Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 28 Mei 2018

Ujian lompat jauh berdiri (AAHPER, 1976)


Tujuan:
Mengukur prestasi kuasa kaki dalam lakuan motor lompatan ke hadapan.

Peringkat Umur: 
Pelajar lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Malaysia.

Kesahan:                              
0.607 (Johnson & Nelson, 1986)
                                               
Kebolehpercayaan:           
0.963 (Johnson & Nelson, 1986),

Objektiviti:                           
0.96 (Johnson & Nelson, 1986)
                                               
Kawasan Ujian:  
Gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan yang mencukupi (sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar).

Alatan: 
Pita pengukur, pita penanda dan kapur penanda.

Prosedur:
  1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan. 
  2. Persediaan melompat; subjek mengayunkan kedua-dua belah tangan ke belakang dan lutut di bengkok. 
  3. Melakukan lompatan dengan mengayunkan kedua-dua belah tangan ke depan dan lutut diluruskan. Lompat ke hadapan seberapa jauh yang mungkin dan mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki. 
  4. DUA percubaan diberi, lompatan paling jauh adalah dikira sebagai skor ujian.

Kiraan Skor:
  1. Ukuran dibuat dari garisan permulaan kepada mana-mana bahagian anggota badan yang mendarat paling hampir dengan garisan permulaan. 
  2. Ukuran dalam kiraan sentimeter yang terhampir.


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...