Daging merupakan makanan yang selalunya dimasak dalam
pelbagai cara dan acara. Tak kisahlah daging lembu, kambing, rusa atau apa
sahaja jenis daging. Kalau ke kenduri kahwin, anda pasti dapat merasa pelbagai
jenis masakan berasaskan daging.
Memakan daging sebenarnya dapat membina tisu otot dalam tubuh kita. Namun
tahukah anda, memakan terlalu banyak daging boleh menjadi punca kepada obesiti,
sekaligus mendapat penyakit serius seperti diabetes dan jantung.
Menurut pakar nutrisi dari Institut Jantung Negara (IJN), rakyat di negara ini
memakan lebih banyak produk haiwan seperti daging berbanding sayur-sayuran.
Terdapat beberapa kesan baik dan buruk jika anda kerap mengambil daging dalam
menu seharian anda.
1. Sumber vitamin B12
Sumber vitamin B12 sangat banyak ditemui dalam daging haiwan. Ia merupakan
sumber yang baik dan penting untuk tubuh kita. Namun, ia sukar ditemui dalam
tumbuhan yang kita makan sehari-hari.
2. Meningkatkan fungsi saraf otot
Umum mengetahui sel-sel otot dan badan kita terbentuk dari protein. Daging pula
membekalkan protein yang lengkap dalam proses menguatkan otot. Protein juga
dikatakan membantu saraf-saraf pada otot untuk berkembang dengan baik.
3. Kaya dengan zat besi
Selain protein dan vitamin B12, daging juga kaya dengan mineral terutamanya zat
besi. Tubuh kita sangat memerlukan zat besi untuk membolehkan proses pengepaman
oksigen dari peparu ke bahagian tubuh lain.
Tambahan pula, zat besi yang diperoleh dari daging turut dikatakan mampu
meningkatkan metabolisme badan kita.
4. Penyebab penyakit jantung
Penyakit jantung mudah didapati jika anda kerap memakan daging. Hal ini kerana
kandungan lemak yang tinggi dalam daging akan terkumpul di saluran darah
jantung, seterusnya boleh menyebabkan tersumbat.
5. Penghadaman tak sempurna
Gangguan sistem pencernaan juga adalah disebabkan oleh kerap memakan daging
merah. Daging merah ini mengandungi bakteria seperti Eschericia dan akan
menyebabkan masalah seperti penghadaman tidak sempurna.
6. Kadar kolesterol tinggi
Kolesterol yang tinggi terkandung di dalam daging merah berbanding makanan
lain. Kolesterol akan menyebabkan masalah kesihatan kronik seperti komplikasi
jantung.
7. Risiko kanser usus
Nitrosamine atau racun yang terkumpul dalam badan akan memberi kesan buruk
kepada usus besar badan kita sekiranya daging diambil secara berlebihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan