Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 8 Oktober 2014

PERGERAKAN LOKOMOTOR


Definisi
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.

Konsep Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam pergerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa



Arah
Arah melibatkan bentuk arah gerakan ke hadapan, ke kiri, ke kanan atau ke belakang.
Contoh: Menari, kawad kaki, berjalan, belari dan sebagainya.

Haluan
Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya sama ada boleh dalam bentuk lurus, bengkang-bengkok, zig zag dan lain-lain.

Masa
Masa ialah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, kita boleh melengkapkan pergerakan dalam keadaan cepat atau perlahan, dengan secara tiba-tiba atau terkawal.

Bentuk Pergerakan Lokomotor 
  • Berjalan
  • Berlari
  • Melompat
  • Melompat ketingting
  • Merangkak

(1) Berjalan 
  • Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
  • Berjalan dengan melakukan gaya robot atau askar permainan berjalan
  • Berjalan dengan melakukan gaya gegasi berjalan  
  • Berjalan dengan melakukan gaya cara gorila berjalan
  •  Berjalan dengan melakukan gaya meredah semak
  • Berjalan dengan melakukan gaya gajah berjalan
  • Berjalan dengan melakukan gaya anjing cedera di kaki berjalan
  • Berjalan dengan melakukan gaya patung berjalan - berjalan naik tangga

(2) Berlari
  • Berlari ulang alik dengan ayunan tangan yang lurus
  • Berlari dengan perlahan serta lutut diangkat tinggi.
  • Berlari pantas dan beransur-ansur perlahan
  • Berlari dan berhenti apabila isyarat diberikan dan berlari semula
  • Berlari ke hadapan serta berundur ke sisi
  • Berlari mengikut seorang ketua
  • Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan
  • Berlari mengikut arah zig zag
  • Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

(3) Melompat
  • Melompat seperti rusa melompat pagar
  • Melompat tali atau garisan di atas lantai
  • Melompat halangan yang ditinggikan sedikit dari paras lantai
  • Melompat ke arah yang berlainan dengan  penekanan kepada ketinggian lompatan
  • Melompat seperti cara kanggaru melompat
  • Melompat seperti cara katak melompat
  • Melompat sambil mengubah arah lompatan 

(5) Melompat Ketingting
  • Melompat ketingting dan pusing badan ke kiri dan ke kanan
  • Melompat ketingting berarah ke hadapan, ke belakang dan ke kiri, ke kanan mengikut isyarat
  • Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak 

(6) Merangkak
  • Merangkak melalui pelbagai halangan
  • Merangkak melalui bawah sarang labah-labah
  • Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan diikat 

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...