Senaman kardio akan meningkatkan metabolisme tubuh tetapi akan kembali ke tahap normal apabila selesai senaman dilakukan. Tetapi Latihan HIIT (latihan Jeda) boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh apabila beberapa jam selepas menjalani latihan ini.
Apa HITT?
HITT boleh dilakukan dengan
berjogging diselang seli dengan kelajuan tinggi dengan mencapai 85% kadar nadi
maksimumsel;ama 30 saat hingga 1 minit dengan diselangi oleh kelajuan perlahan
atau rehat 1 hingga 2 minit.
Contoh: Jika dilakukan di atas
treadmill, berlari dengan kelajuan 9.0 – 12.0 dalam jangka masa 30 saat dan
kemudian berjalan dengan kelajuan 3.0 untuk 1 minit dan ulang sebanyak 10
ulangan.
Kenapa HITT?
Merupakan cara yang lebih
effektif daripada senaman kardio yang biasa. Contohnya, kita perlu berlari 1
jam dengan kadar nadi latihan 60% untuk mendapatkan hasil yang sama dengan
melakukan HITT selama 15 minit. HITT membantu membakar lemak 9 kali ganda lebih
banyak berbanding senaman kardio biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan