Psikologi sukan meliputi aspek psikologi yang
berkaitan dengan pelbagai faktor. Antaranya ialah pengaruh dan kesan
penglibatan dalam sukan, senaman, kecergasan, rekreasi, perkembangan dan
kemahiran motor secara langsung dan tidak langsung. Menurut Weinberg dan Gould
(1999), psikologi merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan
perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Manakala menurut Cox
(1998), psikologi sukan merupakan satu bidang kajian yang melibatkann kajian
prinsip psikologi yang diaplikasikan dalam bidang sukan dan Wann (1957),
psikologi sukan adalah satu bentuk kajian saintifik tentang reaksi serta
perlakuan fizikal, afektif dan kognitif ke atas mereka yang terbabit secara
langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut.
Psikologi sukan juga
merupakan proses memilih dan memotivasikan seseorang individu supaya boleh
bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Seterusnya, psikologi sukan juga
menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat menurangkan atau menangani
tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu. Psikologi sukan juga dapat
mencegah penggunaan dadah di kalangan atlet serta membina strategi berpasukan
dan menerapkan pembelajaran kemahiran dalam atlet. Kajian dalam psikologi sukan
membolehkan kita menyatakan satu tingkah laku, menerangkan tingkah laku
tersebut dan membuat andaian tentag tigkah laku tersebut. Psikologi sukan
banyak menyumbang ke arah peningkatan potensi dan prestasi atlet dalam bidang
sukan, meningkatkan pembentukan sahsiah dan semangat kesukanan. Kesimpulannya,
psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang perlakuan dan
tingkahlaku manusia dalam sukan.
Hubungan antara Prestasi Sukan dengan Psikologi Individu
Ahli psikologi sukan memainkan
peranan penting dalam membantu meningkatkan prestasi individu. Selain itu, ahli
psikologi sukan juga memainkan peranan dalam membimbing dan mendidik seorang
individu untuk menghadapi ujian, cabaran dan menangani kebimbangan serta
tekanan. Pengetahuan dalam psikologi sukan juga membantu dalam persediaan
fizikal dan mental. Persediaan ini membantu meningkatkan keyakinan diri,
motivasi, konsentrasi terhadap tugasan dan kebolehan mengawal tekanan serta
kemampuan memfokus kepada peningkatan prestasi.
Peranan dan Tanggungjawab Ahli Psikologi
Pada tahun 1983, Majlis Olimpik
Amerika Syarikat (USOC) menerbitkan satu artikel yang menggariskan peranan
serta klasifikasi ahli psikologi sukan. Menurut USOC, ahli psikologi sukan
boleh dibahagikan kepada dua iaitu psikologi sukan gunaan (applied sport
psychologist) (Martens, 1987) dan penyelidik psikologi sukan (experimental
sport physhologist) (Singer, 1984). USOC seterusnya membahagikan ahli psikologi
sukan gunaan kepada dua kategori iaitu ahli psikologi sukan klinikal dan
pendidik psikologi sukan.
Psikologi sukan gunaan terbahagi
kepada dua kategori iaitu ahli psikologi sukan klinikan dan pendidik psikologi
sukan. Kategori pertama ahli psikologi sukan gunaan adalah ahli psikologi sukan
klinikal. Mereka terlatih dalam bidang psikologi klinikal serta berkelayakan
menjadi seorang pakar psikologi. Umumnya, tugas ahli psikologi sukan klinikal
untuk membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti serta mental yang
serius dan melibatkan tempoh masa yang panjang. Mereka merupakan orang yang
berkelayakan dalam bidang psikologi klinikal serta mempunyai lesen untuk
menjalankan perkhidmatan membantu atlet menangani masalah mereka.
Katergori kedua ahli psikologi sukan
gunaan adalah pendidik psikologi sukan. Kebanyakan ahli psikologi sukan yang
tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mendapat latihan dalam bidang pendidikan
jasmani dan sains sukan. Kebanyakkannya bertugas sebagai tenaga pengajar di
pusat pengajian tinggi yang terlibat dalam pengajaran kursus psikologi sukan,
memberikan ceramah serta kursus jurulatih serta bertindak sebagai konsultan
kepada pasukan serta atlet tertentu.
Tugas mereka lebih mirip kepasa
“jurulatih mental” iaitu membantu individu yang terbabit dengan sukan tentang
cara untuk mengenali serta memaksimumkan potensi diri masing-masing. Justeru
itu bagi mereka yang terlibat sebagai pendidik psikologi sukan, kelayakan
peringkat sarjana dalam dalam psikologi sukan diutamakan kerana mereka perlu sentiasa
peka terhadap perubahan ilmu serta teknik terkini yang membabitkan latihan
mental.
Manakala ahli psikologi sukan yang seterusnya
ialah penyelidik psikologi sukan. Berkembang atau tidaknya sesuatu cabang ilmu
itu bergantung kepada hasil kajian yang dijalankan oleh mereka yang terlibat
dalam bidang hasil kajian yang dijalankan oleh mereka yang terlibat dalam
bidang tersebut. Justeru itu, tugas seorang penyelidik psikologi sukan amat
penting bagi memastikan bidang ini mampu berdiri dengan sendirinya serta
mendapat perhatian yang wajar di kalangan ahli akademik serta mampu memberikan
sumbangan kepada mereka yang terlibat (Anshel, 1997: Wann, 1997).
Sumbangan ahli psikologi sukan
gunaan banyak bergantung kepada hasil kajian penyelidik psikologi sukan.
Kedua-duanya saling bantu-membantu dalam menegakkan bidang ini. Lazimnya,
kelayakan di peringkat sarjana dan doktor falsafah diperlukan kerana kedua-dua
kelayakan ini bersifat menyelidik serta mengkaji isu-isu seperti motivasi,
konsentrasi, keagresifan serta isu-isu lain yang berkaitan dengan psikologi
sukan.
Etika Psikologi Sukan
Kebelakangan ini, ramai orang
melibatkan diri secara langsung sebagai ahl psikologi sukan ataupun sebagai
“jurulatih mental” untuk atlet ataupun pasukan sukan tertentu di negara kita.
Bagi memastikan khidmat yang diberi mendatangkan kebaikan kepada mereka yang
memerlukan khidmat tersebut maka etika psikologi sukan perlu diwujudkan serta
diterimapakai oleh mereka yang terlibat. Seterusnya topik perbincangan ini akan
membantu kita mengenali kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh
diberikan kepada para atlet serta jurulatih yang memerlukan khidmat ahli
psikologi sukan.
Kebelakangan ini, ramai di antara
mereka yang bergiat dalam sukan mengakui tentang keberkesanan teori-teori serta
teknik-teknik psikologi sukan mampu membantu mereka meningkatkan prestasi serta
mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan (Anshel, 1997; Cox,1998;
Wann, 1997). Pendedahan kepada beberapa konsep dan teori serta teknik psikologi
sukan yang dapat membantu anda menjadi seorang guru pendidikan jasmani dan/atau
jurulatih yang efektif.
Bagaimanapun dengan hanya
menamatkan satu kursus psikologi sukan ataupun menamatkan satu kursus di
peringkat diploma, anda masih belum boleh menganggap diri anda sebagai seorang
ahli psikologi sukan serta berkelayakan untuk memberikan khidmat nasihat kepada
mereka yang memerlukan kepakaran dalam bidang ini.
Walaupun di Malaysia masih belum wujud satu
badan akreditasi khusus untuk ahli psikologi sukan seperti mana bidang
profesional yang lain seperti kaunseling, doktor perubatan dan psikologi ia
tidak bermakna bahawa anda bebas menggelarkan diri sebagai seorang pakar
psikologi sukan. Ini menyalahi etika profesion kerana anda tidak mempunyai
kelayakan minimum untuk melayakkan diri menjadi seorang ahli psikologi sukan.
Oleh itu masih banyak yang perlu
dipelajari untuk melayakkan diri menjadi seorang yang berkelayakan dalam bidang
ini. Pakar psikologi sukan khuatir tentang risiko yang mungkin timbul dari
kesilapan penggunaan teori serta teknik psikologi sukan sekiranya ia
dipraktikkan oleh mereka yang kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989).
Kesannya mungkin akan menyebabkan ramai orang meragui peranan serta kepentingan
bidang ini dalam proses penyediaan atlet atau pasukan sukan.
Seperti mana yang dijelaskan pada
awal bab ini, tugas seorang ahli psikologi sukan boleh diklasifikasikan kepada
dua tugas utama. Pertamanya tugas yang bersifat memberikan tunjuk ajar
(pendidikan) kepada atlet serta jurulatih tentang cara melakukan teknik latiham
mental dengan cara yang lebih berkesan (Cox, 1998). Dalam konteks ini, guru
serta jurulatih yang benar-benar terlatih dalam bidang ini boleh melaksanakan
tugas ini (Smith,1992).
Keduanya, tugas yang bersifat
klinikal di mana seorang ahli psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan
yang bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat
pemeriksaan psikologi/mental atlet terbabit. Justeru itu, adalah penting bagi
seorang ahli psikologi sukan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang
berkaitan untuk melaksanakan tugas tersebut.
Bagi memudahkan untuk memahami
isu-isu yang berkaitan dengan etika, satu garis panduan tentang kajian dan
tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang digariskan oleh Persatuan Psikologi
Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara (North American Society for the
Psychology of sport and Physical Activity). Garis panduan ini menjelaskan
tentang tatacara seorang ahli psikologi sukan (Wann, 1977).
Ahli psikologi sukan
bertanggungjawab di atas segala perlakuan, nasihat serta saranan yang diberikan
dan bertanggungjawab ke atas kesan dan akibat berkaitan dengan saranan tersebut
serta memastikan tindakan yang diambil itu bertepatan dengan keadaan, ahli
psikologi sukan memberikan bantuan dan latihan yang mana ia berkelayakan serta
berpengalaman melakukannya, ahli psikologi sukan tidak membabitkan diri dengan
kegiatan yang berlawanan dengan peraturan, etika serta moral yang ditetapkan,
ahli psikologi sukan menyatakan kelayakan ikhtisas serta penglibatan mereka
dengan persatuan profesional dengan jelas, ahli psikologi menghormati serta
menjaga rahsia atau maklumat yang diberikan oleh klien atau subjek kajian
mereka, ahli psikologi sukan menjaga kebajikan serta integriti klien serta
kumpulan yang mendapatkan khidmat mereka dan ahli psikologi sukan mesti peka
terhadap keperluan serta pendapat rakan-rakan dalam bidang lain yang berkaitan
dengan sukan.
Dalam usaha untuk membentuk,
menerbit serta menggunakan sesuatu alat atau teknik penilaian dan pengukuran,
kebajikan klien perlu diutamakan dan dalam melaksanakan kejian psikologi,
kebajikan mereka yang terbabit dengan kajian tersebut perlu diutamakan agar ia
selaras dengan peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak
yang berkuasa di peringkat persekutuan, negeri serta badan profesional
terbabit.
Rujukan
Shaharudin Abd. Aziz. (2001). Mengaplikasi
Teori Psikologi dalam Sukan. Selangor: Yeohprinco SDN. BHD.
Collie Looi. (2014). Psikologi
Sukan. Retrieved March 20, 2018, from https://prezi.com/m/ffzmm-jm91pp/psikologi-sukan/
Sing Lin Tiong. (2014). Psikologi
Sukan. Retrieved March 20, 2018, from https://www.slideshare.net/mobile/tiongsinglin/51-psikologi-sukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan