Koordinasi
merupakan kemampuan dan kelebihan menggunakan pancaindera serta anggota badan
dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana lakuan
yang dikehendaki. Kebolehan ini merupakan panduan di antara pelbagai kebolehan
yang disatukan bagi menghasilkan stu pergerakan yang lancar. Koordinasi juga
boleh ditakrifkan sebagai keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam
pergerakan tubuh individu. Barrow dan Mc Gee (1990), menyatakan bahawa
koordinasi merupakan kaitan dengan imbangan, kelajuan dan ketangkasan. Umur
didapati mempengaruhi koordinasi motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan
dan mata dengan kaki.
KEPENTINGAN
KOORDINASI
- Membolehkan semua organ pada tubuh berfungsi sebagai satu unit untuk mengesan rangsangan dan bergerak balas terhadapnya.
- Mengawal koordinasi antara rangsangan dengan gerak balas
- Mengurangkan risiko kecederaan
- Membolehkan penyesuaian diri terhadap perubahan disekeliling dan persekitaran.
KOORDINASI
TUBUH
Koordinasi
adalah kebolehan menyelaras dan menyeragam pergerakan anggota badan untuk
menghasilkan tindak balas tertentu dan ianya juga merupakan satu angkubah atau
faktor terpenting dalam lakuan motor. Angkubah ini dapat mempertingkatkan
kecekapan dan keberkesanan atlet dalam semua acara sukan sama ada perseorangan
atau berpasukan.
Koordinasi
juga adalah satu ciri tingkahlaku yang penting untuk menjalankan sesuatu lakuan
motor dengan pantas., efisyen dan efektif. Kecekapan seseorang atlet untuk
bertindak balas terhadap satu rangsangan atau stimulus sangat berfaedah.
Koordinasi yang baik amat diperlukan dalam banyak acara sukan atau lakuan motor
seharian. Ianya digunakan untuk membantu meningkatkan tahap kepantasan
koordinasi dan melihat tahap perlakuan motor seseorang atlet.
Komponen
ini berkembang kerana ramai penyelidik dalam bidang sukan begitu berminat untuk
mengkaji tahap tindak balas seseorang apabila diberkan rangsangan. Contohnya,
koordinasi pelbagai anggota melibatkan interaksi semua anggota yang terlibat
dalam sesuatu pergerakan seperti menangkap bola dan membuat hantaran memerlukan
koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan-kaki.
Koordinasi
badan terbahagi kepada dua jenis:
- Koordinasi Saraf
- Dikawal dan diselaras oleh sistem saraf
- Menyelaras aktiviti badan seperti berjalan, menulis, bercakap, mendengar dan membaca.
Koordinasi
Hormon
- Dikawal dan diselaras oleh sistem endokrin
- Menyelaras aktiviti badan seperti pertumbuhan darah, pembiakan, pengawalan kepekatan darah, perkumuhan dan pencernaan makanan.
KOORDINASI
MATA DAN TANGAN
Koordinasi
ini merupakan salah satu komponen untuk melihat tahap perlakuan motor seseorang
atlet. Ia juga salah satu elemen yang sangat penting kepada seseorang atlet
dimana prestasi atlet tersebut dapat ditingkatkan dengan cara meningkatkan
tahap kepantasan koordinasi mereka. Kemampuan untuk bergerak dengan cekap dan
pantas adalah kualiti yang penting kepada seseorang atlet. Pada kebiasaannya
dalam pengukuran dan penilaian koordinasi, melibatkan komponen-komponen lakuan
motor seperti visual motor dan gerak balas kedua belah tangan.
AKTIVITI
MENINGKATKAN KEMAMPUAN KOORDINASI
Banyak
aktiviti yang boleh meningkatkan koordinasi mata-kaki seperti melihat sesuatu
objek sementara kaki bergerak member rispon tindakan yang sepetutnya dilakukan
dengan kualiti pergerakan tinggi serta cekap dan pantas.
Contohnya:
Bola
Sepak
Pemain
perlu mempunyai koordinasi mata-kaki yang sempurna terutamanya ketepatan
menghantar bola, menjaringkan gol serta mengelecek bola. Kajian yang dijalankan
di Institut Neurologi London mengesahkan, pengelihatan merupakan faktor
seseorang pemain yang mengawal pergerakan kaki mereka. Kemahiran ini
membolehkan mereka untuk membuat hantaran pinpoint, sepakan percuma dengan
tepat, membuat helah terhadap pertahanan lawan dan mengelecek bola.
Koordinasi
ini juga membolehkan pemain memberhentikan bola dengan kakinya dan melakukan
penyesuaian kaki untuk menahan bola dalam apa jua keadaan. Koordinasi mata-kaki
yang cekap juga membolehkan pemain melihat ke hadapan walaupun sedang mengawal
bola dengan kakinya.
Bola
Jaring
Tahap
koordinasi adalah sangat diperlukan kerana pemain ini memerlukan pergerakan
fizikal serta melibatkan bahagian pergerakan seperti menangkap, menjaring,
berlari, melompat, menukar arah, serta kemahiran teknikal yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan