Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 30 April 2017

Hypersomnia




Hypersomnia adalah penyakit di mana seseorang terlebih tidur. 

Saya pernah berdepan seorang yang boleh tidur 16 jam sehari. 

Dia ada masalah untuk kekal berjaga. 

Mereka yang ada masalah ini, boleh tidur di mana sahaja pada bila-bila masa. 

Mereka yang kritikal boleh tertidur ketika sedang borak, atau sedang memandu. 

Mereka ini kebiasaannya ada masalah kurang tenaga dan tidak mampu berfikir dengan baik.

Menurut Persatuan Tidur Kebangsaan atau National Sleep Foundation, hampir 40% manusia ada simptom hypersomnia dari masa ke semasa. 

Terdapat beberapa penyebab yang mungkin menyebabkan hypersomnia, termasuk:
  1. Sleep disorders narcolepsy (penyakit tidur siang) 
  2. Sleep apnea (gangguan pernafasan ketika tidur) 
  3. Berat badan berlebihan 
  4. Penggunaan dadah atau alkohol 
  5. Cedera di kepala atau penyakit neurologikal seperti multiple sclerosis atau parkinson 
  6. Pengambilan ubat seperti tranquilizer atau antihistamine
  7. Masalah genetik 
  8. Kemurungan
Apa yang boleh dibuat? 

Jumpa doktor dan ceritakan masalah anda. 

Anda mungkin akan diuji dengan ujian darah, computed tomography (CT) scan, dan ujian tidur yang dipanggil polysomnography. 

Dalam sesetengah kes, ujian electroencephalogram (EEG) akan dibuat untuk menguji aktiviti di otak. 

Rawatan?

Sekiranya ada didiagnosis dengan masalah hypersomnia, doktor akan preskrip ubat termasuk perangsang, anti keradangan dan sebagainya. 

Jika ada didiagnosis dengan masalah sleep apnea, anda mungkin diberi rawatan yang dikenali sebagai continuous positive airway pressure atau CPAP. 

Anda akan pakai satu topeng di atas hidung ketika tidur.

Sebelum pakai apa-apa topeng, beritahu pada pasangan anda, takut dia kena sakit jantung tengok orang bertopeng memalam buta. 

Topeng ini akan memastikan aliran udara tidak tersekat.

Rujukan :
https://www.sleepassociation.org/patients-general-public/hypersomnia/
https://en.wikipedia.org/wiki/Hypersomnia

Sabtu, 29 April 2017

Kemudaratan kurang tidur





Tidur adalah penting untuk tumbesaran otot. 

Malah, ia juga penting untuk pembakaran lemak. 

Tidur yang kurang akan meningkatkan tahap stress. 

Ini akan mendorong kepada peningkatan rembesan hormon kortisol. 

Mudah kata, hormon ini banyak mendatangkan kesan yang kita tidak mahu apabila mengejar tumbesaran otot dan pembakaran lemak.

Ada satu lagi perkara yang menyebabkan kita gemuk, dan ia berkaitan dengan psikologi manusia. 

Jika malam tersebut kita tidur lewat, keesokan harinya berkemungkinan besar menyebabkan kita rasa ingin memakan secara berlebihan ataupun memakan makanan-makanan segera. 

Ia turut berkait dengan perasaan tekanan dan keletihan.

Ada satu kajian (meta-analisis) yang diterbitkan oleh European Journal of Clinical Nutrition yang mengatakan bahawa apabila seseorang itu tidak mendapat tidur yang cukup, mereka akan memakan sebanyak 385 kalori (lebih kurang) pada hari berikutnya. 

Situasi begini dipanggil partial sleep deprivation. Kurang tidur di sini dikatakan hanya tidur 4-5 jam sahaja.

Kenapa Jadi Begini?

Ada beberapa teori yang terlibat dalam kajian ini. 

Apabila anda kurang tidur, ia akan mengaktifkan satu bahagian pada otak anda yang berkait dengan pemberian ganjaran, dalam hal ini ialah makanan (terutama makanan yang menggemukkan).

Gangguan pada kitaran tidur anda juga akan mengganggu pengimbangan regulasi hormon-hormon seperti hormon leptin dan ghrelin. 

Leptin adalah hormon kekenyangan manakala ghrelin adalah hormon kelaparan. 

Subjek-subjek yang terlibat dalam kajian ini lebih cenderung kepada pemakanan tinggi lemak dan mereka juga kurang mengambil protein apabila kekurangan tidur.

Dalam kajian lain pula mengatakan bahawa individu yang kekurangan tidur (kurang daripada 5 jam sehari) mengalami pengurangan hormon testosterone. 

Kesan daripada pengurangan ini boleh membawa kepada kelemahan ciri-ciri lelaki, kekurangan tenaga, tahap keletihan yang tinggi, malah mengurangkan jisim otot dan meningkatkan penyimpanan lemak.

Untuk pengetahuan anda, subjek-subjek yang terlibat dalam kajian ini pula adalah dalam kalangan 20an di mana pada waktu ini, testosterone mereka berada pada tahap tinggi. 

Kekurangan tidur telah menurunkan tahap hormon itu sebanyak 10-15%. Bayangkan apa yang berlaku pada golongan berumur lebih dewasa yang semula jadi memiliki kadar rembesan testosterone yang lebih rendah.



Rujukan

Shugart C. (25 February 2017), Tip: The Bad Habit That Makes You Overeat, T-Nation, [accessed online] https://www.t-nation.com/living/tip-the-bad-habit-that-makes-you-overeat [accessed on 26 February 2017].

H K Al Khatib, S V Harding, J Darzi, G K Pot. The effects of partial sleep deprivation on energy balance: a systematic review and meta-analysis. European Journal of Clinical Nutrition, 2016

R. Leproult, E. Van Cauter. Effect of 1 Week of Sleep Restriction on Testosterone Levels in Young Healthy Men. JAMA: The Journal of the American Medical Association, 2011; 305 (21): 2173

Erin C. Hanlon, Esra Tasali, Rachel Leproult, Kara L. Stuhr, Elizabeth Doncheck, Harriet de Wit, Cecilia J. Hillard, Eve Van Cauter. Sleep Restriction Enhances the Daily Rhythm of Circulating Levels of Endocannabinoid 2-Arachidonoylglycerol. SLEEP, 2016

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...