Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 31 Januari 2016

Panduan Memilih Kasut Bola

Ketika anda pergi ke kedai barangan sukan untuk membeli kasut bola baru, pernahkah anda jumpa dengan istilah-istilah FG, HG, SG, TF, AG dan IC?

Faktor pemilihan kasut bola

  • Apabila anda ingin membuat pembelian kasut bola yang baru, perkara yang pertama yang harus anda pertimbangkan adalah jenis padang yang anda akan beraksi.
  • Secara amnya,terdapat 6 jenis permukaan padang, dan setiap satunya mempunyai kasut bola khusus untuk setiap jenis padang.
  • Menggunakan kasut bola yang salah di permukaan padang yang salah boleh mengganggu cara anda bermain. Paling menakutkan, kaki anda juga berisiko untuk ditimpa kecederaan.

FG – Firm Ground (tanah padat)

  • Sesuai digunakan di permukaan tanah padat, padang kering dengan rumput pendek. 
  • Kebanyakkan kasut bola yang dipamerkan di rak kedai-kedai kasut di Malaysia adalah dari jenis Firm Ground (FG) ini.
  • Terdapat dua jenis corak studs yang biasa digunakan oleh kasut jenis ini iaitu studs jenis kon dan studs jenis blade.
  • Studs jenis kon lebih sesuai digunakan ketika keadaan padang adalah lembap dan studs jenis blade pula lebih sesuai untuk keadaan padang yang lebih kering.
Studs jenis blade
Studs jenis kon


HG – Hard Ground (tanah keras)

  • Sesuai digunakan di permukaan padang rumput yang kering dan keras
  • Kasut bola jenis ini sebenarnya amat mirip dengan jenis FG. Cuma di UK dan Ireland mereka lebih gemar memanggil dengan terma Hard Ground (HG), terutamanya syarikat Umbro.
  • Jika kasut bola FG boleh digunakan di permukaan padang lembap dan kering, kasut bola HG khas untuk permukaan padang kering sahaja.
  • Jumlah studs-nya juga lebih banyak dan pendek. hati-hati, studs jenis blade sangat berbahaya untuk dipakai jika permukaan padang tak rata.




SG – Soft Ground (tanah lembut)
  • Sesuai digunakan di permukaan padang yang lembut, becak, berlecah atau mempunyai rumput yang panjang.
  • Kasut bola dari jenis Soft Ground (SG) ini biasanya menggunakan studs logam berbentuk bulat. Jumlah studs pula sedikit berbanding kasut bola FG dan HG.
  • Rekaan klasik kasut jenis ini biasanya mempunyai hanya 6 studs – 4 studs di bahagian tapak dan 2studs di bahagian tumit.
  • Dengan jumlah studs yang minimum, kasut bola SG tidak akan mudah lekat di permukaan padang yang basah dan berlecah.
  • Berbanding kasut bola FG yang lebih universal penggunaannya, kasut bola SG ini jarang digunakan.
  • Kini penggunaannya banyak diharamkan dalam liga amatur, kerana studs logam senang mencederakan pemain.







AG – Astrograss / Artificial Grass (padang tiruan)
  • Sesuai digunakan di permukaan padang rumput tiruan.
  • Kasut bola jenis Artificial Ground (AG) biasanya mempunyai banyak studs pendek dan tebal. Ini adalah untuk memberi cengkaman tambahan ketika beraksi di atas padang tiruan.
  • Kasut jenis ini juga biasanya kelihatan lebih berkilat kerana ia mempunyai lapisan laquer – sejenis lilin khas yang melindungi kasut tersebut dari ketajaman rumput tiruan.
  • Studs kasut bola AG juga ada kalanya berlubang untuk memberikan lebih cengkaman dan membuatkannya lebih ringan.
  • Terdapat dua jenis rumput tiruan yang popular di Malaysia – 3G dan 4G.
  • Padang tiruan 3G mempunyai biji-biji getah kecil pada permukaannya.
  • Manakala padang rumput tiruan 4G lebih realistik, dengan rumput yang lebih panjang dan mempunyai gabungan biji-biji getah kecil dan pasir dibawah permukaannya.






IC – Indoor Court
  • Sesuai digunakan di permukaan gelanggang futsal.
  • Kasut bola jenis ini Indoor Court (IC) atau Indoor Trainer (IT) direka khusus untuk perlawanan bola sepak indoor seperti futsal.
  • Kasut jenis ini umumnya mempunyai tapak yang lebih rata, dengan kebolehan untuk melentur.
  • Ia juga amat fleksibel dan lebih selesa dipakai berbanding jenis kasut bola yang lain kerana mempunyai tapak getah sintetik.







ST – Street Soccer
  • Sesuai digunakan di permukaan tar jalan raya
  • Kasut bola jenis Street Soccer (ST) ini tak banyak bezanya dengan kasut futsal, tetapi direka  dengan jahitan berkembar dan tapak getah yang lebih keras.
  • Kasut jenis ini tidak mempunyai pengelasan yang khusus, namun sesetengah pengeluar kasut melabelkan kasut bola khas untuk street soccer sebagai ST.





Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...