Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Sabtu, 17 September 2011

PEMBEAJARAN MOTOR - (PENDEKATAN KLASIK)


Perspektif Sherrington Teori Refleks (1906) dengan permis-permis berikut : Refleks sebagai unit gerakbalas di dalam sistem saraf; Lakuan motor terhasil daripada rangkaian refleks beraktivasi(ada satu sistem yang menggerakan) secara bersiri; Perkembangan dan aktivasi refleks mempunyai hairaki (rangsang berlaku dari hairaki peringkat rendah ke peringkat tinggi); Tiada pergerakan yang boleh dighasilkan sekiranya refleks paling primitif tidak diaktivasikan.

HIRAKI REFLEKS
Refleks Spinal (refleks paling primitif di mana refleks yang hanya melibatkan tindakbalas sehingga ke peringkat spinal cod sahaja); Refleks Brainstem; Refleks Midbrain dan Refleks Voluntari (melibatkan otak)

BUKTI KEWUJUDAN HAIRAKI REFLEKS
Ekspiramen deaferentasi  ke atas seekor monyet – Proses memutuskan hubungan sesori di antara sistem periferi dan sistem pusat iaitu deaferentasi subjek secara isilateral:
Keputusannya – Tiada lakuan motor pada bahagian yang dideaferentasikan.
Kesimpulannya – Tiada lakuan motor kerana tiada aktivasi refleks spinal.

PENOLAKAN TEORI REFLEKS : (Graham 1911)
Eksprimen Deaferentasi Bilateral Terhadap Subjek:
Keputusan – Dalam keadaan biasa, tiada lakuan motor pada bahagian yang dideaferentasikan. Namun begitu, apabila ada rangsangan persekitaran yang sesuai, lakuan motor pada bahagian yang dideaferentasikan, lakuan motor boleh dihasilkan.

Kesimpulan – Penghasilan lakuan motor tidak memerlukan aktivasi refleks paling primitif (refleks spinal).

Keadaan ini disebut sebagai Central Patern Generator di mana : Rangkaian neuron yang berkemampuan mengaktivasikan corak lakuan motor lazim; Penghasilan setiap lakuan melibatkan pelbagai interaksi di peringkat sistem saraf. Lakuan lazim akan membina rangkaian neuron, iaitu ibarat kod kepada pergerakan tersebut. Apabila terdedah kepada persekitaran, di mana lakuan lazim dihasilkan, CPG(hanya konsep) akan diaktivasikan.

PENOLAKAN TEORI REFLEKS – (Lashley 1917)
Rawatan Pesakit Deaferentasi Secara Kemalangan:
Pesakit mengalami kecederaan akibat tertembak di bahagian spinal dan pesakit tidak mampu menerima maklumat sensori baru. Tetapi pesakit menunjukkan keupayaan untuk menghasilkan lakuan-lakuan lazim.

Kesimpulan – Terdapat salinan eferen bagi lakuan motor. Salinan Eferen Lakuan Motor terbahagi dua: Lakuan Involuntri (luar kawal) dan Lakuan Voluntri (dalam kawal).

Salinan Eferen Lakuan Voluntri diandaikan sebagai hasil sampingan (bahagian product) interaksi sistem saraf dalam menghasilkan lakuan lazim dan diandaikan terbentuk di Koteks Serebral. Bebarapa salinan eferen berpotensi membentuk satu set arahan lagi untuk mengspesifikasikan sesuatu lakuan motor yang khusus. Ianya merupakan satu konsep Program Motor.

Central Pattern Generator dan Program Motor merupakan satu konsep yang mengemukakan idea bahawa terdapat “kod” bagi semua lakuan motor di peringkat sistem saraf. Ianya akan memberi implikasi terhadap mekanisme kawalan motor dalam kontekS Sistem Saraf Pusat dan sistem Pinggiran.

TEORI HIRAKI
Teori yang mengandaikan bahawa semua aspek kawalan motor dari segi perancangan dan perlaksanaan adalah tanggungjawab pusat-pusat kortikal yang terdapat pada sistem saraf pusat. CNS diandaikan sebagai pusat kawalan peringkat tinggi atau peringkat eksekutif.

PERMIS UTAMA TEORI HAIRAKI
Merupakan idea kawalan motor secara descending (top-down approach). Berbagai pemprosesan berlaku di peringkat pusat dan ‘hasil’ pemprosesan tersebut akan dihantar ke sistem periferi.








  

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...