Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit tidak mengira bangsa dan agama sebelum mendapat rawatan dari doctor atau pakar perubatan.
Biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan formal di dalam perubatan dengan peralatan yang minimum.
Prinsip-prinsip
Pertolongan Cemas
- Menyelamatkan nyawa
- Mengurangkan kesakitan
- Mengelakkan daripada kecederaan bertambah teruk
- Mendapat bantuan doctor atau menghantar pesakit ke hospital
- Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
- Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar, pastikan pesakit dapat bernafas di dalam keadaan normal.
- Jangan tanggalkan pakaian pesakit tetapi sekadar melonggarkan sahaja dengan tujuan memudahkan pernafasana.
- Membuat pengurusan bagi menghantar pesakit ke hospital.
- Menentukan pernafasan mangsa dai dalam keadaan normal.
- Memberikan rawatan dengan segera
- Cuba hentikan pendarahan jika berlaku.
- Memberikan rawatan yang rapid an sempurna kepada mangsa.
Apabila
memberikan bantuan, bertindaklah dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan
orang yang berhampiran menghubungi ambulan, polis dan keluarga mangsa.
Bertindak
mengikut prinsip berikut: Danger, Response, Airways, Breathing dan
Circulation – (DRABC).
- D – Keluarkan mangsa dari kawasan bahaya (Danger).
- R – Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau cuba berbual dan berkomunikasi kepada mangsa sama ada sedar atau tidak (Response).
- A – Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup, jika ada benda keluarkan terlebih dahulu dan letakkan mangsa di dalam keadaan selesa (Airways).
- B – Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation (Breathing).
- C – Pastikan ada denyutan nadi. Kesan denyutan nadi carotid atau denyutan nadi di bahagian leher. Jika tiada denyutan nadi, lakukan CPR – Cardio Pulmponary Rifesuscitation
Objektif
Pertolongan Cemas
- Untuk Menyelamatkan Nyawa - Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan teknik betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes, sawan dan lain-lain) yang perlu diambil perhatian serius.
- Untuk Mencegah Luka Menjadi Lebih Teruk - Alih mangsa ke tempat selamat dan meminimumkan pergerakan mangsa. Beri keyakinan pada perlindungan kepada mangsa dari kesejukan, kepanasan, basah dan sebagainya.
- Mendapat Bantuan Perubatan - Pinta rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan hubungi ambulan atau pakar perubatan bertauliah dengan seegera. Tunggu mangsa sehingga bantuan sampai.
- Balutan - Pastikan setiap luka dibalut bagi menghentikan pendarahan dan mengelakkan luka terdedah kepada persekitaran yang kotor dan kuman. Pembalut m=mestilah nyahkuman, disimpan di dalam bekas yang kedap udara dan gunakan pembalut berwarna putih. Sebelum melakukan pembalutan pada luka mangsa, cuci tangan terlebih dahulu dan pastikan jangan sekali-kali menyentuh luka pesakit atau gunakan sarung tangan getah. Balut luka sepenuhnyadan tambahkan pelapik di tempat yang luka.
Pertolongan
Cemas Primer
Lakukan
perkara-perkara seperti berikut apabila anda mendekati mangsa yang mengalami
kecederaan yang teruk:
- Periksa sama ada saluran udara mangsa tidak terhalang oleh lidah, bendalir rembesan atau benda asing. Letakkan mangsa berbaring terlentang dengan tegak dengan mulut mangsa terbuka.
- Gunakan dua jari untuk membersihkan mulut dari sebarang halangan yang boleh dilihat.
- Keluarkan gigi palsu tetapi jika longgar, jika ketat biarkan sahaja.
- Elak dari memasukan tangan terlalu dalam ke dalam mulut mangsa kerana akan menghalang saluran udara mangsa.
- Periksa pernafasan mangsa dan berikan bantuan pernafasan jika mangsa tidak bernafas.
- Periksa nadi mangsa, jika tidak lakukan tekanan pada dada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan