Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 19 Januari 2016

Kecederaan Anterior Cruciate Ligamen (ACL)




  • Kecederaan adalah kecederaan ligamen lutut ACL.
  • Berbeza dengan kecederaan lain, umpamanya seperti kederaan ligamen buku lali (ankle) yang biasanya boleh sembuh dengan sendiri, ligamen ACL yang tercedera akan terkoyak dan terputus seperti tali guni dan tidak dapat sembuh dengan sendiri.
  • Tanpa ACL lutut akan mudah terkehel atau terpelecok dengan sendiri dan anda mungkin akan terjatuh secara tiba-tiba disebabkan ketidakstabilan sendi lutut. Tanpa ligamen ini aktiviti harian biasa yang tidak lasak seperti berjalan dan menaiki tangga atau sembahyang masih boleh dilakukan.
  • Sebaliknya aktiviti seperti bermain bolasepak, bola keranjang, sepak takraw, bola jaring, berjalan di atas permukaan licin dan berlopak menjadi lebih sukar. Ini kerana pesakit perlu lebih berhati – hati agar lutut tidak beralih secara tiba – tiba.
  • Ia diibaratkan  membawa kereta dengan tali keledar yang telah putus atau rosak, sungguhpun kereta masih boleh dipandu tetapi risiko kecederaan jika berlakunya kemalangan amat tinggi.
Kenapa Berlaku?
  • Terpijak  di dalam lopak.
  • Melakukan larian pintasan (berlari dengan laju sambil menukar arah dengan tiba – tiba  cutting).
  • Memusingkan badan sambil kaki terpasak ke tanah, lutut akan terpusing dan terpelecok.
  • Jatuh dan kaki terlipat mengakibatkan seluruh beban badan akan tertumpu pada ligamen sehingga menyebabkan koyak sehingga pesakit merasakan lutut terkeluar ketika kecederaan berlaku.






Tanda-tanda
  • Selalunya akan kedengaran bunyi seperti letupan atau meletus pada lutut atau bunyi ‘pop’ dari lutut yang berkenaan. Seterusnya akan terasa kesakitan yang amat sangat dan lutut akan membengkak dengan agak mendadak.
  • Tidak dapat meneruskan permainannya walaupun cuba memaksa dirinya untuk bermain semula pada waktu itu.
  • Berasa kesakitan dan ia mungkin akan berkurangan dan bila digunakan semula kaki untuk berjalan atau berlari akan   terasa lutut dalam keadaan longgar seolah-olah seperti akan tercabut.
  • Kelihatan otot di kawasan atas lutut dan paha mengecil berbanding lutut yang normal dan ini dianggarkan berlaku dalam tempoh seminggu selepas kecederaan.
  • Tanda – tanda yang memerlukan pembedahan segera adalah lutut terkunci yang mana lutut tidak dapat digerakkan sama ada untuk diluruskan atau dibengkokkan, terasa seolah-olah tersangkut.Tanda – tanda  lain termasuklah lutut terasa longgar seperti akan tercabut, kesukaran membengkok atau meluruskan lutut sepenuhnya.
Simptom
  • Kesakitan yang berkala dan ketidakselesaan pada lutut.  



Cara Mengurangkan Kecederaan ACLC
  • Secara asasnya mengurangkan diri dari tercedera dalam aktiviti sukan melibatkan disiplin sebelum, semasa, dan, selepas permainan.
  • Keadaan otot yang kuat dan sesi meregangkan otot sebelum bermain adalah sangat penting bagi menjamin kekuatan otot sepanjang permainan.
  • Ketika bersukan, tackle keras haruslah dielakkan sama sekali.
  • Latihan rapi sangat penting untuk mempelajari teknik – teknik  yang betul untuk melompat dan mendarat untuk mengelakkan daripada mengalami  kecederaan ligamen krusiat.
  • Cooling down penting bagi memastikan perjalanan darah dan oksigen mengalir ke otot – otot serta keregangan dan penguncupan otot dapat berlaku secara beransur-ansur.
Jika Tidak Dirawat
  • Setelah beberapa tahun, kekerapan dan kesenangan lutut terpelecok berlaku dengan bertambah kerap menyebabkan ia bengkak dan kesakitan menjadi kronik. Pada waktu ini, pemain tidak dapat bermain lagi, tidak dapat berjalan jauh, berdiri lama, menaiki tangga, dan sembahyang dalam keadaan yang normal kerana lutut sakit, bengkak, dan pergerakan terjejas.
  • Berat badan mula meningkat kerana susah hendak bersenam. Ini menimbul kesan pada lutut kerana terpaksa memikul beban yang lebih serta masalah kesihatan yang lain akibat kegemukan yang mungkin timbul.
 Rawatan
  • Peringkat Awal
  1. Bagi pemain yang disyaki mengalami kecederaan ACL, ianya hendaklah dikeluarkan segera dari permainan dan tuamkan ais ke atas lutut yang tercedera dan bahagian kaki ditinggikan untuk mengurangkan bengkak yang berterusan.
  2. Balutan sementara boleh digunakan dan tidak terlalu ketat dan anduh atau tongkat boleh digunakan bagi memudahkan pesakit berjalan semula.
  3. Sekiranya bengkak keterlaluan, pembedahan kecil mengeluarkan cecair atau darah dari lutut adalah perlu untuk mengurangkan kesakitan dan kerosakan berterusan kepada lutut berkenaan selain perbaiki pergerakan lutut.
  • Peringkat Pertengahan
  1. Penggunaan ais boleh diteruskan dalam selam masa yang sesuai dan pendakap lutut boleh digunakan bagi memberikan kestabilan sementara kepada lutut. Penggunaan ais dan pendakap adalah sekurang – kurangnya  selama enam minggu.
  2. Dalam masa yang sama otot – otot paha hendaklah dikuatkan melalui fisioterapi dan julat pergerakan lutut diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan pada lutut. 
  • Peringkat Lanjutan
  1. Pembedahan rekonstruksi ligamen ACL secara artroskopik menggunakan ligamen autocantuman atau autograft (Arthroscopic ACL Reconstruction). Pembedahan ini lazimnya akan memakan masa satu hingga satu setengah jam melibatkan rekonstruksi atau pembinaan semula gantian kepada ACL menggunakan ligamen autograft atau ligamen lain sekitar lutut pesakit.
  2. Ligamen-ligamen yang paling lazim digunakan adalah ligamen patela (tempurung lutut) bersama – sama tulang atau ligamen hamstring (otot belakang paha) tanpa tulang. Rekonstruksi boleh dilakukan secara satu urat atau dua urat dan kesesuaiannya adalah bergantung kepada tahap kecederaan pesakit dan faktor – faktor tertentu.
 Pemulihan Preioperatif Rekonstruksi ACL
  • Pesakit perlu memahami bahawa dalam pemulihan kecederaan lutut, pesakit memerlukan bukan sahaja pembedahan yang berjaya malah program pemulihan juga adalah penting dalam memberikan keputusan yang baik.
  • Dalam program pemulihan, interaksi pesakit, doktor dan ahli fisioterapi adalah penting untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
  • Program pemulihan yang dijelaskan di bawah adalah yang dilakukan bagi kecederaan ACL, melibatkan empat fasa.
  • Program pemulihan mungkin berbeza di hospital – hospital lain dan turut bergantung kepada teknik pembedahan yang digunakan oleh doktor merawat.
  • Kerjasama pesakit dalam menjalani rawatan intensif fisioterapi semasa pemulihan adalah penting dan ini akan mempengaruhi pemulihan pesakit.
  • Sebelum pembedahan pembinaan semula ACL, selalunya doktor pakar yang merawat akan mengenal pasti tahap kerjasama yang ditunjukkan oleh pesakit dalam menjalani pemulihan awal.
  • Pesakit yang menunjukkan komitmen yang tinggi semasa program rehabilitasi akan dipilih untuk menjalani pembedahan.
  • Ini adalah kerana kejayaan pembedahan ini untuk memulihkan kembali lutut yang tercedera bukan hanya bergantung kepada teknik pembedahan malah turut bergantung kepada komitmen pesakit semasa menjalani rehabilitasi selepas pembedahan. 
 4 Fasa Pemulihan
  • Kaedah pembedahan pembinaan semula ACL, BTB teknik single bundle atau hamstring teknik double bundle digunakan untuk merawat pesakit.
  • Program yang dijelaskan di bawah adalah untuk pesakit yang menjalani kaedah pembedahan seperti di atas.
  1.  Sebelum Pembedahan
  • Program pemulihan bertujuan untuk mengurangkan bengkak, mendapatkan pergerakan penuh sendi lutut dan menguatkan otot yang berada di sekitar sendi lutut terutama otot paha (kuadriseps).
  • Bagi pesakit yang mengalami kecederaan ACL kali pertama, pembedahan pembinaan semula ACL hanya akan dilakukan selepas enam minggu untuk mengelakkan lutut daripada mengalami artrofibrosis (lutut mengeras dan tidak dapat membengkok) jika dilakukan terlalu awal. 
     2.   Minggu Pertama Selepas Pembedahan
  • Program bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak lutut selepas pembedahan disebabkan oleh pendarahan. Pesakit akan dilatih untuk meluruskan lutut dengan senaman yang sesuai.
  • Senaman seperti mengangkat kaki secara lurus dan kuadriseps statik adalah penting dimulakan awal supaya lutut tidak akan mengeras dalam keadaan bengkok.
  • Senaman tersebut juga membantu merangsangkan kuadriseps untuk menjadi kuat dan mengembalikan saiz dan kekuatan asal otot tersebut.
  • Dalam fasa ini juga pesakit akan dilatih untuk membengkokkan lutut secara berperingkat menggunakan senaman yang sesuai dan peralatan seperti pergerakan pasif berterusan (continuos passive motion / CPM).
    3. Pemulihan Bertumpu
  • Fasa ini melibatkan latihan lutut untuk berada dalam kedudukan lurus, mengawal bengkak lutut, meningkatkan kedudukan lutut semasa membengkok kepada 130 darjah, meningkatkan kekuatan kuadriseps kepada 65 peratus kekuatan otot paha sebelah yang normal dan memulakan aktiviti sukan yang spesifik.
  • Pelbagai kaedah senaman dan peralatan akan diajar dan digunakan oleh ahli fisioterapi bagi mencapai matlamat di atas.
  • Kedua – dua fasa di atas adalah penting untuk mengelakkan otot paha daripada mengecut dan mendapatkan kembali pergerakan lutut untuk membengkok.
  • Pesakit perlu memberikan kerjasama yang baik dan mempunyai keazaman yang kuat untuk kembali aktif.
  • Sesi fisioterapi adalah penting supaya sebarang masalah dapat dikenal pasti oleh doktor dengan awal dan fisioterapi boleh menggunakan kaedah peralatan dan senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.
  • Pesakit akan dibimbing oleh fisioterapi supaya melakukan senaman dengan teknik yang betul dan sesuai.
  • Selepas rawatan fisioterapi di hospital, pesakit juga perlu melakukan senaman di rumah mengikut kaedah dan bilangan ulangan senaman yang diajar.
  • Jika teknik yang betul dan bilangan yang diarahkan dibuat oleh pesakit, peralatan seperti perangsang otot-otot elektronik tidak diperlukan untuk menguatkan otot.
  • Pesakit perlu berbincang dengan doktor jika masih sukar untuk membengkokkan atau meluruskan lutut walaupun telah menjalani program pemulihan yang lengkap. 

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...