Tujuan:
Mengukur prestasi kuasa kaki dalam lakuan motor.
Peringkat Umur:
Pelajar lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Labuan
Kebolehpercayaan:
0.98 (kajian rintis 2000)
Objektiviti:
0.96
Kesahan:
0.85
Kawasan Ujian:
Dinding konkrit dengan ketinggian dan keluasan yang
mencukupi untuk lompatan.
Alatan:
Pita pengukur, pita penanda dan kapur.
Prosedur:
- Posisi mula, berdiri sisi selari dengan dinding.
- Kedua-dua belah kaki dibuka seluas bahu, jarak bahu dengan dinding membolehkan tangan diayun.
- Jangkauan sambil berdiri setinggi yang mungkin dan tandakan.
- Bengkok lutut, ayunkan tangan, lompat setinggi yang mungkin dan tandakan.
- Tidak dibenarkan melangkah atau berjalan semasa hendak membuat lompatan.
- DUA percubaan diberi, percubaan yang terbaik sahaja dikira sebagai skor ujian.
Kiraan Skor:
- Ukuran dibuat dalam 0.5 sentimeter yang hampir.
- Ketinggian lompatan dikira berdasarkan perbezaan di antara jarak jangkauan semasa berdiri dan melompat.
- Percubaan terbaik dikira sebagai skor ujian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan