- Penyakit ini sangat mudah merebak sehingga menyebabkan ia diisytiharkan sebagai ‘Pandemic’.
- Penyakit ini pertama sekali dijumpai di Wuhan, China dan sekarang telah merebak pada lebih daripada 120 negara termasuk Malaysia. Virus ini telah dinamakan sebagai “SARS-CoV-2” dan penyakitnya pula dipanggil sebagai “Coronavirus disease 2019″(Nama pendeknya adalah COVID-19)
- Pada 30 Januari 2020, WHO telah mengistiharkan wabak ini sebagai ” Public Health Emergency of International Concern” kerana wabak ini sangat mudah merebak.
Simptom COVID-19
- Pesakit boleh mempunyai simptom yang sederhana dan tidak memberi kesan kepada pesakit sehinggalah simptom yang teruk dan boleh menyebabkan kematian.
- Pesakit yang sudah terdedah dengan virus tersebut akan mempunyai simptom setelah 2 hingga ke 14 hari.
- Simptom tersebut adalah :
- Demam
- Batuk
- Sakit tekak
- Sesak nafas
- Pesakit boleh sahaja mempunyai salah satu simptom ini tanpa mempunyai demam.
Punca COVID-19
- Coronavirus adalah daripada keluarga virus yang selalu menjangkiti haiwan seperti kelawar, unta, kucing dan ular. Sebelum ini, coronavirus juga telah menyebabkan wabak seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Kesemua virus ini adalah berasal daripada kelawar.
- Pada mulanya, kebanyakan daripada mereka yang dijangkiti penyakit ini mempunyai sejarah pergi ke pasar di Wuhan dimana dalam pasar ini mereka menjual makanan eksotik termasuk kelawar. Kemudian, virus ini telah menjangkiti orang lain yang tidak pernah pergi ke pasar tersebut.
Ujian Pengesahan
- Sampel yang wajib diambil daripada pesakit adalah sampel calitan daripada bahagian tekak. Sampel ini akan dihantar ke makmal khas seperti Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan(MKAK) di Sungai Buloh untuk menjalani Ujian.
- Ujian yang selalu dijalankan adalah Real Time Polymerase Chain Reaction(Real Time-PCR) yang bertindak untuk mengesan genetik virus tersebut.
Cara virus ini merebak
Virus ini merebak daripada individu ke individu
yang lain dengan cara:
- Titisan air di dalam udara melalui batuk ataupun bersin daripada pesakit Covid-19
- Individu yang dekat dengan pesakit ini(Close Contact)
- Titisan air ini boleh berterbangan dan masuk ke dalam kawasan mulut dan hidung mereka yang dekat dengan pesakit. Kemudian ia membiak dan menyebabkan individu tersebut mengalami simptom yang dikatakan diatas.
Bolehkah seseorang yang tiada simptom menjangkiti
orang lain?
- Umum mengetahui bahawa hanya orang yang mempunyai simptom sahaja akan menjangkiti orang lain. Tetapi individu yang tidak mempunyai simptom ini boleh sahaja menjangkiti orang lain jika barangan individu tersebut telah dicemari dengan virus ini.
Kematian disebabkan COVID-19
- Penyakit MERS-CoV dan SARS-CoV mempunyai kadar kematian yang tinggi berbanding COVID-19. MERS-CoV mempunyai kadar kematian lebih kurang 45% dan SARS-CoV pula pada kadar 15%. Manakala, COVID-19 pula mempunyai kadar kematian sebanyak 2%. Tetapi kadar jangkitan virus ini kepada orang lain adalah lebih tinggi.
- Mereka yang berumur serta mempunyai masalah jantung, paru-paru dan kencing manis sebagai contoh mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi berbanding orang lain.Pada 17 Mac 2020, 2 kematian telah diisytiharkan oleh KKM berpunca daripada penyakit ini.
Rawatan
- Buat masa sekarang, tiada lagi rawatan antiviral yang spesifik digunakan untuk merawat penyakit ini. Pesakit yang menghadapi penyakit COVID-19 perlu diberikan rawatan sokongan untuk mengurangkan simptom.
- Jika simptom pesakit teruk seperti sesak nafas disebabkan kurang oksigen, rawatan sokongan melalui pemberian oksigen perlu diberikan kepada pesakit. Sistem imun pesakit sendiri akan bertindak untuk menghasilkan antibodi untuk membunuh virus tersebut dan pesakit akan sembuh dengan sendirinya.
Cara untuk mengelakkan penyakit ini
- Pada masa sekarang, tiada lagi vaksin untuk penyakit ini. Cara terbaik untuk mengelakkan penyakit ini adalah dengan mengelakkan diri daripada terdedah dengan virus.
- Walaubagaimanapun, anda juga disyorkan untuk mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan ini. Ia adalah:
- Elakkan daripada berjumpa dengan orang sakit
- Elakkan daripada memegang bahagian mata, hidung dan mulut.
- Duduk dirumah jika anda tidak sihat
- Tutup mulut menggunakan tisu jika anda batuk atau bersin
- Pihak CDC daripada WHO hanya menggalakan mereka yang mempunyai simptom sahaja untuk memakai facemask.
- Sentiasa basuh tangan anda menggunakan sabun selama 20 saat terutamanya apabila pergi ke tandas, sebelum makan dan juga ketika anda batuk atau selesema.
- Jika tiada sabun, anda digalakan menggunakan hand sanitizer yang mempunyai alkohol lebih daripada 60%.
Rujukan:
Coronavirus Disease 2019 (COVID-19). – CDC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan