Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 30 Januari 2019

Kecederaan Pelari Marathon

Achilles Tendinopathy 
Juga disebut tendinitus. Ia adalah keradangan pada achilles tendon iaitu tendon di bahagian bawah daripada otot betis dan di atas tumit. Achilles tendinitis menyebabkan sakit dan rasa ketat di area itu terutama waktu pagi dan aktiviti larian. Ia juga boleh disebabkan oleh otot betis yang mengetat. Jika berlaku, anda perlu rehat, aiskan kawasan tersebut dan regangkan otot betis.


Stress Fracture 
Terdapat retak kecil di tulang yang menyebabkan sakit dan tidak selesa. Ia sebabkan badan bekerja terlalu berat sebelum badan mengadaptasikkan diri dengan aktiviti baru. Ia jadi semakin teruk apabila dipaksa. Rehat adalah kaedah terbaik untuk baik pulih.



Shin Splint 
Sakit di bahagian depan atau dalam kaki di bahagian bawah lutut di tulang tibia. Biasa terjadi apabila anda cuba tambah jarak atau frekuensi latihan terlalu drastik. Bila xray nampak normal. Kaedah terbaik hadapinya juga adalah rehat, dan masukkan regangan dalam program anda.



Plantar Fasciitis 
Satu keradangan di bawah tapak kaki. Mereka dengan masalah otot betis yang ketat dan tapak kaki arch tinggi cenderung untuk berdepan masalah ini. Rawatan biasa untuk keradangan termasuk rehat, regangkan otot betis, aiskan tempat yang sakit dan paling penting, pemilihan kasut yang sesuai dengan tapak kaki anda.



Otot Tegang 
Biasa disebabkan kecederaan otot atau kita panggil muscle strain. Boleh terjadi apabila terlalu banyak regangan di buat. Bila berlaku tarikan, biasanya hadir dengan rasa pop, otot koyak. Otot biasa terlibat termasuk hamstring, quadricep, betis dan groin.


Ankle Sprain 
Ia biasa berlau apabila berlari di tapak tidak rata yang mana mungkin menyebabkan kaki terpusing ke luar atau ke dalam. Ia juga dipanggil terseliuh.


IT (Iliotibial) Band Syndrome 
Rasa sakit di bahagian tepi kaki. IT band adalah ligamen di bahagian tepi kaki kita daripada pinggul ke bahagian tepi lutut. 


Runner’s Knee 
Kecederaan yang paling biasa sekali berlari disebabkan guna kaki secara berlebihan. Biasanya berlaku apabila kepala lutut dah terkeluar daripada paksinya. Sampai satu jangka masa cartilage atau span di lutut akan rosak. Rasa sakit apabila naik turun tangga, sakit bila squat, dan sakit apabila duduk terlalu lama dengan kaki dibengkokkan.


Melecet 
Ia disebabkan pergerakan antara stokin dan kulit atau kasut. Kasut mungkin tidak sesuai untuk anda. Cari kasut lain. Boleh juga pakai stokin 2 lapis. Sapu jeli petroleum pada area yang melecet tersebut.

Kecederaan Disebabkan Suhu 
Kecederaan ini termasuklah sunburn, heat exhaustion, frostbite dan hypothermia. Pakaian tidak sesuai untuk aktiviti anda. Ada satu lagi boleh dimasukkan dalam senarai iaitu heat stroke, pakai baju hujan untuk berlari kononnya untuk berpeluh. Peluh bukan tanda aras anda bakar lemak.

Kecederaan Quadratus Lumborum

  • Terletak di bahagian dalam kiri dan kanan daripada spine kita. 
  • Ia bermula di pelvis dan bersambung hingga ke rib terendah. 
  • Memainkan peranan penting untuk stabilkan pelvis. 
  • Juga bantu sokong teras kita bila bernafas. 
  • Juga otot yang biasa cedera apabila cerita tentang kecederaan belakang badan.
Simptomnya
  • Sakit dan tidak selesa di bahagian pinggang. Ia mungkin jadi semakin teruk apabila berjalan, berdiri dan pusing di atas katil. Sakit boleh bertambah bila bersin atau batuk. Mengikut kajian, mereka dengan masalah sakit pinggang berdepan dengan kemurungan dan keresahan. 
  • Jika berlaku kecederaan di quadratus lumborum atau pun biasa disebut QL, ia mungkin mengubah struktur badan seseorang untuk membengkok atau berjalan. Ia mungkin menambah tekanan pada otot lain di bahagian pinggul dan menyebabkannya menjadi lebih teruk.
Punca
  • Kecederaan otot QL ini termasuk duduk terlalu lama, postur badan tak betul, duduk bersandar di satu bahagian badan, duduk tanpa sokongan untuk belakang, otot sekeliling yang lebih lemah dan seterusnya menyebabkan QL bekerja lebih kuat. 
  • Juga boleh disebabkan kekuatan kaki yang tidak sama kiri dan kanan. 
  • Boleh jadi juga sebabkan panjang kaki tidak sama yang menyebabkan pelvis sebelah menjadi lebih tinggi. 
  • Juga boleh disebabkan trauma daripada apa-apa kecederaan seperti kemalangan kereta dan cara angkatan barang, atau pun postur senaman tidak betul.
Rawatan
  • Jika kes tak teruk, tiada kesakitan yang kritikal, anda cuba amalkan post yoga seperti dalam gambar di bawah. Ada banyak lagi jenis teknik regangan untuk otot QL. Jika sakit, suka tak suka, memang perlu hilangkan sakit dulu. Jumpa doktor, doktor akan beri ubat tahan sakit.
  • Jika keradangan teruk, biasanya akan disuntik dengan steroid anti keradangan untuk kurangkan muscle spasm dan sakit. Anda juga boleh dapatkan khidmat tukang urut sukan berdekatan anda. Bukan tukang urut geli-geli.
  • Dalam masa sama, boleh gunakan heat atau ais. Heat akan melancarkan aliran darah, ais akan mengurangkan inflamasi.
Pencegahan
  • Mencegah lebih baik dari merawat. Sentiasa periksa postur latihan anda. Jika perlu, guna bantal untuk sokong bahagian pinggang anda ketika duduk. Pastikan berat badan anda cantik dengan ketinggian anda. Elakkan tidur sebelah bahagian badan sahaja.

Kecederaan Sukan

  • Kecederaan sukan biasanya berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun kemalangan kecil. 
  • Faktor lain termasuk latihan yang tidak sempurna, alatan yang tidak sesuai dan juga latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi.
Contoh kecederaan sukan:
  • Ketegangan dan kecederaan otot
  • Kecederaan lutut
  • Otot bengkak
  • Kecederaan pada tendon achilles
  • Fraktur/ kepatahan
  • Sendi beralih
Dua Jenis Kecederaan Sukan

(1) Kecederaan Acute
  • Kecederaan acute berlaku semasa sukan. Contohnya kecederaan pada buku lali, sakit belakang, patah tulang sendi
Tanda-tanda kecederaan acute:
  • Kesakitan pada kawasan yang terlibat.
  • Bengkak.
  • Hilang fungsi anggota (tidak boleh menampung berat menggunakan kaki).
  • Tidak boleh menggerakkan sendi dengan normal.
  • Lemah pada anggota terlibat.
  • Fraktur/ kepatahan.
(2) Kecederaan kronik
  • Kecederaan kronik berlaku selepas sukan atau berlatih untuk satu tempoh yang lama. 
Tanda-tanda kecederaan kronik:
  • Kesakitan semasa bermain.
  • Kesakitan semasa latihan memanaskan badan.
  • Kesakitan yang berterusan semasa rehat.
  • Bengkak.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tercedera?
  • Bawa bertenang, jika mengalami kecederaan semasa bersukan, dinasihatkan supaya berhenti daripada melakukan aktiviti. 
  • Komplikasi lain akan berlaku jika terus bersenam ataupun bersukan. 
  • Jika gejala atau tanda yang dialami bertambah teruk, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan doktor.
Tanda-tanda kecederaan bertambah teruk:
  • Kecederaan yang menyebabkan kesakitan, bengkak atau kebas yang amat sangat.
  • Tidak boleh menampung berat badan.
  • Kecederaan lama yang berulang.
  • Sendi yang tidak stabil.
Menggunakan rawatan R.I.C.E;
  • rehat (rest)
  • applikasi ais (ice), 
  • balutan (compression) 
  • penggantungan atau meninggikan anggota (elevation) boleh mengurangkan kesakitan, bengkak dan mempercepatkan proses penyembuhan.
RICE
  • Rehat: Kurangkan aktiviti yang boleh menambahkan kesakitan pada anggota yang terlibat.
  • Aplikasi Ais: Kenakan ais pada anggota yang cedera, dilakukan selama 20 minit, 4-8 kali sehari.
  • Balutan: Penggunaan alat balutan boleh mengurangkan bengkak.
  • Penggantungan: Pastikan anggota yang terlibat berada pada posisi yang lebih tinggi dari jantung. Ia dapat mengurangkan bengkak (seperti meletakkan kaki pada atas bantal semasa baring).
Rehabilitasi (Senaman)
  • Senaman yang berjadual membantu fungsi anggota yang terlibat kembali normal. Senaman dimulakan dengan regangan untuk beberapa hari/minggu (3 set sebanyak 20 ulangan – 3 kali sehari). Jika tubuh sudah mulai kuat, pemberat boleh digunakan untuk menguatkan anggota yang terlibat.
Ubat Penahan Sakit
  • Doktor akan memberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.
Pembedahan
  • Pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki tendon atau ligamen yang cedera termasuk kepatahan. Kebanyakan kecederaan sukan tidak memerlukan rawatan pembedahan.
Nasihat Untuk Mengurangkan Risiko Kecederaan Sukan
  • Jangan memusingkan lutut secara mengejut semasa bersukan.
  • Pastikan lutut bengkok semasa melompat untuk mendarat.
  • Pastikan buat pemanasan badan yang mencukupi sebelum aktiviti sukan.
  • Jangan melakukan aktiviti yang berlebihan.
  • Amalkan latihan menyejukkan badan selepas aktiviti sukan.
  • Memakai kasut sukan yang sesuai untuk bersukan.
  • Berlari di atas permukaan lembut dan rata. 

Selasa, 29 Januari 2019

Contoh Format Kertas Kerja Projek Akhir kursus WK002

1.0 PENGENALAN PROJEK AKHIR
Pengenalan adalah berkaitan projek akhir yang akan dilaksanakan oleh pelajar yang mengambil kursus kokurikulum ini.

2.0 JUSTIFIKASI
Memberikan penjelasan mengenai keperluan untuk mengadakan program/ projek tersebut.

Saling kaitan projek akhir dan keperluan kursus kokurikulum.

3.0 OBJEKTIF
Nyatakan objektif yang hendak dicapai (sekurang-kurangnya 4 objektif).

4.0 JANGKAAN IMPLIKASI
Nyatakan impak program/ projek akhir terhadap warga kolej/ komuniti yang terlibat sejurus pelaksanaan projek akhir tersebut.

5.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA
Tarikh                    :
Tempat                :
Masa                     :

6.0 KUMPULAN SASARAN/PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PROJEK AKHIR
6.1 Nyatakan kumpulan sasaran
6.2 Berikan justifikasi pemilihan kumpulan sasaran 
6.3 Nyatakan pihak yang terlibat dalam projek akhir sekiranya terdapat penglibatan pihak luar kolej

7. SENARAI JK INDUK DAN KECIL DALAM PROJEK AKHIR SERTA SENARAI TUGAS
7.1 Sediakan senarai nama penuh ketua dan ahli program/ projek berserta jawatan yang disandang serta peranan tugas masing-masing.


Bil

Nama
Jawatan
(dalam program)

Senarai Tugasan

Emel

Telefon

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN KEPERLUAN KEWANGAN
8.1 Kos perbelanjaan adalah bergantung kepada kelulusan kolej dan pelajar TIDAK DIBENARKAN 
MENGUTIP SEBARANG YURAN ATAU WANG  TUNAI untuk pelaksanaan projek akhir masing-masing.
8.2 Pelaksanaan dan penilaian projek akhir kursus kokurikulum tidak berfokuskan kepada penggunaan atau perbelanjaan kewangan. Justeru itu, pelajar diminta berbincang bersama pensyarah masing-masing untuk menggunakan kreativiti berdasarkan peruntukan yang dibekalkan kepada kelas masing-masing.

9.0 JADUAL, ATUR CARA PROGRAM/ PROJEK AKHIR
9.1 Nyatakan maklumat penting program/projek akhir yang telah dirancang dari peringkat awal hingga selesai.
9.2 Nyatakan atur cara program/projek akhir.

10.0 PENUTUP 
Nyatakan hasrat dan harapan terhadap projek akhir serta pertimbangan yang diberikan oleh pihak kolej dalam pelaksanaan program/projek akhir kursus kokurikulum.

11.0 TANDATANGAN
Sila sediakan ruang tandatangan nama penuh serta jawatan ketua program/projek, disemak oleh pensyarah kelas, disokong dan diluluskan oleh pengurusan tertinggi kolej.

12.0 DISEDIAKAN OLEH

13.0 DISEMAK OLEH

14.0 DISOKONG OLEH

15.0 DILULUSKAN OLEH

Contoh Format Laporan Projek Akhir WK002 Kokurikulum

HASIL PEMBELAJARAN
Mengorganisasi aktivti berdasarkan kemahiran berpasukan yang dipraktikkan melalui Kerja Kumpulan yang diadakan pada akhir semester.

MODUL

KELAS TUTORAN

TARIKH PROJEK

JENIS PROJEK
Pertandingan/Kem Bina Semangat / Klinik atau bengkel/Khidmat Masyarakat

TAJUK PROJEK


NAMA PENSYARAH


LAPORAN PROJEK AKHIR

SINOPSIS PROJEK
Pelajar dikehendaki menyediakan rumusan projek akhir kelas secara keseluruhan dari awal hingga akhir pelaksanaan.

IMPLIKASI PROJEK
Kepentingan atau manfaat yang diperolehi oleh pelajar setelah selesai melaksanakan projek akhir kelas masing-masing. (Rujuk pensyarah masing-masing untuk membantu).

KEKUATAN
Nyatakan kekuatan yang diperolehi dalam pelaksanaan projek akhir kelas masing-masing.
Cth :
Pengurusan organisasi yang terancang membantu kelancaran jawatankuasa yang terdapat dalam pengelolaan projek akhir.

KELEMAHAN
Nyatakan kelemahan yang diperolehi dalam pelaksanaan projek akhir kelas masing-masing.
Cth :
Pemahaman yang kurang jelas terhadap bidang tugas atau jawatankuasa menyebabkan pelaksanaan agak jadi tidak teratur.

PENAMBAHBAIKAN
Nyatakan perkara-perkara yang dikenal pasti dapat dilakukan pada masa akan datang dalam memperbaiki kelemahan yang diperolehi semasa pelaksanaan projek akhir. (Rujuk dengan rubrik penilaian CLO 1)

Dokumentasi Laporan
Lampirkan bersama sebarang dokumen yang digunakan sepanjang pelaksanaan untuk membantu penilaian projek akhir kelas masing-masing.
Cth :
  • Borang pendaftaran
  • Iklan pertandingan
  • Borang pemarkahan
  • Kad jemputan
  • Dan lain-lain
  • Lampirkan gambar-gambar aktiviti untuk membantu penilaian projek akhir kelas masing-masing. ( 5 keping sekurang-kurangnya dan tidak diwajibkan berwarna).


Disediakan oleh
Disediakan oleh pelajar (Penggunaan komputer adalah digalakkan untuk tujuan kekemasan laporan projek akhir).

Tarikh hantar
Selewat-lewatnya 1 minggu selepas pelaksanaan projek akhir.
Disemak oleh


Ulasan






Tandatangan Pensyarah



Tarikh semakan


ARAHAN TUGASAN BERKUMPULAN KURSUS KOKURIKULUM WK002 SEMESTER 2 SESI 2018/2019


HASIL PEMBELAJARAN (CLO) :
CLO 2
Menjelaskan idea dan maklumat berdasarkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat melalui pembentangan berkumpulan berkaitan kokurikulum sepanjang semester.
MARKAH
30%
BENTUK /BILANGAN TUGASAN
  • Pembentangan adalah dalam bentuk kumpulan terdiri daripada 3 orang pelajar. Pemilihan jantina adalah bergantung kepada keperluan pelajar.
  • Setiap kumpulan dikehendaki hanya membentang 1 pembentangan sahaja.
  • Pelajar boleh menggunakan sebarang penggunaan bahan bantu seperti komputer riba, LCD, kertas mahjong, kad manila atau apa-apa sahaja bahan bantu yang bersesuaian semasa pembentangan. 

MASA/MINGGU
  • Pembentangan dilaksanakan pada waktu pengajaran dan pembelajaran.
  • Pensyarah akan menyediakan jadual pembentangan bagi memudahkan pelajar untuk menyediakan bahan pembentangan mengikut keperluan rubrik.
  • Tiada had masa diperuntukkan bagi setiap pembentangan kumpulan.

TOPIK / TAJUK

2. KECERGASAN FIZIKAL
DAYA TAHAN OTOT
DAN KEKUATAN OTOT

2.Komponen Kecergasan

2.2.1 Berasaskan Kesihatan

Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan otot
Kekuatan otot
Kelembutan / Kelenturan
Komposisi tubuh badan

2.2.2 Berasaskan Lakuan Motor

 Kepantasan
 Ketangkasanan
 Kuasa
 Imbangan
 Masa tindak balas
 Koordinasi

(a) Pilih (1) jenis sukan di bawah dan kemudian terangkan kepentengingan sekurang-kurangnya (5) kemahiran sukan tersebut:

Olahraga - Pilih (1) acara khusus.
Bola Sepak
Badminton
Bola Tampar
Squasy
Bola Jaring
Bola Keranjang
Petanque
Sepak Takraw
Hoki
Ragbi

(b) Namakan dan terangkan (3) jenis latihan kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan (2)  jenis latihan berasaskan kemahiran motor yang  boleh meningkatkan setiap komponen kecergasan atlet sukan yang dipilih.

(c) Pilih sekurang-kurangnya (2) jenis latihan fizikal
berasaskan kesihatan dan (2) jenis latihan berasaskan lakuan motor serta tunjukkan kepada rakan-rakan anda perlaksanaan latihan tersebut.

(d) Kaitkan dan huraikan kepentingan setiap latihan yang dipilih untuk meningkatkan   
kemahiran sukan tersebut.

(e) Senaraikan bahan rujukan yang digunakan dalam memperolehi maklumat tugasan.
RUBRIK PENILAIAN
Subabtribut digunakan dalam penilaian pembentangan iaitu :-
  1. Senarai rujukan   
  2. Relevan
  3. Penapisan Maklumat

TUGASAN PROJEK AKHIR KURSUS KOKURIKULUM WK002 SEMESTER 2 SESI 2018/2019


HASIL PEMBELAJARAN (CLO) :
CLO 1
Mengorganisasi aktivti berdasarkan kemahiran berpasukan yang dipraktikkan melalui Kerja Kumpulan yang diadakan pada akhir semester.
MARKAH
70%
BENTUK /BILANGAN TUGASAN
Setiap kelas dikehendaki melaksanakan 1 tugasan projek akhir sahaja.
MASA/MINGGU
Minggu ke 12 hingga 17 kursus kokurikulum
Boleh dilaksanakan di luar waktu PdP kursus kokurikulum

CADANGAN PROJEK AKHIR
Cadangan projek akhir pelajar adalah seperti berikut :-
  • Penganjuran pertandingan sukan dan permainan
  • Penganjuran pertandingan permainan dalaman
  • Penganjuran pertandingan sukan dan permainan tradisional
  • Penganjuran pertandingan kawad kaki.
  • Penganjuran pertandingan masakan
  • Penganjuran pertandingan teater/drama, drama muzikal, nyanyian dan tarian
  • Penganjuran aktiviti debat/perbahasan, pidato dan syarahan
  • Penganjuran aktiviti bengkel, klinik, forum, kolokium, seminar, bual bicara, team bulding dan pameran
  • Penganjuran program khidmat masyarakat
  • Penganjuran program perkhemahan ko-kokurikulum
  • Penganjuran hari keusahawanan

Penganjuran projek selain yang dicadangkan seperti di atas adalah dibenarkan mengikut kesesuaian dan perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan pensyarah pembimbing

PERINCIAN PROJEK AKHIR
Perkara berikut perlu diambil kira semasa merancang projek akhir kelas anda: 
  1. Penetapan tajuk projek akhir kelas dan membentuk jawatankuasa yang bersesuaian dengan projek akhir.
  2. Penglibatan disarankan terbuka semua pelajar matrikulasi kolej berkaitan atau sekurang-kurangnya kumpulan pelajar yang mengambil kursus kokurikulum pada semester berkenaan.
  3. Pelaksanaan boleh dilakukan di luar waktu pdp dan digalakkan aktiviti dalam kolej sahaja.
  4. Setiap perjumpaan hendaklah dicatatkan sebagai bahan untuk lampiran dalam laporan.
  5. Konsultasi bersama pensyarah penasihat yang bertindak sebagai fasilitator dicatat.
  6. Maksimumkan kemahiran kerja berpasukan dan kepimpinan melalui pengurusan pengelolaan, kepegawaian dan kesukarelawanan.
  7. Dokumentasikan gambar-gambar yang diambil sebelum semasa dan selepas projek berlangsung.(Penggunaan dokumentasi berbentuk video amatlah diharapkan oleh semua kelas yang menganjurkan aktiviti).
  8. Kutipan wang tunai atau sebarang yuran untuk menampung perbelanjaan berkaitan projek akhir ini adalah DILARANG SAMA SEKALI.
  9. Sediakan laporan projek akhir (1) minggu selepas projek selesai. Laporan perlu disertakan dengan penilaian (soal selidik) sekurang-kurangnya 30% peserta yang mengambil bahagian. Soal selidik berbentuk “google form” disarankan kepada semua kelas bagi mengurangkan penggunaan kertas.
  10. Sebarang keputusan hendaklah dirujuk kepada pensyarah penasihat masing-masing.
RUBRIK PENILAIAN
Setiap pensyarah dan pelajar dibekalkan rubrik penilaian untuk penilaian akhir projek kokurikulum.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...