentum, jarak, kelajuan, pergerakan dan fleksibiliti telah diukur, tetapi amat sukar untuk diaplikasikan maklumat berkenaan kepada setiap individu. Ini kerana setiap individu mempunyai ciri yang unik (tinggi, berat dan bentuk badan serta skil yang berlainan seperti kelajuan, kecepatan, tenaga dan fleksibiliti) menjadikan perbezaan unik sukar untuk dikumpulkan dalam satu model.


Sains sentiasa memberikan tumpuan kepada kuasa menghayun menggunakan formula dimana kuasa bersamaan dengan tenaga di darab dengan halaju. Kuasa bagi pemain golf mempunyai peranan yang berlainan berbanding dengan sukan angkat berat profesional. Ahli angkat berat menggunakan kekuatan pergerakan balistik untuk menjana halaju daripada semua otot serta merta. Pemain golf pula menjana kuasa melalui pergerakan kumpulan otot besar kepada otot yang lebih kecil dan memecut bagi memberikan kesan ayunan yang pantas.

Permainan golf telah dikaji dalam satu bidang asas fizik bagi menentukan banyak mana kuasa atau tenaga diperlukan. Kuasa ditentukan oleh kerja yang dilakukan pada satu-satu masa. 30 paun otot (13.5 kg) diperlukan bagi menjana hayunan seorang pemain golf profesional sebanyak dua kuasa kuda. Mengira kumpulan otot besar dan kecil ialah, 32 paun (14.5 kg) tenaga otot bukan dijana di lengan atau bahu tetapi kebanyakan kuasa datang daripada kaki, pinggung, belakang dan abdomen, (Jorgensen, 2007), 

Kuasa hayunan golf adalah kawalan pengecutan dan pengembangan otot dimana peralihan backswing kepada downswing mengekalkan pemindahan momentum daripada satu kumpulan otot kepada yang lain. Ini merupakan tugas yang sukar untuk dilakukan dan menyimpan memori otot. Oleh sebab itu, mekanik pergerakan badan yang buruk menghalang atlet golf mencapai pukulan yang baik.


INFO: Tiger Woods mempunyai pukulan golf yang amat baik, sama ada di atas lapangan golf atau di atas ranjang.

Ahad, 22 April 2012

Apakah Kepentingan Genggaman Tangan Pada Pemukul Semasa memukul Bola????




Di dalam permainan softball, anda boleh melepaskan pemukul semasa memukul bola dan bola masih boleh pergi jauh jika anda memegang pemukul tetapi biasanya pemain akan mencampakkan pemukul.

Bola dan pemukul yang bersentuhan semasa dipukul akan mempengaruhi satu sama lain di mana pelanggaran mengambil masa 1.5 milisaat (perbandingan mata berkelip 100 milisaat)

Ia mengambil sekurang-kurangnya 10 milisaat bagi maklumat bahawa anda telah memukul bola dengan pemukul di tangan dan maklumat berkenaan akan dihantar ke otak melalui saraf.

Selepas anda sedar semua itu berlaku, bola telah terbang jauh. Sebagai pemain, tidak ada apa hyang anda boleh lakukan semasa bola menyentuh pemukul kecuali bertindak pantas.

 Berapa jauh bola bergerak ditentukan dengan bagaimana pantas pemukul bergerak apabila bola dipukul tanpa mengambil kira kekuatan gengaman. 

Selasa, 17 April 2012

Setinggi Mana Anda Boleh Melompat?



Apabila anda menonton perlawanan bola keranjang atau bola tampar, cuba perhatikan berapa tinggikah pemain melompat untuk mendapatkan dan melontar bola. Bagi mengukur berapa tinggi anda boleh melompat, berdiri di sebelah dinding dengan sebatang pensel di tangan dan angkat tangan setinggi mana yang boleh tanpa mengangkat kaki.

Catatkan ketinggian yang boleh dicapai dan kemudian lompat setinggi mana yang boleh dengan tangan diangkat di atas kepala. Semasa melompat, catatkan sekali lagi ketinggian dan beza antara ke dua-dua ketinggian adalah ukuran setinggi mana anda boleh melompat.

Anda boleh melompat lebih tinggi jika anda membengkokkan kaki sebelum melompat, kerana semasa melompat anda akan menolak lantai dan dapat melompat lebih tinggi. Menghayunkan tangan juga akan menambahkan ketinggian lompatan kerana apabila badan dipaksa ke bawah, ia akan meningkatkan ketinggian lompatan. Ini kerana semangkin lama masa pergerakan sesuatu jasad bergerak, maka daya yang terhasil akan semakin bertambah.

Kaedah mengukur ketinggian lompatan dinamakan Lompatan Sargent sempena nama pengasan Pendidikan Jasmani Amerika syarikat iaitu Dudley Sargent.


Selasa, 10 April 2012

Atlet Lompat Jauh Perlu Berlari Sebelum Melompat




Pergerakan berlari yang dinamakan hitch-kick memberhentikan pergerakan hadapan badan atlet lompat jauh apabila ia terapung di udara. Apabila atlet lompat jauh take-off dengan meletakan kaki ke papan lompatan, pergerakan badan di bahagian bawah memberhentikan beberapa saat semasa bersentuh dengan papan.Tetapi badan di bahagian atas terus bergerak ke hadapan menyebabkannya bergerak ke pusat grivitinya. Jika tidak berhati-hati, atlet lompat jauh ini akan tersungkur ke hadapan. Oleh yang demikian, atlet lompat jauh perlu berinteraksi dengan menggerakan tangan dalam pergerakan hitch-kick.

Semasa hitch-kick, atlet lompat jauh akan meluruskan kaki semasa ke belakang dan membengkokkannya apabila ke hadapan. Perbezaan di dalam kedudukan kaki akan menyebabkan badan atlet lompat jauh bergerak ke hadapan.  Ketika itu pergerakan tangan atlet lompat jauh semasa hitch-kick menolak bahagian atas badan ke belakang. Pergerakan badan tadi mengseimbangkan lompatan dan membolehkan atlet lompat jauh mendapatkan pendaratan yang baik.



Rabu, 6 Julai 2011

KONSEP IMPULSE



Impuls merupakan ledakan hasil daripada tindakbalas daya dan masa. Tindakbalas di antara daya dan masa yang melampau di mana daya yang bertindakbalas menunjukkan perubahan kelajuan terhadap masa. Ini diikuti pertambahan sama ada pada magnitud daya atau pada masa melampau atau pada kedua-duanya sekali. Pertambahan pada kelajuan berubah mengikut masa. Impulse merupakan hasil ledakkan daya dan masa yang sangat berguna untuk diaplikasikan dalam dalam sukan olahraga terutama ketika ingin membuat pecutan maksima.

Dalam beberapa acara sukan seperti badminton, golf, bola sepak, rugby dan sebagainya, kita memukul atau menyepak bola untuk menukarkan momentumnya. Newton mencadangkan bahawa daya yang diperlukan untuk menukar momentum sesuatu objek dihitung dengan persamaan:

F = pertukaran momentum
 masa


F = mv - mu
   t


F = daya
m = jisim bola
v = halaju akhir
u = halaju awal
t = masa yang diambil untuk momentum bertukar

Kalau disusun semula kita mendapati bahawa ft =mv-mu. Ini bermaksud bahawa saiz pertukaran momentum adalah bergantung kepada hasil darab f dan t.

Impulse = Daya X Masa

Sekiranya kita inginkan impulse daya yang lebih besar, maka kita perlu memberi perhatian rapi kepada: Saiz daya yang dikenakan atau digunakan (misalnya berapa kuat kayu golf dihayunkan); Tempoh sentuhan kepala kayu golf dengan bola. (semakin panjang tempoh sentuhan t semakin banyak momentum yang boleh dialihkan, dan semakin tinggi impulse yang dikenakan terhadap bola golf.

Menumpukan hanya terhadap kekuatan hayunan kayu golf sahaja tidak mencukupi dan pemain perlu memanjangkan tempoh sentuhan pada bola iaitu meningkatkan tempoh t. Impulse merupakan faktor kekencangan pukulan. Oleh itu pastikan masa sentuhan t itu di panjang sedikit dalam pukulan dengan memanjangkan jarak hayunan. Jika seorang pelontar peluru, ia perlu memanjangkan jarak perjalanan perluru untuk menambahkan masa.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...