Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.
Memaparkan catatan dengan label Bantu Mula. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bantu Mula. Papar semua catatan

Ahad, 17 Februari 2013

Kit Pertolongan Cemas


Setiap rumah perlu memiliki satu set kit bantuan kecemasan yang mudah dicapai namun jauhi dari dicapai oleh kanak-kanak. Simpan di tempat kering, bersih dan terlindung dari panas matahari. Isi kandungannya mestilah diperiksa dalam satu jangka masa tertentu untuk pastikannya sentiasa lengkap dan tarikh luput ubat-ubatan.

Kit Pertolongan Cemas mengandungi bahan asas seperti:
  1. Krim Antihistamin – melegakan rasa gatal
  2. Sebatian Antiseptik – membersihkan luka-luka kecil
  3. Tablet Parasetamol atau Aspirin – melegakan sakit kepala dan kesakitan ringan.
  4. Pembalut luka @ Bandage
  5. Plaster @ Sepeket
  6. Pita Bergam – untuk membalut
  7. Crepe Bandage – rawatan terseliuh
  8. Pembalut Elastik
  9. Kain Anduh @ kain Tiga Segi
  10. Losyen Calamine – ruam dan gatal
  11. Kapas Steril
  12. Pembalut Luka @ Dressing – untuk luka (2 saiz)
  13. Gause Paraffin – luka terbakar
  14. Gause Steril
  15. Basuhan Mata
  16. Hydrogen Peroksida atau Alkohol – sapuan luar
  17. Putik kapas – sapu ubat
  18. Pin – menetapkan bandage
  19. Gunting
  20. Penyepit yang tajam hujungnya – membuang selumbar


Pertolongan Cemas


Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit tidak mengira bangsa dan agama sebelum mendapat rawatan dari doctor atau pakar perubatan. 

Biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan formal di dalam perubatan dengan peralatan yang minimum.

Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas
  • Menyelamatkan nyawa
  • Mengurangkan kesakitan
  • Mengelakkan daripada kecederaan bertambah teruk
  • Mendapat bantuan doctor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am
  • Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
  • Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar, pastikan pesakit dapat bernafas di dalam keadaan normal.
  • Jangan tanggalkan pakaian pesakit tetapi sekadar melonggarkan sahaja dengan tujuan memudahkan pernafasana.
  • Membuat pengurusan bagi menghantar pesakit ke hospital.
Tindakan Serta-merta
  • Menentukan pernafasan mangsa dai dalam keadaan normal.
  • Memberikan rawatan  dengan segera
  • Cuba hentikan pendarahan jika berlaku.
  • Memberikan rawatan yang rapid an sempurna kepada mangsa.
Arahan Am
Apabila memberikan bantuan, bertindaklah dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran menghubungi ambulan, polis dan keluarga mangsa.
Bertindak mengikut prinsip berikut: Danger, Response, Airways, Breathing dan Circulation – (DRABC).
  • D – Keluarkan mangsa dari kawasan bahaya (Danger).
  • R – Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau cuba berbual dan berkomunikasi kepada mangsa sama ada sedar atau tidak (Response).
  • A – Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup, jika ada benda keluarkan terlebih dahulu dan letakkan mangsa di dalam keadaan selesa (Airways).
  • B – Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation (Breathing).
  • C – Pastikan ada denyutan nadi. Kesan denyutan nadi carotid atau denyutan nadi di bahagian leher. Jika tiada denyutan nadi, lakukan CPR – Cardio Pulmponary Rifesuscitation
Objektif Pertolongan Cemas
  • Untuk Menyelamatkan Nyawa - Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan teknik betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes, sawan dan lain-lain) yang perlu diambil perhatian serius.
  • Untuk Mencegah Luka Menjadi Lebih Teruk - Alih mangsa ke tempat selamat dan meminimumkan pergerakan mangsa. Beri keyakinan pada perlindungan kepada mangsa dari kesejukan, kepanasan, basah dan sebagainya.
  • Mendapat Bantuan Perubatan - Pinta rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan hubungi ambulan atau pakar perubatan bertauliah dengan seegera. Tunggu mangsa sehingga bantuan sampai.
  • Balutan - Pastikan setiap luka dibalut bagi menghentikan pendarahan dan mengelakkan luka terdedah kepada persekitaran yang kotor dan kuman. Pembalut m=mestilah nyahkuman, disimpan di dalam bekas yang kedap udara dan gunakan pembalut berwarna putih. Sebelum melakukan pembalutan pada luka mangsa, cuci tangan terlebih dahulu dan pastikan jangan sekali-kali menyentuh luka pesakit atau gunakan sarung tangan getah. Balut luka sepenuhnyadan tambahkan pelapik di tempat yang luka.
Pertolongan Cemas Primer

Lakukan perkara-perkara seperti berikut apabila anda mendekati mangsa yang mengalami kecederaan yang teruk:
  1. Periksa sama ada saluran udara mangsa tidak terhalang oleh lidah, bendalir rembesan atau benda asing. Letakkan mangsa berbaring terlentang dengan tegak dengan mulut mangsa terbuka.
  2. Gunakan dua jari untuk membersihkan mulut dari sebarang halangan yang boleh dilihat.
  3. Keluarkan gigi palsu tetapi jika longgar, jika ketat biarkan sahaja.
  4. Elak dari memasukan tangan terlalu dalam ke dalam mulut mangsa kerana akan menghalang saluran udara mangsa.
  5. Periksa pernafasan mangsa dan berikan bantuan pernafasan jika mangsa tidak bernafas.
  6. Periksa nadi mangsa, jika tidak lakukan tekanan pada dada.

Jumaat, 19 Oktober 2012

PERTOLONGAN CEMAS/BANTU MULA

Definisi
Pertolongan segera/awalan yang diberikan kepada pesakit dengan yang mengalami kemalangan sebelum mendapat rawatan dari doctor atau pakar.

Perinsip-prinsip Pertolongan Cemas
  1. Menyelamatkan nyawa pesakit
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan dari keadaan bertambah buruk
  4. Mendapatkan bantuan doctor atau menghantar pesakit ke hospital
Arahan Am Untuk Memberi Rawatan Bantu Mula
  1. Bertindak dengan cepat dan tenang
  2. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan kecemasan seperti ambulan, hospital, klinik dan sebagainya.
RICE
Biasanya teknik ini digunakan untuk pesakit yang mempunyai kemalangan seperti terseliuh, dislokasi, retak tulang atau patah tulang.
  •  R (Rest) - Rehatkan bahagian yang cedera
  • I (Ice) - Gunakan ais atau sentuhkan pada bahagian yang cedera selama 15 minit hingga 20 minit dalam jangka masa 2 hingga 3 jam.
  • C (Compression) - Balut bahagian yang tecedera
  • E (Elevation) - Tinggikan bahagian yang tercedera itu melebihi paras jantung (45 dajah atau 4 inci dari pinggang)
Teknik RICE diaplikasikan terhadap kecederaan
Pendarahan - 
  1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti (darah membeku)
  2. Jika darah masih mengalir, balut kawasan yang cedera dalam keadaan yang yang lebih tinggi dari jantung dan otak mangsa.
  3. Praktikan RICE
  4. Hantar mangsa segera ke hospital.
Terseliuh (Dislocation)
  1. Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligament tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki, di bahagian siku, bahu dan lutut
  2. Rehatkan kawasan yang cedera (Rest)
  3. Letakkan ais yang telah dibungkus di dalam kain ke tempat cedera (Ice)
  4. Balut tempat yang cedera  (Compression)
  5. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung (Elevation)
  6. Hantar ke hospital.
Ketegangan Otot
  1. Kecederaan pada otot arkibat keregangan yang berlebihan akibat penggunaan otot di dalam jangka masa yang terlalu lama atau penggunaan otot secara berlebihan seperti mengangkat benda-benda berat. 
  2. Tandanya ialah rasa sakit akibat kekejangan di bahagian otot-otot yang terlibat diikuti dengan bengkak. Gunakan teknik RICE
Terkehel
  1. Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu,siku, jari darang rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tandanya ialah sakit di bahagian yang cedera dengan tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera.
  2. Rehatkan kawasan yang cedera
  3. Jangan sekali-kali cuba memasukan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal
  4. Jangan lakukan banyak pergerakan
  5. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera
  6. Hantar ke hospital dengan segera





KECEDERAAN DALAM SUKAN
TOTAPS
  •  T (Talk) – Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan. Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa; tujuanny mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mengsa seperti: Dimana bahagian yang sakit/tempat tercedera?......peringkat kesakitan! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau jelas?) ……. Boleh mendengar atau tidak?
  •  O (Observe) – Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan), perubahan suhu badan serta pernafasan dan denyutan nadi (normal atau tidak). Perhatikan dan pastikan darjah kecederaan mangsa.
  •  T – (Touch) – Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat. Beritahu dahulu mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera. Ini mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.
  •  A – (Active Movement) – Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakan anggota badan yang cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan orang lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.
  •  P - (Passive Movement) – Bantu sekiranya mangsa tidak dapat mengerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu menggerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan; tujuan untuk memeriksa/menentujanb tahap kecederaan/kesakitan yang dialami. Reganghkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius
  •  S - (Skill / Kemahiran) – Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melimpat sambil melakukan kemahiran permsinsn ysng mudah untuk memastikan tahap kecederaan yang dialami. Jika terasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doctor stsu psrsmedik. Jika tidak ada tanda berlakunya kecederaan yang khusus, benarkan mengsa meneruskan aktiviti.






 DR. ABC
  •  D (Danger) – Pastikan pembantu mula dan mangsa berada dalam keadaan selamat, jika tidak pindahkan mangsa.
  •  R (Respon) – Pastikan mangsa ada respon. Jika mangsa tidak sedarkan diri, tepuk bahu dan panggil nama mangsa. Minta bantuan, hubungi pihak hospital.
  •  A (Air Way) – Periksa saluran pernafasan mangsa. Baringkan mangsa dan buangkan segala benda asing di dalam mulut mangsa
  •  B (Breathing) – Periksa pernafasan mangsa dengan tiga cara. Pandang pergerakan dada. Dengar bunyi pernafasan mangsa. Rasa pernafasan mangsa dengan pipi. Jika tiada berikan dua hembusan bantuan percuma.
  •  C (Circulation) – Pastikan nadi mangsa berfungsi – rasa/semak nadi di nadi carotid atau di leher. Jika tidak, lakukan CPR. (Cardio Pulmponary Resusitation).
Setelah itu, letakkan mangsa dalam posisi baringan pemulihan.


CPR
Resusitasi Kardio Pulmonari adalah kaedah pemulihan gabungan pemulihan pernafasan dengan pemulihan pergerakan jantung yang terhenti. Di dalam kaedah ini, pemulihan pernafasan yang dilakukan adalah secara mulut ke mulut atau mulut ke hidung. Manakala permjulihan pergerakan jantung adalah secara mengenakan tekanan di bahagian tertentu dada.

Cara-cara melakukan CPR
  • Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa.
  •  Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas
  •  Lihat, sengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa.
  •  Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan dua saat)
  •  Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan ke atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati (hujung tulang dada, di antara buah dada). Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda sahaja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat.
  •  Ulang bantuan pernafasan dan tekan dada sebanyak empat kali atau hingga bantuan sampai.
  •  Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.










Jumaat, 13 April 2012

TERAPI SEJUK




Sejuk membantu meredakan bengkak dengan mengecutkan saluran darah dan ini akan mengurangkan pendarahan bengkak di kawasan berhampiran. Sejuk juga membantu otot daripada terus mengecut tanpa kawalan dan meredakan kesakitan. Tetapi sejuk yang melampau juga akan merosakan kulit dan sebab itu kita perlu meletakan ais selama beberapa minit, rehat sekejap dan letakkan ais semula. Ini membolehkan kulit kembali ke suhu normal semasa rawatan.

Anda perlu meletakan ais selama 10 hingga 30 minit bergantung kepada bahagian tubuh dan keselesaan. Kawasan dengan lemak badan yang sedikit seperti lutut dan siku tidak tahan sejuk berbanding bahagian paha dan punggung. Bungkusan gel sejuk yang boleh dicair dan dibekukan semula menyejukkan kulit dengan kadar yang cepat berbanding bag ais biasa yang hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat.

Terapi sejuk digalakan bagi mereka yang sensetif terhadap kesejukan, salur darah yang berhampiran dengan permukaan kulit, pesakit diabetes dan mereka yang mempunyai masalah darah terus mengalir.

Haba juga boleh merehatkan otot dan mengurangkan kesakitan tetapi bengkak akan bertambah teruk kerana haba merangsang pengaliran darah. Oleh kesejukan merupakan rawatan terbaik dan mudah bagi kecederaan selama 48 jam atau bengkak reda. Kemudian haba digunakan bagi meningkatkan pengaliran darah bagi ‘membersihkan’ kawasan yang musnah.

Jumaat, 3 Februari 2012

BANTU MULA : CPR


Semua orang tahu CPR adalah satu cara bagi memulihkan pernafasan mangsa lemas. Namun ia bukan semudah melakukan hembusan mulut ke mulut atau menekan dada mangsa. Berapa ramaikah dalam kalangan kita yang benar-benar tahu teknik CPR yang betul?



CPR dengan menggunakan kaedah dan teknik yang betul berkemungkinan besar dapat menyelamatkan nyawa mangsa lemas. Ini kerana, bantuan paramedic selalunya tiba lewat dan dalam tempoh menunggu itu, orang yang berdekatan berkemungkinan dapat menyelamatkan mangsa. Peluang menyelamatkan mangsa lemas mungkin tidak tinggi tetapi sekurang-kurangnya kita perlu mencuba dan pastikan bantuan kecemasan tiba.



Lemas berlaku apabila salur pernafasan ke paru-paru terganggu iaitu paru-paru tidak dapat membekalkan oksigen kepada jantung yang berfungsi menyalurkannya melalui darah ke seluruh tubuh. Keadaan lemas biasanya disebabkan oleh lemas dalam air, lemas terhidu asap, lemas terhidu gas beracun, lemas tercekik dan pelbagai lagi.


Cara bagi memulihkan jantung dan pernafasan apabila denyutan nadi dan nafas dapat dikesan adalah dengan melakukan CPR iaitu gabungan teknik hembusan mulut ke mulut dan tekanan di bahagian dada. Namun ada beberapa situasi yang memerlukan kita melakukan teknik hembusan mulut ke mulut sahaja jika nadi dapat dikesan tetapi tiada nafas. Jika nadi dan nafas mangsa dapat dikesan tetapi mangsa tidak sedarkan diri, tindakan kita ialah lakukan baringan pemulihan sahaja iaitu membaringkan mangsa di sisi badan (mengiring).




Aktiviti CPR boleh dihentikan apabila:


Muka mangsa bertukar daripada pucat kepada kemerahan yang bererti darah 
mula mengalir.

Mangsa memberi respon sama ada mencelik mata atau batuk.

Diri anda sendiri letih dan boleh memudaratkan kesihatan anda.

Bantuan paramedic tiba.

Keadaan tidak mengizinkan seperti lokasi tersebut tidak selamat dan berbahaya    
kepada diri anda.


Untuk peringatan anda:


Lakukan CPR iaitu tekan di bahagian luar dada sebanyak 30 kali dan kemudian   hembus nafas sebanyak dua kali dalam tempoh dua minit sebanyak lima pusingan jika nadi dan nafas mangsa tidak dapat dikesan.


Lakukan hembusan mulut ke mulut iaitu sebanyak 12 kali dalam seminit jika nadi 
dapat dikesan tetapi tidak mengesan pernafasan mangsa.


Lakukan baringan pemulihan iaitu mangsa dibaringkan ke sisinya jika nadi dan 
nafas mangsa dapat dikesan tetapi belum sedarkan diri.





Jika mangsa ialah bayi iaitu sehingga usia 12 bulan, hanya dua jari digunakan 
untuk teknik tekanan di luar dada dan sedalam dua inci sahaja.


Jika usia kanak-kanan mencapai 1-9 tahun, sebelah tangan sahaja digunakan 
untuk teknik tekanan di luar dada.


Kedua-dua belah tangan digunakan bagi teknik tekanan luar dada orang 
dewasa sedalam 4-5cm.

Bantuan pernafasan untuk bayi ialah dengan menekup mulut dan hidung bayi itu 
dengan mulut kita lalu hembuskan nafas kerana saiz mereka yang kecil.

Jika mangsa muntah, tidak semestinya dia telah sedar.

Jika mangsa berdarah, hentikan pendarahan itu dahulu dan baru beri bantuan   
CPR.


Jika tulang rusuk mangsa patah atau perut penuh dengan air, tetap teruskan 
prosedur bantuan CPR.

Sabtu, 4 Jun 2011

REHABILITASI / PEMULIHAN


Di dalam jadual latihan, biasanya rehabilitasi merupakan aktiviti pemulihan terakhir. Aktiviti ini dapat memulihkan anggota-anggota yang keletihan disebabkan pertandingan. Fasa rehabilitasi akan dapat memulihkan semula tahab kecergasan atlet kepada normal. Selain itu, fasa rehabilitasi juga membaik pulih anggota-anggota yang tercedera. Antara program rehabilitasi antaranya ialah, Fisiotrapi : melibatkan penggunaan teknik memulih anggota fizikal bagi individu yang menghadapi mobiliti. Fisiotrapi dapat merawat atlet yang mengalami kecederaan yang serius pada anggota (biasanya melibatkan kecederaan yang memerlukan pembedahan) dan rawatan yang diberikan lazimnya berbentuk senaman. Terapi Haba : Terapi haba biasanya tidak melibatkan luka yang terbuka. Lazimnya dirawaat pada bahagian otot, ligament, sendi dan tendon. Terapi haba akan dapat memulihkan kecederaan tisu-tisu otot. Hidroterapi : merujuk jurupulih anggota melibatkan teknik pemulihan mangsa di dalam air. Biasanya hidrotrapi akan menekankan teknik prinsip apungan dan water confident.

Ahad, 29 Mei 2011

Bantu Mula


Bermaksud memberi bantuan awal kepada mangsa yang tercedera, sebelum kehadiran pergawai perubatan. Bantu mula bukan merawat mangsa yang tercedera, tetapi merupakan langkah awalan yang dapat mengurangkan mangsa daripada mendapat kecederaan yang lebih parah lagi. Antara kaedah bantuan awal adalah:
 
1.      TOTAPS

T – Talking : Bercakap dan menyoal mangsa berkaitan dengan bahagian anggota badan yang cedera
O – Observe : Memerhati dan memastikan degree of the injury mangsa.
T – Touch : Sentuh bahagian anggota badan yang cedera dengan perlahan-lahan.
A – Active Movement : Perhatikan mangsa yang tercedera melakukan pergerakan yang aktif.
P – Pasive Movement : Membantu mangsa menggerakan bahagian anggota yang mengalami kecederaan.
S – Skill : Menguji mangsa berlari atau berjalan sambil melakukan kemahiran permainan ringan atau pergerakan yang mudah.





2.      DRABC

Kaedah ini biasanya dilakukan kepada mangsa yang sudah pengsan atau tidak bernafas.


 
   D – Danger : Bawa mangsa ke tempat yang selamat dan di tempat yang teduh
R – Respond : Memerhatikan tindak balas deria mangsa dengan mengesan degupan nadi mangsa.
    A – Airway : Membuka dan melapangkan salur pernafasan mangsa  
    B – Breathing : Memastikan mangsa bernafas
C – Circulation : Memastikan system darah fungsi dengan memeriksa denyutan nadi. Sekiranya tiada B dan C, maka perlukan CPR dengan
bantuan 2 kali pernafasan diikuti dengan 15 mampatan dada.


 
        RICER

Biasanya kaedah bantuan awal ini diberikan kepada mangsa yang terseliuh, dislokasi, retak dan patah. Kaedah RICER dijalankan mengikut urutan seprti: 

R – Rest : rehatkan bahagian anggota mangsa yang cedera. Jika mangsa sedar, Tanya sama ada keadaan dirinya selesa atau tidak.
I – Ice : Gunakan ais dan letakkan pada bahagian anggota yang cedera untuk beberapa minit (biasanya antara 15 hingga 20 minit)
C – Compression : Memberi tekanan dengan membalut bahagian anggota badan yang cedera. 
E – Elveation : Tinggikan bahagian anggota badan yang cedera melebihi paras jantung mangsa. (lebih kurang 45cm daripada pinggang)
   R – Refer : Rujuk pakar perubatan dan doctor yang bertauliah dengan kadar segera.






 CPR - Cardiopulmonary Resuscitation






Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...