Pengurusan
bilik darjah merupakan satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah
bilik darjah serta galakkan komunikasi dan interaksi antara pelajar. Selain
mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai
pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah. Mengurus murid supaya menjalankan
tugas mereka mengikut jadual tugas seperti membersihkan bilik darjah dan
menyusun meja kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan
bilik darjah. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih
kondusif untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan
lebih berkesan dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan secara
teratur mengikut rancangan. Pengurusan bilik darjah juga melibatkan penyediaan
persekitaran sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik.
Dalam
pendidikan pemulihan khas, bilik atau kelas merupakan satu keperluan asas yang
utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas, murid-murid yang
ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar
dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan
pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik
atau kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri atau keperluan mengikut
teori-teori kecerdasan pelbagai (TKP) perlu diambil kira.
Suasana Dan Iklim Bilik Darjah
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh
pelbagai faktor. Sebagai pengurus bilik darjah keperluan jelas membuktikan
bahawa guru memainkan peranan penting sebagai pengurus bilik darjah kerana ini
merupakan titik permulaan untuk guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam suasana bilik darjah yang kondusif dan mengenalpasti
kekuatan guru sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. Di mana
guru akan lebih berkeyakinan dan bersedia untuk membantu murid meningkatkan
lagi kecerdasan mereka dalam menjana idea baru dan membina aktiviti
pembelajaran yang merangkumi teori kecerdasan pelbagai.
Selain
daripada itu, keadaan fizikal bilik darjah juga boleh diubahsuai untuk
menyesuaikan persekitaran dengan keceradasan pelbagai murid. Berikut adalah
beberapa fokus yang boleh digunakan di antaranya:
- Stesen kecerdasan
- Perhiasan bilik darjah
- Lawatan luar
- Sumber bilik darjah
Persekitaran
bilik darjah yang berasaskan teori kecerdasan pelbagai ialah:
- Gunakan sumber yang sedia ada
- Pembelajaran tidak perlu tinggi atau banyak
- Berkongsi guru dan bilik darjah.
- Guru tidak perlu menyediakan semua bahan bersendirian
- Benarkan murid menghasilkan bahan yang diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran
Oleh
itu, nyatalah bagi kita bahawa pelbagai faktor telah mempengaruhi pengajaran
dan pembelajaran. Guru sebagai pengurus dalam bilik darjah haruslah bijak
melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.selain daripada itu beberapa faktor
boleh dikelaskan dalam pembentukan sesebuah bilik darjah. Faktor-faktor
tersebut ialah faktor fizikal, kemanusiaan dan teknikal. Penumpuan di sini kami
khususkan pada pembentuk sebuah bilik darjah kelas pendidikan pemulihan khas.
Faktor fizikal
Sistem
persekolahan yang lama tidak dapat menumpukan perhatian terhadap persekitaran
fizikal dan dan hubungan guru dengan murid serta hubungan antara murid dengan
murid. Pakar-pakar pendidikan telah menjalankan berbagai-bagai penyelidikan dan
merumuskan bahawa suasana fizikal yang baik akan menjamin kelicinan dan
kecerdasan pengajaran dan pembelajaran.
Di antara faktor-faktor
fizikal bilik darjah yang perlu dipertimbangkan ialah saiz bilik darjah, suasana
am bilik darjah, peralatan, keadaan cahaya dan udara bilik darjah. Ini merupakan
sebahagian daripada satu cara menggalakkan interaksi antara guru dengan murid
serta murid dengan murid. Dengan kata lain, suasana sosial dan emosi akan
bertambah sihat lagi. Penyusunan kerusi dan meja murid secara kumpulan dapat
melaksanakan penggunaan kaedah pengajaran secara kumpulan dan individu. Di mana
aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengayaan lebih mudah di laksanakan. Bersama ini
disertakan satu situasi contoh lakaran sebuah bilik darjah yang diluluskan dalam RMK9 dan contoh cd pengurusan sebuah
bilik darjah kelas pendidikan pemulihan khas mengikut teori kecerdasan pelbagai
yang disertakan bersama dan faktor-faktor fizikal lain ialah:
A. Saiz Bilik Darjah
Saiz bilik
darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid-murid di dalamnya, ukuran
bilik darjah yang dianggap sesuai ialah 7 x 9 meter (3 bay). Walaubagaimanapun,
guru perlu menggunakan budi bicaranya jika bilik darjah yang diperuntukkannnya
lebih kecil daripada saiz yang sepatutunya.
B. Suasana Am Bilik Darjah
Suasana bilik
darjah yang ceria atau yang dihiasi lebih menarik serta dapat menggalakkan
proses pembelajaran. Ini merupakan satu lagi aspek yang penting. Guru perlu
mendapat kerjasama daripada murid untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang
menarik.
Oleh itu, bilik
darjah boleh dihiasi dengan gambar-gambar yang berwarna warni, carta-carta, poster-poster,
lukisan-lukisan hasil murid dan model satu objek konkrit yang lain. Papan kenyataan
dan almari disediakan untuk mempamerkan hasil projek individu dan kumpulan
supaya murid-murid dapat belajar daripada kawan-kawan. Papan pameran juga boleh
digunakan untuk mempamerkan hasil kerja murid dapat juga memberikan perasaaan
kejayaan serta pengakuan kepada mereka.
Di samping
itu, pelbagai ruang pembelajaran yang bersesuaian dengan teori kecerdasan
pelbagai dapat disediakan di dalam bilik darjah bagi mengaplikasikan proses pengajaran
dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif. (rujuk cd yang disertakan).
C. Peralatan
Peralatan yang
terdapat di dalam bilik darjah terdiri daripada kerusi dan meja murid-murid, kerusi
dan meja guru, papan kenyataan, rak-rak buku dan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran (sebagaimana yang diperuntukkan dalam RMK 9). Di dalam bilik
darjah yang lain, meja dan kerusi disusun mengikut barisan dan kumpulan
mengikut kesesuaian bilik darjah dan jumlah bilangan murid.
Selain
daripada itu, saiz kerusi dan meja perlulah sesuai dengan ketinggian murid-murid.
Ketinggian kerusi dan meja yang sesuai akan menjamin keselesaan murid-murid. Bagi
kelas pendidikan pemulihan khas, bentuk meja segiempat juga perlu diubah menjadi bentuk trapezium
contohnya, kerana ia mudah dicantum untuk mewujudkan ruang kerja yang lebih
besar atau seperti separuh bulatan dan sebagainya.
Papan hitam dan papan pameran
perlu dipasang selaras dengan penglihatan murid-murid untuk memudahkan mereka
membaca bahan yang dipamerkan dan bahan-bahan yang dipamerkan juga perlu
ditukar dari semasa ke semasa supaya dapat menarik minat murid. Maka dengan ini
akan mendorong mereka untuk membaca segala apa yang dipamerkan. Bahan-bahan di
papan pameran seharusnya tidak terlalu banyak kerana ini menyusahkan murid-murid
membaca. Pelbagai alatan hendaklah disimpan dengan kemas dan tersusun, keadaan
ini akan melicinkan pengajaran dan pembelajaran.
D. Keadaan Cahaya Dan Udara Bilik Darjah.
Sesebuah bilik
darjah seharusnya mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi. Tingkap dan pintu
seeloknya dibuka untuk membolehkan pengedaran udara yang secukupnya di dalam
bilik darjah. Kekurangan udara akan menyebabkan keadaan bilik darjah yang panas
dan murid-murid akan mengantuk serta gelisah. Situasi seperti ini mendorong
timbulnya masalah-masalah disiplin.
Cahaya yang cukup
juga penting bagi murid-murid. Bilik darjah yang gelap atau tidak cukup terang
dan pengedaran udara yang kurang akan menjejaskan penglihatan murid-murid.
Situasi tersebut juga boleh menyebabkan murid-murid cepat berasa letih dan
mengantuk dan secara tidak langsung pengajaran dan pembelajaran tidak berjaya
dilaksanakan.
E. Faktor Kemanusiaan
Keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran tidak hanya bergantung pada bilik darjah yang selesa atau
kaedah pengajaran yang efektif. Ia juga bergantung pada faktor kemanusiaan
seperti personaliti guru, cara guru melayan pelajar-pelajar dan juga suasana
sosiemosi yang wujud di dalam bilik darjah, diantaranya ialah:
1. Kasih Sayang
Guru perlu
menyayangi kanak-kanak. Jika dia tidak berupaya belajar menyukai dan menyayangi
mereka, maka dia tidak akan menjadi seorang guru yang baik. Kasih sayang berpunca
daripada pengetahuan dan kefahaman tentang kanak-kanak. Mereka tidak akan dapat
belajar, membesar dan berkembang dengan baik tanpa pemahaman dan kasih sayang
daripada guru dan ibubapa.
2. Keadilan
Selain kasih
sayang dan pemahaman, guru hendaklah bersikap adil dan tidak pilih kasih. Semua
murid di dalam kelas harus dilayan secara saksama.
3. Demokrasi
Guru
hendaklah sentiasa mengamalkan demokrasi di dalam bilik darjah. Contohnya guru
tidak melantik ketua darjah, tetapi meminta murid-murid lain untuk memilihnya. Selain
daripada itu juga, guru sanggup mendengar dan menerima pendapat yang baik
daripada murid-muridnya.
4. Bertimbangrasa
Guru yang
bertimbangrasa dan bersopan-santun akan juga membentuk sikap murid-murid
tersebut terhadap kawan-kawan mereka.
5. Kecindan
Guru yang
baik juga patut menyelitkan unsur kecindan ke dalam pengajarannya. Guru yang
pandai bergurau dari semasa ke semasa akan dapat menghilangkan rasa kebosanan semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Guru tersebut hendaklah ketawa bersama-sama muridnya untuk menyatakan akan
kelucuan atau jenaka yang telah dibuat. Di samping itu, guru janganlah
menggunakan bahasa sindiran terhadap murid-muridnya. Ini akan menyebabkan
murid-murid berasa rendah diri atau terhina.
Suasana bilik
darjah yang tidak mempunyai unsur kecindan merupakan suatu tempat atau situasi
yang membosankan dan tidak menarik. Sebaliknya,unsur kecindan dapat membantu
perhubungan yang mesra antara guru dengan murid-muridnya. Ia juga menjadikan
bilik darjah suatu tempat yang bahagia dan digemari murid-murid. Secara tidak langsung ini akan
meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Faktor Teknikal
Faktor ini
meliputi beberapa perkara seperti kemahiran guru, komputer, projektor overhead,
transparensi, slaid, pita rakaman dan sebagainya.
Kemahiran
serta pengetahuan guru penting demi menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Oleh itu, selain pendidikan perguruan yang diterima di
maktab mahupun universiti, guru hendaklah menghadiri seminar, forum dan bengkel
dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kemahirannya. Alat Bantu mengajar seperti
projektor overhead, pita rakaman dan slaid yang digunakan secara berkesan juga
akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan serta menarik.
Di samping
itu, segala aktiviti pengajaran adalah ditujukan untuk menghasilkan aktiviti
pembelajaran yang berkesan. Dengan perkataan lain, objektif pengajaran utama
ialah membawa hasil pembelajaran dengan membentuk perubahan tingkahlaku dari
satu tahap rendah ke suatu tahap yang lebih tinggi.
Pengajaran
tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia gagal mewujudkan situasi pembelajaran
yang berkesan. Sesungguhnya, segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
mengajar adalah berlandaskan kepada segala teori dan ciri pembelajaran. Hal ini
adalah memastikan bahawa segala usaha pengajaran akan menghasilkan aktiviti
pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, kaedah dan teknik mengajar seperti
kaedah perbincangan, kaedah demonstrasi serta strategi pembelajaran seperti
strategi pemusatan murid dan bahan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan
mengurus aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.
Organisasi
sebuah bilik darjah mestilah mengandungi suatu ciri keistimewaan iaitu di
samping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti
pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan, pula
disediakan. Sehubungan ini, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam
ruang-ruang pembelajaran seperti sudut atau ruang matematik, ruang verbal
linguistik, ruang nuteralis, ruang muzik, ruang visual-ruang, ruang kecerdasan
kinestetik, ruang kecerdasan interpersonal dan intrapersonal. Berasaskan pada
CD yang disertakan satu model pengurusan bilik darjah sebuah kelas Pendidikan
Pemulihan Khas
Aktiviti-aktiviti
yang biasanya dijalankan dalam sudut atau ruang pembelajaran ialah aktiviti
pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan,
perbincangan, bercerita dan aktiviti jual beli. Di samping itu,
ruang-ruang pembelajaran juga digunakan
untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja daripada murid-murid di
dalam kelas.
Dalam kerja pengurusan sudut atau ruang pembelajaran, guru harus
memastikan bahawa sudut atau ruang dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan
teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang bersesuaian dengan
murid-murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini,
guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya
supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang atau sudut
pembelajaran dengan cara yang betul.
Di dalam
bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus.
Tugas guru sebagai pengurus ialah:-
- Mengurus rutin bilik darjah.
- Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi.
- Mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah.
- Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih konusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.
- Mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.
Oleh itu,
setipa guru tidak dapat melarikan diri daripada kerja-kerja berbentuk rutin
Rutin dalam bilik darjah juga boleh dikaitkan dengan pengurusan bilik darjah.
Pengrusan bilik darjah yang berkesan ini sangat penting terutamanya untuk
menjimatkan masa dan tenaga. Ia juga bertujuan memberikan peruntukkan yang
lebih kepada pembelajaran. Menurut Asmah Hj. Ahmad (1989), rutin merupakan
kerja biasa di bilik darjah. Kecekapan dalam kegiatan bilik darjah didapati
melalui amalan-amalan harian.
Rutin
merupakan satu cara tetap untuk menjalankan aktiviti bilik darjah. Penggunaan
rutin dalam bilik darjah menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti seperti menanda
jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan
menyimpan dan menyediakan bahan-bahan pengajaran, menyediakan berbagai-bagai
rekod dan sebagainya.
Sesetengah
tugas tersebut boleh dijalannkan oleh murid-murid. Antara tugas tersebut ialah
membersihkan bilik darjah, membuka tingkap dan pintu, membersihkan papan hitam,
mengedar dan mengutip bahan-bahan
pembelajaran, menyusun kerusi dan meja, menghias bilik darjah dan mengemaskini
bahan-bahan pada papan kenyataan. Semua tugas ini harus dijalankan dan
diselesaikan dengan penuh tanggungjawab. Tujuannya ialah untuk menimbulkan
suasana tindakbalas yang sesuai, yakni guru-guru mengajar sementara murid-murid
pula belajar.
Di antara
faedah-faedah melaksannakan rutin dalam bilik darjah ialah:
- Segala aktiviti di bilik darjah dapat berjalan dengan lebih teratur. Proses pembelajaran tidak terganggu sementara proses pengajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan
- Rutin menjimatkan masa dan tenaga guru dan murid-murid. Dengan adanya rutin, kerja-kerja memberi dan mengutip buku latihan, bahan dan alat ujikaji yang digunakan dapat dijalankan dengan lebih cepat.
- Rutin dapat menolong mengelakkan kekecohan di bilik darjah. Murid-murid yang ditugaskan pada hari yang ditentukan akan menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual yang telah disediakan.
- Peraturan bilik darjah membantu mengawal dan meningkat disiplin murid. Peraturan ini akan menolong mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.
- Dengan adanya rutin, kemalangan di dalam bilik darjah akan dapat dielakkan.
- Murid-murid yang diberi tanggungjawab akan mendapat pengalaman bertugas yang seterusnya akan memberi peluang untuk mempelajari dan memperoleh kemahiran kepimpinan dan tanggungjawab.
- Murid-murid akan mengambil bahagian menjalankan rutin secara aktif.
- Rutin akan memberi perasaan selamat kepada murid-murid.
- Rutin akan memberi peluang kepada murid-murid untuk bekerjasama; tolong-menolong, bertolak ansur, bertimbang rasa dan mengamalkan sikap-sikap sosial lain yang baik. Setiap kanak-kanak memberi sumbangan kepada kelas semasa menjalankan tugas masing-masing.
- Rutin memberi peluang untuk memilih ketua dan ahli jawatankuasa untuk menjalankan sesuatu tugas. Murid-murid diberi kesempatan untuk mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi.
- Rutin menolong murid mengamalkan pemindahan pembelajaran.
Pengurusan Rutin Dalam Bilik Darjah
Pengurusan
rutin bilik darjah yang teratur bukan setakat mewujudkan iklim bilik darjah
yang baik malahan menimbulkan suasana yang sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran. Dalam pengurusan rutin ini, guru memainkan peranan yang penting;
rutin bilik darjah perlu diterangkan kepada mrid-murid sejelas-jelasnya dan
penerangan ini ada baiknya dibuat pada awal tahun atau awal semester
persekolahan seperti kata Earl J. Montague (1987)
……Spend some
time at the beginning of the year teaching student the classroom routines they
will be usig the rest of the year.
Rutin bilik
darjah mestilah jelas dan tidak mengelirukan murid-murid dan apabila telah
ditetapkan maka ia perlu diterangkan
kepada murid supaya mereka tahu akan prosedur rutin tersebut dan melakukannya
tanpa sebarang bantahan.
Joseph F.
Callahan dan Leonard H. Clark (1988), pula berpendapat bahawa guru seharusnya
menerangkan rutin yang hendak dijalankan dengan jelas supaya mereka tahu
mengikut rutin yang ditetapkan. Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh
Joseph F. Callahan (1988), W.F. Cannell (1981), rutin bilik darjah boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:-
- Rutin bilik darjah yang dilakukan oleh guru
Rutin
tersebut biasanya dilakukan oleh guru bersendirian. Ada pula rutin yang
dianggap sulit, khasnya yang berkaitan dengan rekod peribadi murid-murid.
Rutin-rutin berikut juga mesti dilakukan oleh guru-guru sendiri seperti
mengutip yuran, mengambil kedatangan pelajar, memunggut buku latihan dan
sebagainya,
- Rutin bilik darjah yang dilakukan oleh pelajar
Murid-murid
dianggap sebagai pembantu guru untuk menjalankan rutin dalam bilik darjah.
Aktiviti-aktiviti yang disarankan oleh guru ialah membersih dan mengemaskan
bilik darjah, memunggut dan menghantar buku, menghias bilik darjah dan
sebagainya. Rutin yang hendak dilakukan oleh murid-murid mestilah ditetapkan
terlebih dahulu supaya ia dapat dijalankan tanpa menunggu arahan.
Cadangan-cadangan menjalankan rutin
- Rutin mestilah teratur supaya ia dapat memberi pengalaman yang luas kepada murid-murid.
- Rutin yang diadakan harus menjimatkan tenaga dan masa murid-murid dan guru.
- Rutin yang paling sesuai haruslah dipilh dan diamalkan sehingga menjadi kebiasaan, sementara rutin yang baik hendaklah dikekalkan.
- Rutin yang baik sentiasa menggalakkan dan memperkembangkan insiatif murid-murid.
- Murid-murid harus digalakkan mengambil bahagian menjalankan kerja-kerja rutin seperti menjaga kebersihan kelas, tempat duduk, pergerakan murid-murid menyampaikan bahan-bahan lukisan, memberi dan mengutip buku-buku latihan. Dalam keadaan ini, semua murid seharusnya diberi peluang.
- Semakin besar sesebuah kelas, semakin diperlukan rutin-rutin yang efektif.
- Murid-murid harus memahami bagaimana sesuatu tugas dijalankan dan kelebihan yang diperoleh daripada sesuatu rutin yang digunakan.
Penyimpanan Rekod
Rekod-rekod murid-murid sememangnya
penting dalam menyediakan, menganalisis dan menyimpan maklumat tentang
seseorang murid. Berdasarkan rekod-rekod tersebut guru akan dapat membuat
penilaian tentang prestasi murid terhadap mata pelajaran yang diajar.
Selain
daripada itu, jika digunakan dengan cermat, rekod dan laporan ini akan dapat
menolong guru mengajar mengikut perbezaan
individu dan tidak menggunakan kaedah secara kelas (pengajaran seluruh).
Jadi seorang guru haruslah menyingkirkan tanggapan bahawa kerja menyimpan rekod
adalah tugas yang remeh dan membuang masa. Sebaliknya, rekod dan laporan akan
membantu guru mengajar dengan lebih berkesan lagi.
Rekod yang
disimpan mestilah tepat, lengkap, sah dan senang dibaca. Selain itu, ia harus
disiapkan dalam masa yang ditentukan. Dalam pendidikan moden, perkara yang
dipentingkan ialah perbezaan individu di dalam kelas. Tujuan menyimpan rekod
ialah untuk membekalkan keterangan (maklumat) yang tepat dan lengkap tentang
perbezaan.
Rekod dapat menolong guru
Rekod dapat menolong guru
- menilai murid-murid secara jangka panjang
- mengembangkan bakat dan minat murid-murid
- memahami dan menyelesaikan masalah disiplin
- menilai pengajarannya sendiri
- membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan
- menasihatkan murid-murid tentang gerak kerja luar
- menyediakan dan memilih ujian-ujian yang sesuai
Penutup
Berdasarkan
pada penerangan di atas dan contoh sebuah model kelas dalam CD yang disertakan,
dapatlah dinyatakan bahawa implikasi teori kecerdasan pelbagai guru sebagai
pengurus bilik darjah memainkan peranan penting di dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran secara formal berlaku dan berlangsungnya proses pemindahan
ilmu atau pelajaran daripada guru kepada murid.
Oleh itu bilik darjah merupakan medan pembinaan dan penerimaan ilmu yang
paling penting bagi murid. Jesteru
sebahagian besar masa belajar berada di dalam bilik darjah semasa waktu
persekolahan. Pembinaan budaya ilmu
dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan akan wujud
apabila budaya serta suasana bilik darjah yang positif dapat dijelmakan kerana
pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan memberangsangkan serta bermakna.
Sehubungan
itu bilik darjah merupakan aspek utama yang harus diberi perhatian dengan
mewujudkan ciri-ciri budaya kelas positif kearah memantapkan lagi pengisian
konsep “Sekolahku Syurgaku” di kalangan murid.
Sekiranya pengurusan bilik darjah tidak cekap dan berkesan maka secara
langsung murid akan merasa jemu, tidak
seronok atau tidak selesa untuk terus berada di bilik darjah bagi menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran.
Kepimpinan guru yang efektif (kreatif, inovatif serta imaginatif) adalah
penting dalam mewujudkan suasana yang mendorong kepada pengajaran dan
pembelajaran berkesan lagi bermakna serta menyeronokkan bagi murid dalam
suasana dan budaya yang sihat dan positif.
Ganjaran yang diberikan untuk murid juga dapat mengubah tingkah laku dan
menggalakkan minat serta keseronokkan murid untuk terus mengikuti pengajaran
dan pembelajaran dan hadir ke sekolah.
Amalan Psikologi melalui pendekatan yang sesuai dengan tahap dan keadaan
serta teknik memotivasikan dan membentuk geraklaku seperti penghargaan atau
pujian dan lain-lain akan memberikan satu impak yang positif.
Jelas di sini bahawa penerimaan
persekitaran bilik darjah yang sentiasa berkembang akan mempengaruhi
perkembangan kognitif dan percambahan minda murid. Ini menjadikan asas kepada corak pemikiran
seperti pemikiran konsep, penyelasaian masalah dan kreativiti murid. Kebanyakkan teori pembelajaran masa kini
adalah berorentasikan kognitif Teori
Fenonilologi atau Humanistik pula membuat penekanan kepada sikap dan perasaan,
kesempurnaan diri, kebebasan pembelajaran dan penjelasan nilai. Selain daripada itu beberapa elemen penting
yang mempengaruhi kewujudan bilik darjah, guru sebagai pengurus dan implikasi
teori kecerdasan pelbagai terdiri daripada faktor fizikal, sosial emosi, moral
guru atau murid, kepimpinan guru, teknologi serta suasana pengajaran dan
pembelajaran.
Biblografi
- Ee Ah Meng, Psikologi Perkembangan Aplikasi Dalam Bilik Darjah Edisi Ke-2 ,Penerbit Fajar Bakti.
- Abdul Rahman Abd Rashid, 1999, Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah, Utusan Publicatioans & Distributors Sdn Bhd.
- Ee Ah Meng, Murid Dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2, Penerbit Fajar Bakti.
- Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI 1 (Komponen : Profesionalisme Keguruan), Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.
- Ee Ah Meng, Pedagogi IV Edisi Ke-2, Penerbit Fajar Bakti.
- Ee Ah Meng, Ilmu Pendidikan Pengetahuan Dan Ketrampilan Kehtiasan (Semester 2), Penerbit Fajar Bakti.
- JPNJ, Penyemai Kreativiti Guru Bestari1 (Koleksi Guru Johor) Edisi Ke-2, Terbitan Khas Sempena Hari Guru Negeri Johor.
- Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran, KPM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan