Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 21 April 2013

KETANGKASAN (AGILITY)



Ketangkasan merupakan seluruh pergerakan badan yang pesat dengan perubahan halaju atau arahan dalam tindak balas kepada rangsangan (Sheppard and Young, 2006).

Ketangkasan merupakan kebolehan dalam menukar arah tanpa menjejaskan kepantasan, keseimbangan dan kawalan tubuh (Markovic et. Al. 2006).

Ketangkasan adalah perlakuan motor iaitu pergerakan berturutan pada pelbagai arah, cekap dan pantas (Helen Ten and Haridas, 1996).

Ketangkasan juga merupakan sebahagian faktor kemenangan bagi atlet dalam sukan-sukan tertentu. Pernyataan ini selari dengan pernyataan Yong et al. (1996) yang menyatakan, kebolehan menguasai kemahiran ketangkasan yang baik pada tahap-tahap tertentu member kelebihan untuk lebih berjaya di dalam sukan yang diceburi dan penentu kepada kejayaan atlet dalam sukan-sukan tertentu.

Menurut Kurtz (2001), ketangkasan yang baik dapat meningkatkan corak permainan dan kemampuan seseorang pemain itu dari segi kawalan dan penguasaan gelanggang.

Kesimpulannya, ketangkasan adalah kemahiran, kebolehan danbuh  keupayaan untuk memulakan, menghentikan dan mengubah pergerakan posisi tubuh badan dengan pantas dan tepat tanpa hilang keseimbangan badan. Ketangkasan merupakan indikator terpenting di dalam peningkatan prestasi seseorang atlet untuk lebih cermelang.


KEPENTINGAN KETANGKASAN
  1. Ketangkasan merupakan antara faktor yang penting dalam sesuatu kemahiran fizikal.
  2. Ketangkasan mempengaruhi kualiti dan prestasi sukan tertentu terutamanya dalam sukan rugby, badminton, basket ball, bola sepak, hoki dan lain-lain.
  3. Dalam kehidupan seharian, situasi di luar jangkaan seperti mengelak objek dengan pantas, lari di kejar anjing, bergerak ke satu-satu tempat denga pantas dan sebagainya.


KEPENTINGAN UJIAN KETANGKASAN
  1. Merupakan asas bagi meramal potensi pelajar dalam bidang sukan dan permainan
  2. Mengetahui tahap ketangkasan (kebolehan motor) seseorang.
  3. Memperbaiki kelemahan sedia ada.
  4. Meningkatkan prestasi dalam sukan yang diceburi.


PENGUKURAN KETANGKASAN
Ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam faktor fisiomotor yang diperolehi daripada tindakan sistem saraf ke atas sistem otot dengan reaksi otot yang betul untuk menghasilan pergerakan yang diingini. Maka keadaan ini mestilah dilakukan pada darjah ketepatan dan penggunaan daya yang sesuai, (Annarino, 1976).

Borrow and McGee (1979) menyatakan, keberkesanan ketangkasan dapat dipertingkatkan dengan gabungan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot, kepantasan, deria kinestatik dan koordinasi. Faktor kekuatan dan daya tahan otot boleh meningkatkan kepantasan. Secara tidak langsung faktor-faktor tersebut boleh mempengaruhi keberkesanan ketangkasan. Seseorang boleh bertindak lebih pantas dan tangkas dengan mengubahsuai darjah ketepatan dan konsisten bagi kedudukan postur badan atau bahagian badan tertentu semasa bergerak di dalam ruang. Faktor koordinasi yang baik dapat dihubungkaitkan dengan ciri semulajadi sesuatu pergerakan. Faktor koordinasi dapat meningkatkan lagi keberkesanan faktor ketangkasan.

Keberkesanan ketangkasan dapat dilihat apabila ia digabungkan dengan faktor-faktor kecergasan lain. Kebolehan dan keberkesanan ketangkasan melibatkan faktor reaction time (masa reaksi) dan masa pergerakan dan dikaitkan dengan kelajuan dan ketepatan tentang reaksi satu kumpulan otot tertentu untuk bertinkdakbalas ke atas sebarang aktiviti lakuan motor, (Annarino, 1976).

Faktor-faktor lain yang mempengaruhi ketangkasan terdiri daripada faktor umur, tahap kematangan, saiz badan, jenis bentuk badan, pemakanan dan persekitaran (Clarke, 1976).

Ujian ketangkasan motor yang biasa digunakan bagi mengukur tahap kecergasan motor adalah:
  1. Lari ulang-alik 30 kaki
  2. Ujian ketangkasan SEMO
  3. Ujian Lompat Kuadran
  4. Ujian lari zig-zag
  5. Lompat Menegak


Ujian ketangkasan lazimnya terdiri dari tiga komponen iaitu:
  1. Pertukaran dalam arah larian
  2. Perubahan dalam kedudukan badan
  3. Pertukaran arah sebahagian badan

LATIHAN DAN UJIAN KETANGKASAN
Ketangkasan merupakan salah satu unsur penting di dalam sukan dan perlu untuk latihan. Hampir semua sukan memerlukan atletnya memiliki ketangkasan yang baik.

  • Latihan Jeda
Latihan ini adalah satu kaedah latihan fizikal yang melibatkan tekanan kerja yang berulang-ulang dan diselang-seli dengan masa rehat yang mencukupi. Latihan ini mempunyai masa rehat di antara ulangan kerja dan dapat meningkatkan kapisiti anaerobik atlet serta amat berfaedah untuk membina dan meningkatkan sistem tenaga aerobic dan sistem anaerobic.

Objektif Latihan
  1. Meningkatkan keupayaan anaerobic
  2. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot
  3. Meningkatkan ketangkasan, kelajuan, kelembutan dan koordinasi.

Rasional Latihan
  1. Dalam kebanyakan sukan, keupayaan anaerobic dalah satu unsur yang amat penting
  2. Jangka masa kerja yang panjang dan ulangan kekerapan kerja yang banyak serta masa pemulihan yang singkat akan memberikan kesan tekanan kepada sistem pengangkutan oksigen, dan ini akan meningkatkan sistem aerobic.
  3. Penetapan jangka masa dan jenis aktiviti masa rehat yang sesuai akan dapat mempertingkatkan proses glikolisis anaerobic dan menjadi efisyen.
  4. Atlet berkeupayaan untuk melakukan kerja pada isipadu yang tinggi jika ianya diselang-selikan dengan jeda rehat berbanding dengan perlakuan yang berterusan.

Prinsip Latihan
  1. Kaedah latihan ini berdasarkan prinsip-prinsip:
  2. Kadar jarak dan jangka masa kerja ditentukan berdasarkan kadar nadi latihan dan jarak set.
  3. Masa rehat atau pemulihan
  4. Jenis aktiviti masa rehat
  5. Bilangan ulangan dan set setiap sesi latihan
  6. Kekerapan latihan
  7. Tempoh latihan dijalankan
  • Shuttle Run (Lari Ulang-alik)


  • Lari Zig Zag

  • ProBase 20m Shuttle Run


  • Ujian Illinois Aglity Run




  • Ujian 505 Agility



  • Ujian Quadrant Jump


  • Agility Cone Drill (SPARQ)

    • 3-Cone Drill (NFL)

  • 5 Challenging Agility cone Drill


  • Agility Fitness Test



  • Ujian Heksagon



  • Ujian Agility 20-Yard Shuttle


  • Agility Cone Drill



  • Beep Test

  •   Balsom Agility Run 

  • Box Drill




  • Arrowhead Agility Drill







Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...