Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 3 Disember 2018

Kolej Matrikulasi Labuan : Tugasan Projek Akhir WK002

KURSUS KOKURIKULUM WK002
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 


TUGASAN PROJEK AKHIR KURSUS KOKURIKULUM
SEMESTER 2 SESI 2018/2019         


HASIL PEMBELAJARAN (CLO) :

CLO 1

Mengorganisasi aktivti berdasarkan kemahiran berpasukan yang dipraktikkan melalui Kerja Kumpulan yang diadakan pada akhir semester.
MARKAH
70%
BENTUK /BILANGAN TUGASAN
Setiap kelas dikehendaki melaksanakan 1 tugasan projek akhir sahaja.
MASA/MINGGU
Minggu ke 12 hingga 17 kursus kokurikulum
Boleh dilaksanakan di luar waktu PdP kursus kokurikulum
CADANGAN PROJEK AKHIR
Cadangan projek akhir pelajar adalah seperti berikut :-
  1. Pertandingan
  2. Bengkel atau klinik
  3. Khidmat masyarakat
  4. Kem (Kem Motivasi / Kem Bina Insan / Kem Jati Diri)
PERINCIAN PROJEK AKHIR
Perkara berikut perlu diambil kira semasa merancang projek akhir kelas anda:
  1. Penetapan tajuk projek akhir kelas dan membentuk jawatankuasa yang bersesuaian dengan projek akhir.
  2. Penglibatan disarankan terbuka semua pelajar matrikulasi kolej berkaitan atau sekurang-kurangnya kumpulan pelajar yang mengambil kursus kokurikulum pada semester berkenaan.
  3. Pelaksanaan boleh dilakukan di luar waktu pdp dan digalakkan aktiviti dalam kolej sahaja.
  4. Setiap perjumpaan hendaklah dicatatkan sebagai bahan untuk lampiran dalam laporan.
  5. Konsultasi bersama pensyarah penasihat yang bertindak sebagai fasilitator dicatat.
  6. Maksimumkan kemahiran kerja berpasukan dan kepimpinan melalui pengurusan pengelolaan, kepegawaian dan kesukarelawanan.
  7. Dokumentasikan gambar-gambar yang diambil sebelum semasa dan selepas projek berlangsung.(Penggunaan dokumentasi berbentuk video amatlah diharapkan oleh semua kelas yang menganjurkan aktiviti).
  8. Kutipan wang tunai atau sebarang yuran untuk menampung perbelanjaan berkaitan projek akhir ini adalah DILARANG SAMA SEKALI.
  9. Sediakan laporan projek akhir (1) minggu selepas projek selesai. Laporan perlu disertakan dengan penilaian (soal selidik) sekurang-kurangnya 30% peserta yang mengambil bahagian. Soal selidik berbentuk “google form” disarankan kepada semua kelas bagi mengurangkan penggunaan kertas.
  10. Sebarang keputusan hendaklah dirujuk kepada pensyarah penasihat masing-masing.
RUBRIK PENILAIAN
Setiap pensyarah dan pelajar dibekalkan rubrik penilaian untuk penilaian akhir projek kokurikulum.









Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...