Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 8 Oktober 2014

PELAKSANAAN KEGIATAN DAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Dasar Perlaksanaan
“Apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses P&P dalam bilik darjah yang memberikan peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah” Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.

3 ciri penting kegiatan kokurikulum :
  1. Kegiatan yang dirancang
  2. Lanjutan proses P&P
  3. Memberi peluang kepada pelajar memantapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.
Kurikulum Kebangsaan menegaskan setiap aktiviti kokurikulum mestilah:
  1. Membantu perkembangan seseorang murid sepenuhnya
  2. Menanam dan mempertingkatkan nilai moral
  3. Menyampaikan ilmu pengetahuan
Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menegaskan bahawa pelaksanaan kurikulum kebangsaan adalah wajib di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.
  1. Penyertaan pelajar adalah wajib dan perlu direkodkan.
  2. Prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur diskriminasi atau paksaan.
Strategi Pelaksanaan
  1. Menetapkan matlamat dan objektif
  2. Menyusun dan menetapkan kurikulum kegiatan dan aktiviti kokurikulum
  3. Menetapkan aktiviti yang jelas dan spesifik
  4. Menyediakan sumber kepakaran yang sesuai dan mencukupi
  5. Menyediakan prasarana atau pemilihan lokasi yang sesuai
  6. Menyediakan kemudahan asas/peralatan yang sesuai dan mencukupi.
  7. Memilih dan menetapkan masa yang sesuai dan mencukupi
  8. Menyediakan skema dan melaksanakan penilaian.
  9. Mewujudkan elemen penghargaan dan pengiktirafan
  10. Membina rangkaian kerjasama
  11. Membangunkan bahan sumber
Pengurusan Pelaksanaan
Proses pelaksanaan terbahagi kepada 6 peringkat.
  1. Perancangan
  2. Pelaksanaan
  3. Penyeliaan
  4. Penilaian
  5. Pendokumentasian
  6. Penambahbaikan
Perancangan
  • Usaha mengenalpasti, merangka, membina, mengkonsepsikan atau menghasilkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan objektif dan matlamat penubuhan.
  • Dirancang, dianjur dan dilaksanakan dengan sistematik dengan berkesan.
  • Memberi manafaat kepada ahlinya
  • Memberi dan menyediakan peluang penyertaan kepada ahlinya. 
7 Faktor dalam perancangan:
  1. Matlamat dan objektif
  2. Harapan dan aspirasi
  3. Minat dan kecenderungan ahli
  4. Tahap pengetahuan, pengalaman
  5. Infrastruktur,peralatan
  6. Sumber kewangan
  7. Sumber kepakaran
Pelaksanaan
3 peringkat:
  1. pra pelaksanaan
  2. Pelaksanaan sebenar
  3. Pasca pelaksanaan
Penyeliaan
  • Strategi untuk menilai dan memastikan kejayaan serta kemanafaatan aktiviti
  • Mengenalpasti kelemahan
  • Kekurangan peralatan
  • Kaedah dan peraturan pelaksanaan aktiviti dipatuhi
  • Penambahbaikan
  • Kebajikan,keselamatan kesihatan
Penilaian
  • Penilaian secara keseluruhan
  • Kesesuaian dan keberkesanan aktiviti yang dijalankan
  • Kandungan aktiviti  - pengembangan ilmu, peningkatan kemahiran, pembangunan insan
  • Pencapaian objektif dan matlamat
  • Pencapaian murid
Penambahbaikan
  • Secara berterusan
  • Kurikulum aktiviti yang dilaksanakan
  • Kaedah pelaksanaan aktiviti
  • Kesan sampingan ke atas nilai insan dan jati diri
Pendokumentasian
  • Untuk rekod dan simpanan, sumber rujukan
  • Laporan dan dokumen sebagai bukti perlaksanaan aktiviti


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...