Mohammed
(1992), kebimbangan boleh didefinasikan sebagai satu keadaan negatif yang
dialami oleh manusia dan merupakan gabungan antara perasaan takut, seram,
gentar, runsing, cemas, bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi
lain. Perasaan cemas dan bimbang ini akan terus berlaku apabila seseorang itu
merasa khuatir akan kebolehan dan kepakarannya. Seseorang itu merasa ragu-ragu
sama ada ia boleh atau mungkin ia tidak berupaya melakukan tugasan dengan baik.
Mahoney dan
Meyers (1989), kebimbangan adalah pengalaman dan dilaporkan berlaku kepada
semua atlet tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Pengalaman dan kemahiran
atlet dilaporkan dari sikap yang berbeza dan banyak menghala kepada bagaimana
pengalaman mereka menghadapi kebimbangan. Kesungguhan dan kesan kepada prestasi
kebimbangan kemungkinan berkaitan kepada tafsiran seseorang individu.
Scanlan,
T.K., Stein, G.L. dan Ravizza, K., (1991), tekanan dari pertandingan boleh
didefinisikan sebagai emosi negatif, perasaan dan pemikiran yang mungkin
memberikan pengalaman kepada atlit tentang perasaan tidak yakin pada diri
sendiri, bimbang, otot terasa tertekan, takut, reaksi fizikal, hanya memikirkan
kebimbangan dan perkara-perkara negatif. Kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai
kesan kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi,
yang dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang
individu seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan sebagainya.
Conger
(1973) menakrifkan kebimbangan sebagai satu penentuan yang amat penting di
dalam mengkaji tingkah laku manusia. Beliau juga menyatakan bahawa kebimbangan
yang wujud dalam diri seseorang itu adalah hasil daripada pengalaman kesakitan
masa lampau, contohnya sakit yang dirasai semasa kanak-kanak akan mewujudkan
perasaan bimbang apabila mereka dewasa kelak.
Dollard dan
Miller (1950) pula menyatakan kebimbangan berlaku disebabkan kanak-kanak
mempunyai pelbagai perasaan kecewa.
Tingkah laku
kebimbangan boleh menimbulkan gerak balas dalaman terhadap perasaan, pemikiran,
tindakan psikologi dan juga konflik tingkah laku.
Kelly (1955)
menyatakan bahawa manusia menggunakan sistem konstruk untuk menjangkakan apa
yang akan berlaku dalam hidupnya dan kebimbangan wujud apabila kita berhadapan
dengan peristiwa-peristiwa di luar kawasan keselesaan.
Frued, S
(1977) menyatakan bahawa tumpuan seharusnya diberikan kepada tingkah laku
berbanding dengan perasaan kerana tingkah laku boleh diubah, tetapi realiti
juga berpendapat bahawa manusia tidak boleh mengarahkan dirinya untuk merasa
lebih baik tetapi manusia boleh mengarahkan dirinya untuk melakukan sesuatu
yang lebih baik.
Kebimbangan
merupakan salah satu elemen yang boleh mengugat prestasi individu dalam sukan.
Terdapat
punca-punca khusus yang akan membuatkan seseorang itu merasa tertekan dan menjadi
bimbang.
Kegagalan
melakukan tindakan yang sepatutnya di saat-saat genting sering kali menjadi
penyebab kepada kekalahan pemain atau pasukan.
Kegagalan
melakukan tindakan yang tepat pada masanya berpunca dari tekanan serta
peningkatan tahap kebimbangan sehingga menyebabkan individu yang berkenaan
tidak mampu memberikan tumpuan serta dapat berfikir secara optimum sebelum
membuat sesuatu keputusan.
Kesannya,
tindakan yang dibuat di bawah tekanan sering kali mengakibatkan kegagalan.
Levitt (1980), kebimbangan berpunca dari kebangkitan
fisiologikal dan stres yang dihasilkan berdasarkan kepada interpretasi negatif
yang telah dibuat oleh individu tersebut.
Levitt telah
mengkategorikan kebimbingan kepada dua:
- kebimbingan tret (trait anxiety) yang merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu.
- kebimbangan seketika (state anxiety) yang merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu.
Teori-Teori Kebimbangan (Psikoanalitik)
Freud (1977)
apabila tenaga libido dipendamkan, ia bertukar menjadi kebimbangan dan akan
muncul sebagai kebimbangan bebas atau sebagai satu simptom kebimbangan.
Misalnya kanak-kanak menjadi bimbang apabila ibunya tidak ada bersamanya kerana
kanak-kanak itu tidak dapat menyalurkan libido (perasaan) kepada ibunya dan
libido itu wujud sebagai satu kebimbangan.
Jika kebimbangan objektif adalah
tindak balas dari ancaman luar, maka kebimbangan neurotik adalah pelarian
daripada desakan libido itu sendiri (Azizi et. al, 2006).
Menurutnya
lagi pengalaman kebimbangan neurotik membuatkan ego yang berperanan memproses
ancaman ini akan cuba lari daripada desakan libido ini, dan menjadikan ancaman
dalaman ini sebagai yang datang dari luar, dan dengan sendirinya tidak
melibatkan ego untuk berbuat sesuatu.
Teori
kebimbangan yang berpusatkan kepada peranan libido, tidak dapat menghuraikan
kebimbangan jenis fobia (Azizi et. al, 2006).
Freud (1977)
mendapati bagi jenis-jenis kebimbangan yang lain, ego lebih berperanan jika
dibandingkan dengan id yang bertukar menjadi libido. Ego mengamati bahaya dan
dengan sendirinya akan meninggalkan kesan kebimbangan.
Azizi et. al
(2006) mengulas lagi, ini bererti, bukan pemendaman libido yang menjadi punca
kebimbangan tetapi kebimbangan telah wujud sedia ada apabila telah diamati oleh
ego tadi dan ini bermakna kebimbangan adalah punca pemendaman.
Freud (1977)
menjelaskan, fenomena kebimbangan adalah ciri semula jadi suatu organisma itu.
Ia adalah sebahagian daripada naluri semula jadi untuk keselamatan kendiri dan
diwarisi secara genetik. Kebimbangan objektif dialami secara semula jadi tetapi
kebimbangan yang spesifik adalah dipelajari. Beliau menyatakan kebimbangan
adalah punca daripada renjatan emosi dan takutkan kembiri (fear of castration).
Hakikatnya,
superego merupakan identiti sebenar individu normal kerana superego beroperasi
mengikut prinsip kesempurnaan dan berfungsi menghalang kehendak-kehendak id dan
menyebabkan seseorang akan merasa tidak patut apabila takutkan sesuatu yang
tidak perlu ditakutkan. Oleh itu, egolah yang patut menyeimbangkan
kehendak-kehendak id supaya perasaan takut itu tidak terlalu diikutkan.
Jenis-jenis Kebimbangan
Menurut Wann
(1997) kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian
atlet dalam sukan. Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlet maka
perlu dijelaskan mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.
Berdasarkan
kepada Silva dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada
personaliti seseorang individu di mana ia bersifat stabil dan mereka sering
mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang boleh
meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat
mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi
atau rendah tahap kebimbangan tret.
Manakala
kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari
persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada
waktu itu (Shaharudin 2001). Beliau menyatakan kebimbangan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
- Kebimbangan kognitif seketika - merupakan komponen mental kebimbangan seketika yang merujuk kepada proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa seperti perasan risau, takut, kecewa, gementar dan lain-lain.
- Kebimbangan somatik seketika - merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dari dalam individu tersebut yang menyebabkan peningkatan denyutan jantung, kadar nadi, peredaran darah, perpeluhan, pernafasan, kerap buang air kecil dan lain-lain. Bagi individu yang dikategorikan sebagai A-trait, sekiranya beliau mentafsirkan bahawa tekanan yang wujud dipersekitarannya cukup menekan, maka individu tersebut akan bertindak atau memberikan respons yang akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan serta kebangkitan fisiologikalnya. Kebimbangan itu dimanifestasikan oleh rasa tertekan , takut, peningkatan kadar nadi serta tangan atau badan mengeletar. Kesannya individu tersebut rasa semakin tertekan dan takut serta aksinya pula tidak menentu.
Terdapat
hubungan di antara kebimbangan tret dan kebimbangan seketika yang dijelaskan
oleh Marten et al. di dalam Wann (1997) mengenai Teori Kebimbangan Seketika.
Teori ini menjelaskan mengenai respons objektif dan jangkaan situasi yang akan
dihadapi. Di mana ianya merangkumi persepsi jangkaan yang tidak pasti dan
keutamaan hasil. Seperti yang telah dibincangkan di atas, perasaan bimbang
berupaya meningkatkan situasi yang tidak menentu contohnya semakin penting
sesuatu pertandingan maka semakin meningkat perasaan bimbang.
Punca Kebimbangan Dalam Sukan
- Berdasar kepada Marchant, Morris, Anderson (1998) di dalam Journal of Sport Behavior punca-punca kebimbangan seketika di kalangan atlit ialah.
- Takut kepada kegagalan (Gould, Horn & Spreeman, 1983: Kroll, 1979; Passer, 1983; Reiney & Cunningham, 1988; Scanlan & Lethwaite 1984).
- Perasaan ego atau takut dinilai (Fisher & Zwart, 1982; Gould & Weinberg, 1985; Pierce & Stretton, 1981; Rainey & Cunningham).
- Tahap kemahiran pemain (Heckhausen, 1990; Hembree,1988; Kroll, 1979).
- Kurangnya persediaan fizikal (Cohn, 1990. Jones, Swain & Cale, 1990)
- Hilang kawalan (Kroll, 1979), pencapaian lepas (Jones, Swain & Cale, 1990; Martens & Gill 1976; Scanlan, 1978)
- Gangguan luaran dan konsentrasi (Krane, Joyce & Rafeld, 1994),
- Umur (Hammermeister & Burton, 1995).
Cara Mengatasi
- Pengalaman bertanding dalam sukan (Fenz & Jones, 1972; Gould, Petlichkoff & Weinberg 1984),
- Fasiliti sosial (Cohn, 1990; Flood & Endler, 1980)
- Pre-disposition (A trait) (Cooley, 1987; Martens, Vealey & Burton, 1990; Poteet & Weinberg 1980; Scanlan & Passer 1979; Weinberg & Genuchi, 1980; Williams &Krane 1992),
- Ancaman yang dijangka (Lox, 1992; Martens et al., 1990),
- Keutamaan hasil /perceived important (Lox, 1992; Martens et al., 1990),
- Pencapaian semasa (Highlen & Bennet, 1979; McAuley, 1985),
- Matlamat pertandingan ( contoh tahap kesukaran tugasan) (Jones, Swain, & Cale, 1990),
- Tahap pertandingan (Dowthaite & Amstrong, 1984; Gruber & Beuchamp, 1979),
Penyebab
- Situasi kritikal semasa bertanding.
- Bertanding dalam situasi yang serba kekurangan ( Cohn, 1990; Marchant, 1992),
- Persekitaran ( Martens et al.,1990),
- Jenis sukan (sukan contact, sukan buka contact, individu, berkumpulan, skor objektif, skor subjektif) (Krane & Williams, 1987; Simons & Martens, 1979),
- Tekanan ibu bapa (Pierce & Stratton, 1981)
- Stres dalam kehidupan seharian (Scanlan, Stein & Ravizza, 1988) serta jantina (Krane dan Williams, 1994).
Antaranya
adalah dengan tahap kebimbangan yang tinggi akan menurunkan pencapaian,
mengubah perangai dan sikap.
Permasalahan ini amat berat jika difikirkan kerana
ia akan memberikan kesan berat kepada pencapaian individu itu dan yang lebih
berat lagi akan menjejaskan peluang untuk berjaya.
Kebimbangan
adalah pengalaman dan dilaporkan berlaku kepada semua atlit tanpa mengira usia
dan tahap kemahiran.
Pengalaman dan kemahiran atlit dilaporkan dari sikap yang
berbeza dan banyak menghala kepada bagaimana pengalaman mereka menghadapi
kebimbangan.
Kesungguhan dan kesan kepada prestasi kebimbangan kemungkinan
berkaitan kepada tafsiran seseorang individu.
Natijahnya
kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi yang terhasil
dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang dilahirkan dalam bentuk
ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti kekalahan, ugutan
fizikal, rasa malu dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan