Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 28 Disember 2014

ASPEK KESELAMATAN DI SEKOLAH


PENGERTIAN SELAMAT
Terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya; aman sentosa, sejahtera, tidak terdapat apa-apa gangguan; bebas daripada keadaan kacau bilau; tenteram, damai, tenang; bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan.

PUNCA-PUNCA SEKOLAH DIDAKWA
  • KECUAIAN
  • GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DAN MENEPATI UNDANG-UNDANG SERTA PERATURAN
  • PENYALAHGUNAAN KUASA DAN PENYELEWENGAN

KECUAIAN
  1. Sekolah mempunyai ‘kewajiban berjaga-jaga’
  2. Pihak sekolah perlu melindungi kesihatan guru dan murid
  3. Sekolah perlu mengambil langkah mengenalpasti dan mengurangkan risiko-risiko yang boleh dijangka

Perbuatan yang dikatakan cuai oleh mahkamah bila ketiga-tiga perkara berikut dipenuhi
  1. Defenden mempunyai tanggungjawab ‘kewajiban berjaga-jaga’ terhadap plaintif
  2. Defenden telah tidak melakukan tanggungjawab ‘kewajiban berjaga-jaga’
  3. Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian akibat kegagalan defenden menjalankan tanggungjawab ‘kewajiban berjaga-jaga’ 
  4. Pihak sekolah tidak dianggap cuai apabila ‘tahap berjaga-jaga yang munasabah’ telah diambil oleh seseorang dalam situasi berkenaan

Faktor yang menentukan tahap berjaga-jaga yang munasabah
  1. Adakah sesuatu kejadian itu boleh dijangka akan berlaku?
  2. Adakah sesuatu kejadian itu mungkin mengakibatkan kecederaan?
  3. Apakah keseriusan kecederaan jika ianya dijangka berlaku?
  4. Setakat manakah langkah-langkah pencegahan boleh diambil secara praktik?
  5. Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan amalan yang biasa?
  6. Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian sesuatu yang memenuhi kewajiban untuk mengambil risiko yang lebih tinggi?

ASPEK KESELAMATAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
  • MEMASTIKAN KESELAMATAN STRUKTUR FIZIKAL SEKOLAH
  • MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS
  • MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS YANG MENJALANKAN AMALI DAN KETUKANGAN ( SAINS, PERTANIAN, TEKNIK, VOKASIONAL, ERT)
  • MEMASTIKAN KESELAMATAN KEMUDAHAN SUKAN DAN KO-KURIKULUM
  • MEMASTIKAN KESELAMATAN TRAFIK DI KAWASAN SEKOLAH
  • MEMASTIKAN KESELAMATAN KEBAKARAN SENTIASA DIJAGA
  • MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU MEMBUAT LAWATAN
  • MEMASTIKAN KEBERSIHAN MAKANAN DAN KESIHATAN MURID DIJAGA

MEMASTIKAN KESELAMATAN STRUKTUR FIZIKAL SEKOLAH
  1. Keadaan premis hendaklah selamat  digunakan dan didiami oleh semua pihak
  2. Keadaan fizikal hendaklah sentiasa diselenggarakan dengan baik
  3. Segala kerosakan perlu dibaiki segera
  4. Langkah-langkah yang munasabah perlu diambil bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan kepada murid
  5. Sekolah mematuhi The Registration of Schools Ordinance, 1950. Schools General Regulations.
  6. Kes Carmarthenshre county council v Lewis (1995)
MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS
Mengikut undang-undang common law, guru dikehendaki membuat penyeliaan yang munasabah ke atas muridnya sewaktu kelas berjalan
Kes Carmarthenshire County Council V Lewis (1995)

MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS YANG MENJALANKAN AMALI DAN KETUKANGAN
  1. Peraturan bertulis perlu diedarkan kepada setiap murid dan diterangkan dengan jelas
  2. Peraturan perlu dipamerkan
  3. Kelas amali hanya boleh dikendalikan oleh guru-guru terlatih sahaja
  4. Pengetua dengan bantuan Ketua Panitia harus menapis rancangan kerja bagi kerja amali
  5. Pekeliling Ikhtisas 1/1974 perlu difahami dan dipatuhi
  6. Semasa amali guru mesti menyelia dan mengawasi aktiviti murid dengan rapi
  7. Kes Kmmarulzaman Mohd Ali V Louis Marie Neube

MEMASTIKAN KESELAMATAN KEMUDAHAN SUKAN DAN KEGIATAN KO-KURIKULUM
  1. Kemalangan berlaku
  2. Segala kemudahan sukan dan permainan dalam keadaan sempurna.
  3. Pastikan alat dan kemudahan yang sempurna dan baik sahaja digunakan.
  4. Pelajar perlu diajar menggunakan alat dengan betul
  5. Peraturan dan arahan tentang langkah keselamatan perlu dimaklumkan.
  6. Penjagaan rapi semasa aktiviti berjalan
  7. Surat Pekeliling Iktisas 1/1995, 9/2000, 3/84,7/77, 7/88, 8/95 DAN 24/98 perlu dipatuhi.
  8. Kes Silvadurai v government of Malaysia

GURU JUGA HENDAKLAH:
  1. Mengambil kira factor musim
  2. Mengeluar dan menyimpan peralatan
  3. Pastikan alat dalam keadaan baik dan selamat
  4. Dapatkan kebenaran penjaga
  5. Guru pengiring
  6. Kebajikan pelajar
  7. Murid sakit tidak dipaksa
  8. Pelajar memiliki skim insurans
  9. Kemudahan berbahaya perlu dikawal penggunaan
  10. Lapor kemalangan kepada Pengetua dengan segera

MEMASTIKAN KESELAMATAN TRAFIK DI KAWASAN SEKOLAH
  1. Sekolah perlu sistem pergerakan trafik yang cekap
  2. Pengawasan lebih semasa sebelum kelas bermula dan kelas berakhir
  3. Ibu bapa perlu ada tempat khas menunggu anak mereka
  4. Sekolah kawasan larangan untuk kenderaan
  5. Kes headmistress, mgs &ors v headmaster, anglo-chinese primary school & anor

MEMASTIKAN KESELAMATAN KEBAKARAN SENTIASA DIJAGA
  1. Menubuhkan jawatankuasa pencegahan kebakaran sekolah
  2. Membuat pemeriksaan rapid an berkala terhadap system pendawaian
  3. Gurur perlu tahu dan mematuhi prosedur pencegahan kebakaran di makmal dan bangkel
  4. Pastikan alat pemadam api dan pencegahan kebakaran berfungsi dan berada di dalam keadaan baik dan mudah dicapai.
  5. Adakan latihan memadam kebakaran dan fire drill
  6. Menyediakan plan keselamatan kebakaran sekolah
  7. Pastikan keselamatan semasa membuat lawatan (kemalangan sering berlaku semasa lawatan)
  8. Guru dan pelajar mesti mematuhi segala undang-undang dan peraturan (SCHOOL TOURS REGULATION 1957), PEK.IKHTISAS 1/1995, 9/2000 berhubungan dengan lawatan.
  9. Kes Chen Soon Lee V Chong Voon Pin

 MEMASTIKAN KEBERSIHAN MAKANAN DAN KESIHATAN MURID DIJAGA
  1. Peraturan School (general) Regulations, The Registration of scool Ordinance, 1950
  2. Sekolah mesti mementingkan aspek kebersihan, keceriaan dan kesihatan guru, pelajar dan kemudahan fizikal sekolah.
  3. Makanan dan minuman yang disediakan atau dibekalkan di kanten atau dapur mesti bersih dan sesuai dengan kesihatan pelajar.
  4. Makanan mesti selamat digunakanj oleh semua pihak
  5. Amalan kebersihan perlu didedahkan
  6. Pekerja dan pengendali mananan perlu mengamalkan amalan kebersihan.


GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DAN MENEPATI KEHENDAK UNDANG DAN PERATURAN
  1. Sistem sekolah dikawal secara pusat oleh Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Ordinan 1959, Peraturan-peraturan pendidikan dan pekeliling-pekeliling Ikhtisas.
  2. Semua kehendak di atas perlu dipatuhi.

TIGA ASPEK UTAMA
  • Melaksanak kurikulum kebangsaan satu kewajipan
  • Menjaga disiplin dan mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar mengikut peraturan.
  • Isu hak cipta dan isu-isu lain.


PENYALAHGUNAAN KUASA DAN PENYELEWENGAN
  • Pecah amanah
  • Untuk mengelak dari didakwa, satu system kewangan yang lengkap dan teratur perlu diwujudkan
  • Segala prosedur kewangan perlu

KESIMPULAN
Semua langkah perlu diambil untuk menjamin keselamatan pelajar di sekolah dan kolej matrikulasi dari aspek fizikal, mental. Emosi dan rohani dalam usaha mewujudkan ‘Sekolah Selamat’






Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...