Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 27 Mei 2018

Ujian melontar bola keranjang (Harris, Jones, & Buis, 1983)




TUJUAN: 
Mengukur prestasi koordinasi lengan dan pergelangan bahu.

PERINGKAT UMUR:               
Pelajar lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Malaysia.

KESAHAN:             
0.79 (Scott, 1943)

KEBOLEHPERCAYAAN:         
0.89 (Scott, 1943)

OBJEKTIF:                          
Tidak dilaporkan

KAWASAN UJIAN: 
Padang permainan bola sepak yang mempunyai keluasan 10 meter (lebar) x 50 meter (panjang). Jarak dari garisan permulaan balingan ditandakan setiap 3 meter.

ALATAN:  
Jam randek, bola keranjang, pita pengukur dan pita penanda.

PROSEDUR:
  1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
  2. Subjek dikehendaki membuat balingan sejauh yang mungkin dari kedudukan berdiri tanpa melompat.
  3. Subjek dibenarkan menggunakan kedua-dua belah tangan dan membuat balingan dari atas bahu dengan tidak memijak garisan balingan semasa membuat balingan.
  4. Arahan `sedia’ dan `mula’ diberikan kepada subjek untuk melakukan ujian. 
  5. DUA percubaan diberikan kepada subjek.

KIRAAN SKOR: 
  1. Skor dikira dalam unit meter yang hampir berdasarkan jarak dari garisan permulaan kepada tempat jatuh bola keranjang yang dibaling. 
  2. Percubaan yang terbaik daripada dua percubaan yang diberi direkodkan sebagai skor ujian.


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...