Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Sabtu, 23 Januari 2016

Kekejangan (Cramp) Otot -otot Hamstring


  • Otot hamstring ini terdiri dari 3 jenis otot. Ia terletak di sepanjang bahagian belakang paha. Untuk lebih jelas lagi, di bawah pinggul sampai ke sedikit bawah tempurung lutut.
  • Otot-otot hamstring ini membolehkan untuk kita membengkokkan lutut dan meluruskan kaki secara maksimum.
  • Kecederaan hamstring ini terjadi apabila salah-satu daripada otot tersebut tertarik atau ditarik sehingga melebihi hadnya ketika beraktiviti, lalu ia akan tercedera.
  • Tiga jenis otot yang dimaksudkan tersebut - semimembranosus, semitendinosus, dan otot bisep femoris.
  • Kecederaan otot akibat berlari seringkali terjadi di bahagian otot bisep femoris. Otot ini terletak antara titik pertemuan otot dan tendon.
  • Kecederaan otot akibat kekejangan pula biasanya terjadi di bahagian atas belakang paha iaitu pada otot semimembranosus.


Tanda-Tanda Kecederaan Hamstring
  • Kecederaan terjadi secara tiba-tiba sehingga menimbulkan rasa sakit dan tegang menusuk dibahagian belakang peha semasa atau selepas melakukan aktiviti fizikal.
  • Otot akan mula membengkak dalam masa beberapa jam selepas itu.
  • Akan berlaku perubahan warna sepanjang bahagian belakang kaki dan disertai dengan rasa lemah-lemah otot.
  • Ada kes yang tak mampu berjalan dan memerlukan bantuan tongkat.
  • Segera Berjumpa Dengan Doktor Sekiranya Mengalami Gejala Berikut:
  1. Kaki yang cedera sama sekali tidak mampu menanggung apa-apa beban. Termasuk beban kaki itu sendiri.
  2. Anda tidak mampu berjalan lebih dari 4 langkah tanpa rasa sakit yang kronik.
  3. Kecederaan tidak pulih walaupun sudah melakukan rawatan. 

Tips Terapi Kecederaan Hamstring
  • Berehatlah Dari Sebarang Aktiviti Lasak - Jangan lakukan apa-apa aktiviti berat supaya otot hamstring dapat direhatkan dan sembuh. Elakkan melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan rasa sakit, bengkak dan tidak selesa pada otot. Jika kecederaan hamstring anda serius, gunakan tongkat untuk bergerak supaya berat badan ditampung oleh tongkat dan tidak membebankan kaki.
  • Terapi Ais - Letakkan segera ais dibahagian yang mengalami kesakitan. Pastikan anda lakukan terapi ais ini terlebih dahulu, sementara menunggu bantuan perubatan tiba.Untuk beberapa hari pertama setelah cedera, letakkan ais ditempat kecederaan selama 15 ke 20 minit pada setiap 2 ke 3 jam sekali. Kedinginan ais dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit, bengkak dan radang otot.
  • Bandage - Ini adalah perkara biasa dilakukan untuk mengurangkan bengkak iaitu membalut kaki dengan ‘bandage’. Namun, berwaspadalah agar bahagian yang tercedera tak dibalut terlalu ketat sehingga mengganggu peredaran darah. Sekiranya rasa sakit atau kebas kaki apabila dibalut, longgarkan balutan.
  • Sangga Kaki Lebih Tinggi - Duduk atau berbaring dengan posisi kaki yang disangga atau disendal dengan alas seperti bantal. Sangga kaki dengan bantal atau gantungkan dengan kain anduh agar posisi kaki lebih tinggi dari posisi jantung. Daya graviti dapat membantu mengalirkan cecair berlebihan di kaki sehingga menyurutkan bengkak.

Nutrisi Yang Tepat
  • Magnesium - Magnesium membantu untuk merehatkan otot. Kekurangan magnesium dalam tubuh boleh menyebabkan kekejangan. Magnesium sangat penting untuk meningkatkan kekuatan otot dan mempertingkat sistem saraf. Mineral ini akan membantu otot menerima isyarat daripada otak untuk membaikpulih dan mengurangkan kekejangan dengan cepat. 
  • Kalsium - Kalsium perlu diambil bersama-sama magnesium untuk merehatkan otot dan membaiki tisu yang rosak. Selepas bersukan, koyakan mikroskopik sering berlaku kepada tisu otot dan pengambilan kalsium akan mempercepat penyembuhan tisu. 
  • B Complex - Persatuan Kanser Amerika telah mendapati kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan kekejangan otot. Pengambilan secukupnya vitamin B Complex lengkap dengan B1, B2 dan Asid Folik akan mempercepat penyembuhan kekejangan otot. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan. Ini kerana sakit otot  berpunca daripada koyakan kecil pada tisu otot. Cara paling cepat untuk memperbaikinya dalah melalui metabolisme protein yang membina semula tisu otot. Justeru, pengambilan B Complex akan membantu tubuh untuk memecahkan protein bagi tujuan membaik-pulih otot dan mengurangkan sakit.
  • Vitamin A - Menurut sumber, kekurangan vitamin A akan mengakibatkan sendi menjadi semakin lemah. Ini adalah faktor terjadinya radang otot. Vitamin A membantu untuk memperkuat otot disamping membaiki tisu rosak.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...