Aktiviti bersukan yang banyak
menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan
kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.
Aktiviti bersukan seperti bermain
futsal, beriadah di gimnasium dan bermain badminton pada waktu malam yang kini
menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa akibat bekerja sebenarnya
boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.
Ini kerana, tanpa disedari
individu berkenaan mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan
darah tinggi, masalah serangan jantung, penyakit saraf dan keletihan melampau.
Bersukan pada malam hari banyak
menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan
kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.
Secara purata seseorang
menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.
Aktiviti bersukan selepas bekerja
terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa
bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.
Bersukan pada waktu malam akan memaksa
badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh
mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan
masalah darah tinggi dan jantung.
Namun begitu, jika seseorang
individu ingin melakukan senaman pada waktu malam, ianya perlu melakukan
senaman ringan yang tidak menggunakan tenaga yang banyak.
Aktiviti bersukan pada waktu
malam juga boleh membuatkan badan seseorang menjadi letih dan mengganggu waktu
tidur.
Bersenam atau melakukan aktiviti
sukan berat berat digalakkan pada waktu siang, mengikut kemampuan serta umur
seseorang dan tidaklah keterlaluan.
Jangan terlalu memaksa tubuh
melakukan perkara-perkara yang di luar kemampuan.
Mukttahir ini, ramai di kalangan warga
pertengahan umur mati mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal pada malam
hari bukanlah perkara baharu serta perlu diambil perhatian serius dan tidak
dipandang remeh.
Kematian mengejut semasa bersukan
di malam hari ini membuktikan bahawa usia muda bukanlah jaminan seseorang itu
selamat daripada risiko mati mengejut ketika melakukan aktiviti riadah.
Mereka yang bersukan ini
kadang-kadang tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan sebab mereka ingat
mereka sihat, muda dan tidak ada penyakit.
Persepsi yang mengatakan, semakin
kerap kita bersukan dalam sehari, tubuh semakin sihat haruslah di singkirkan.
Ini kerana kemampuan sistem tubuh
‘berkerja’ mempunyai had maksima dan ianya memerlukan rehat yang maksima untuk
tubuh ‘refresh’ semula.
Malam hari adalah waktu tubuh
badan ‘berehat’ sementara waktu siang adalah waktu tubuh badan ‘berkerja’.
Firman Tuhan:
“Dialah yang menjadikan malam
bagi kamu supaya kamu beristirahat padanya dan (menjadikan) siang terang
benderang (supaya kamu mencari karunia Allah). Sesungguhnya pada yang demikian
itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar.” (QS.
Yunus:67).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan