- Kecederaan sukan biasanya berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun kemalangan kecil.
- Faktor lain termasuk latihan yang tidak sempurna, alatan yang tidak sesuai dan juga latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi.
Contoh kecederaan sukan:
- Ketegangan dan kecederaan otot
- Kecederaan lutut
- Otot bengkak
- Kecederaan pada tendon achilles
- Fraktur/ kepatahan
- Sendi beralih
Dua Jenis Kecederaan Sukan
(1) Kecederaan Acute
- Kecederaan acute berlaku semasa sukan. Contohnya kecederaan pada buku lali, sakit belakang, patah tulang sendi
Tanda-tanda kecederaan acute:
- Kesakitan pada kawasan yang terlibat.
- Bengkak.
- Hilang fungsi anggota (tidak boleh menampung berat menggunakan kaki).
- Tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal.
- Lemah pada anggota terlibat.
- Fraktur/ kepatahan.
(2) Kecederaan kronik
- Kecederaan kronik berlaku selepas sukan atau berlatih untuk satu tempoh yang lama.
Tanda-tanda kecederaan kronik:
- Kesakitan semasa bermain.
- Kesakitan semasa latihan memanaskan badan.
- Kesakitan yang berterusan semasa rehat.
- Bengkak.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tercedera?
- Bawa bertenang, jika mengalami kecederaan semasa bersukan, dinasihatkan supaya berhenti daripada melakukan aktiviti.
- Komplikasi lain akan berlaku jika terus bersenam ataupun bersukan.
- Jika gejala atau tanda yang dialami bertambah teruk, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan doktor.
Tanda-tanda kecederaan bertambah teruk:
- Kecederaan yang menyebabkan kesakitan, bengkak atau kebas yang amat sangat.
- Tidak boleh menampung berat badan.
- Kecederaan lama yang berulang.
- Sendi yang tidak stabil.
Menggunakan rawatan R.I.C.E;
- rehat (rest)
- applikasi ais (ice),
- balutan (compression)
- penggantungan atau meninggikan anggota (elevation) boleh mengurangkan kesakitan, bengkak dan mempercepatkan proses penyembuhan.
RICE
- Rehat: Kurangkan aktiviti yang boleh menambahkan kesakitan pada anggota yang terlibat.
- Aplikasi Ais: Kenakan ais pada anggota yang cedera, dilakukan selama 20 minit, 4-8 kali sehari.
- Balutan: Penggunaan alat balutan boleh mengurangkan bengkak.
- Penggantungan: Pastikan anggota yang terlibat berada pada posisi yang lebih tinggi dari jantung. Ia dapat mengurangkan bengkak (seperti meletakkan kaki pada atas bantal semasa baring).
Rehabilitasi (Senaman)
- Senaman yang berjadual membantu fungsi anggota yang terlibat kembali normal. Senaman dimulakan dengan regangan untuk beberapa hari/minggu (3 set sebanyak 20 ulangan – 3 kali sehari). Jika tubuh sudah mulai kuat, pemberat boleh digunakan untuk menguatkan anggota yang terlibat.
Ubat Penahan Sakit
- Doktor akan memberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
Pembedahan
- Pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki tendon atau ligamen yang cedera termasuk kepatahan. Kebanyakan kecederaan sukan tidak memerlukan rawatan pembedahan.
Nasihat Untuk Mengurangkan Risiko Kecederaan Sukan
- Jangan memusingkan lutut secara mengejut semasa bersukan.
- Pastikan lutut bengkok semasa melompat untuk mendarat.
- Pastikan buat pemanasan badan yang mencukupi sebelum aktiviti sukan.
- Jangan melakukan aktiviti yang berlebihan.
- Amalkan latihan menyejukkan badan selepas aktiviti sukan.
- Memakai kasut sukan yang sesuai untuk bersukan.
- Berlari di atas permukaan lembut dan rata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan