Sistem
endokrin merupakan himpunan kelenjar yang mengeluarkan rembesan bahan kimia
perutusan dikenali sebagai hormone. Hormon ini bergerak melalui saluran darah
kepada organ-organ sasaran dan menghasilkan pertukaran kimia dalam tubuh.
Kelenjar
endokrin utama
- Kelenjar Pineal
- Kelenjar Pituitari
- Kelenjar Tiroid
- Timus
- Kelenjar Adrenal
- Pancreas
- Ovari
- Testis
TIMUS
Timus
merupakan satu organ khusus dalam sistem imun. Timus ‘mengawal’ T-Limfosit
(Sel-T) iaitu antara sel terpenting dalam sistem imunisasi adaptif. Setiap sel
T menyerang benda asing yang dicamnya dengan reseptornya yang dihasilkan dengan
merombak sigmen-sigmen gen secara rawak. Setiap sel T menyerang satu antigen
yang berbeza. Sel T yang menyerang protein badan sendiri disingkirkan dalam
timus. Sel epithelium timus menyampaikan protein-protein utama dari mana-mana
anggota lain dalam badan dan sel T yang membalas kepada protein iyu
disingkirkan secara kematian sel terprogram (apoptosis).
Timus
terdiri dari dua pasang seiras dan terletak di mediastinum anterior atas, di
hadapan jantung dan belakang sternum. Timus adalah paling besar dan paling
aktif sewaktu baru lahir dan zaman pra remaja. Menjelang awal belasan tahun,
timus mula mengecil dan stroma timus diganti oleh tisu adipos (lemak). Namun demekian,
saki-baki limfopoiesis T kekal di sepanjang usia dewasa.
GINJAL
Ginjal
merupakan oprgan komplaks yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan
utamanya adalah mengekalkan imbangan homoeostatik cecair badan dengan penapisan
dan penyingkiran metabolit seperti urea dan galian dari darah yang
menyingkirkannya bersama air sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang
bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potassium, hydrogen,
oksigen dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat dan glukos
dalam plasma, ia merupakan pengawal penting bagi tekanandarah, metabolite
glukos dan eritopoiesis (sel darah merah (eritrosit) dihasilkan.
Fungsi Ginjal
Rembesen
Hormone
Ginjal
merembeskan pelbagai hormone. Eritropoietin dibebaskan sebagai tindak balas
kepada tahap O2 rendah dalam kitaran renal (kencing). Ia merangsang penghasilan
eritrosit dalam sum-sum tulang. Renan terbabit dalam pengawalan rembesan
aldosteron melalui sistem rennin-angiotensin-aldosteron. Calcitriol, bentuk
aktif bagi vitamin D, merangsang penyerapan Ca+2 dari darah dan penyingkiran PO32-,
kesemua akan meningkatkan aras Ca2+.
- Penapisan Darah
Darah
memasuki buah pinggang melalui arteri renal dalam sinus renal. Ia berpecah
kepada segmental arteries. Kemudian berpecah kepada arteri interlobar menerusi
kapsul renal dan merentasi melalui kolum renal dan kemudian melalui pyramid renal.
Arteri interlobar kemudiannya membekalkan darah kapada arteri arcuate yang merentasi
sempadan cortex dan madula. Each arteri arcuate membekalkan pelbagai arteri
interlobar tambahan yang memuatkan ke dalam afferent arterioles untuk ditapis
melalui nephron. Selepas penapisan berlaku darah bergerak melalui jaringan
venules halus yang bertemu pada interlobar veins. Sebagaimana pengagihan
arteriole, pengagihan saluran menurut pola yang sama. Interlobar membekalkan
darah pada saluran arcuate kemudian kembali kepada saluran interlobar dan
kemudian membentuk saluran renal dari buah pinggang. Penapisan darah berlaku
dalam nefron yang terdapat dalam ginjal.
- Penyingkiran Bahan Kumuh
Ginjal
menyingkirkan pelbagai bahan perkumuhan yang dihasilkan melalui metabolism termasuk
sisa bernitrogen seperti urea (dari katabolisme protein) dan asid uric (dari metabolic
asid nukleik) dan air.
- Homeostasis
Ginjal
merupakan salah satu organ utama yang terbabit dalam homeostasis keseluruhan
tubuh. Antara fungsi homeostatiknya termasuk mengimbangi bes-asid, mengawal
kepekatan elektrolit, mengawal isipadu darah dan mengawal tekanan darah. Ginjal
melaksanakan fungsi homeostatic ini secara bebas dan melalui koordinasi dengan
organ-organ lain terutamanya bersama-sama dengan sistem endokrin. Ginjal
berkait dengan organ lain melalui hormone yang dirembes ke dalam aliran darah.
- Mengimbangi Asid – Bes
Ginjal
mengawal tahap pH darah dengan menyesuaikan ion-ion H+ dirujuk sebagai penguat kepekatan ion galian termasuk
kompisisi air dalam darah.
- Tekanan Darah
Ion
sodium dikawal dalam proses homeostatic yang membabitkan aldosteron yang
meningkatkan penyerapan semula ion sodium dalam distal convoluted tubules.
- Isipadu Plasma
Sebarang
peningkatan atau penurunan dalam osmolaliti plasma dikesan oleh hipotalamus
yang berhubung secara langsung dengan kelenjar pituitary posterior.Peningkatan
dalam osmolaliti menyebabkan kelenjar merembes hormone antidiuretik menyebabkan
penyerapan air oleh ginjal dan peningkatan kepada kepekatan kencing. Kedua-dua factor
berkait erat bagi memulih osmolaliti plasma kepada tahap normal.
KELENJAR PINEAL
Kelenjar
pineal juga disebut badan pineal, epiphysis cerebri, epiphysis, conarium. Ia
merupakan satu kelenjar endokrin kecil pada ota vertebrata. Ia menghasilkan
serotonin hasil dari melatonin, hormone yang mempengaruhi modulasi pola
bangun/tidur. Ia terletak berhampiran pusat otak di antara kedua belahan,
terselit di sebuah alur di mana dua talamus membulat bergabung.
KELENJAR PITUITARI
Kelenjar
pituitary atau kelenjar hipofisis terletak pada dasar otak besar. Kelenjar ini
merupakan kelenjar utama yang menghasilkan pelbagai hormone dan mengatur
kegiatan kelenjar lainnya. Oleh kerana itu, ianya disebut juga sebagai kelenjar
pengendali (master of gland). Kelenjar pituitari (hipofisis) dibahagi kepada
tiga bahagian iaitu anterior, tengah dan posterior.
- Pituitari Bahagian Anterior – hormone yang dihasilkan:
Hormone yang Dihasilkan
|
Fungsi
|
Somatotrophic
Hormone (STH) atau Hormone Pertumbuhan
|
Mengendalikan
pertumbuhan tubuh, kelebihan hormone ini mengakibatkan pertumbuhan raksasa
dan sebaliknya kekurangnya mengakibatkan pertumbuhan terbantut.
|
Thyroid
Stimulating Hormone (TSH) atau Hormon Perangsang Tiroid
|
Mengendalikan
kegiatan kelenjar tiroid untuk menghasilkan hormone trioksin
|
Adrenocorticotrophic
Hormone (ACTH)
|
Mengendalikan
kegiatan kelenjar adrenal dalam menghasilkan glukokortikoid
|
Follicle
Stimulating Hormone (FSH) atau Hormon Perangsang Pembentuk Folikel
|
Wanita:
mengatur perkembangan ovary (pemasak folikel)
Lelaki:
Mengatur perkembangan testis dan supermatogenesis
|
Lutenizing
Hormone (LH)
|
Wanita:
mempengaruhi ovulasi dan membentuk korups luteum.
Lelaki:
mengatur sekresi dari hormone testosterone dan aldosteron pada testis.
|
Hormon
Prolaktin (PRL)
|
Mempengaruhi
pertumbuhan kelenjar air susu
|
Melanocyte
Stimulating Hormone
|
Mensentisis
melamin (pigmen warna)
|
Antidiuretic
Hormone (ADH)
|
Mencegah
urin terlalu banyak
|
- Pituitari Bahagian Posterior menghasilkan dua jenis hormone:
Hormon
antidiuretik (ADH) berfungsi mengatur kadar air dalam tubuh melalui pembentukan
urin dan mencegah pengeluar urin yang terlalu banyak.
Hormon
Oksitosin berfungsi untuk kontraksi otot dalam proses kelahiran.
- Pituitari Bahagian Tengah
Kelenjar
pituitary bahagian ini menghasilkan Melanosit Stimulating Hormone (MSH) yang
berfungsi untu menaikkan pigmentasi kulit (warna kulit).
KELENJAR TIROID
Kelenjar
tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher. Fungsinya mengeluarkan hormone
tiroid. Antara hormone yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan
Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolism manusia.
- Fungsi Kelenjar Tiroid
Sel
tiroid adalah satu-satu sel di dalam tubuh manusia yang dapat menyerap iodine atau
yodium yang diambil melalui pencernaan makanan. Iodin ini akan bergabung dengan
asid amino tirosin yang kemudiannya akan diubah menjadi T3 dan T4. Dalam
keadaan normal pengeluaran T4 sekitar 80% dan T3 15% sedangkan 5% adalah hormone-hormon
lain.
T3
dan T4 membantu sel mengubah oksigen dan kalori menjadi tenaga (ATP). T3
bersifat lebih aktif dari T4. T4 yang tidak aktif itu diubah menjadi T3 oleh
enzim 5-deiodinase yang terdapat di dalam hati dan ginjal. Proses ini juga
berlaku di organ-organ lain seperti hipotalamus yang berada di otak.
Hormon
lain yang berkait dengan fungsi tiroid ialah TRH (Thyroid Releasing Hormone)
dan TSH (Thyroid Stimulating Hormone). Hormon-hormon ini membentuk satu sistem
aksis otak (hipotalamus dan pituitary) - kelenjar tiroid. TRH dikeluarkan leh
hipotalamus yang kemudian merangsang kelenjar pituitary mengeluarkan TSH. TSH
yang dihasilkan akan merangsang tiroid untuk mengeluarkan T3 dan T4.
- Penyakit Kelenjar Tiroid
Antara
yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah: Perempuan
Genetik
Mengidap
penyakit pituitary atau endokrin lain
Usia
lebih 60 tahun
Merokok
Ada
dua jenis penyakit tiroid iaitu:
Hipertiroidisme/Tirotoksikosis
Hipotiroidisme
Dalam
kes-kes hyperthyroidism/thyrotoxicosis, hormone T3 dan T4 didapati lebih tinggi
daripada biasa. Antara penyebabnya ialah:
Grave’s
disease – antbodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan
lebihan hormone. Selalunya sebahagian besar sel tiroid yang menghadapinya
mengeluarkan hormone berlebihan.
Thyroiditis
(tiroid bengkak) – selalunya keadaan ini elok dengan sendirinya.
Toxic
Nodule Goitre – terlalu banyak iodine di dalam makanan.
- Tanda-tanda penyakit;
- Bengkak leher
- Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
- Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
- Mata menjadi besar (bulging)
- Osteoporosis (kereputan tulang)
- Pengeluaran peluh banyak, bertambah dan kulit lembap.
- Suhu badan naik, tidak tahan panas.
- Tekanan darah naik.
Orang
yang mengidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormone tiroid yang cukup.
PANKREAS
Pankreas
merupakan kelenjar panjang, berbentuk tidak sekata dalam haiwan vertebra iaitu
terletak di belakang perut. Merembeskanjus pancreas ke dalam duodenum dan
insulin, glucagon dan somatostatin ke dalam aliran darah.
Pankreas
adalah organ aksesori pada sistem pencernaan yang memiliki dua fungsi utama:
Mengatur
kadar gula dalam darah melalui pengeluaran glucogen yang menambah kadar gula
dalam darah dengan mempercepat tingkat pelepasan dari hati.
Pengurangkan
kadar gula dalam darah dengan mengeluarkan insulin yang akan mempercepatkan
aliran glukosa ke dalam sel pada tubuh, terutama otot. Insulin juga merangsang
hati untuk mengubah glukosa menjadi glikogen dan menyimpannya di dalam sel-sel.
KELENJAR ADRENAL
Kelenjar
ini merembeskan dua hormone iaitu kortisol dan adrenalin. Kelenjar adrenal juga
berperanan mempengaruhi organ reproduksi, berperanan dalam metabolism dan
memproduksi respon sistem saraf simpatik.
Kelenjar
adrenal terletak di atas ginjal yang terdiri atas dua bahagian iaitu madula
dalam (inner medulla) dan korteks luar (outer cortex). Madula dalam
menghasilkan epinefrin (adrenalin) dan korteks luar menghasilkan kortisol.
- Fungsi Kortisol
Kortisol
adalah hormone steroid yang digunakan untuk mengembalikan keseimbangan tubuh
selama period stress. Oleh sebab itu, kortisol disebut sebagai ‘hormone stress.’
Kortisol bersifat antagonis terhadap insulin dan bertugas memecah lemak dan
protein sehingga memainkan peranan dalam mengawal bagaimana tubuh menggunakan
nuitrisi. Kortisol biasanya menyebabkan penambahan berat badan iaitu
memindahkan lemak dari hati ke otot-otot perut dan meningkatkan nafsu makan.
- Fungsi Adrenalin
Lapisan
luar (korteks) dari kelenjar adrenal menghasilkan kortisol, sedangkan lapisan
dalam (madula) menghasilkan epinefrin yang juga dikenali sebagai adrenalin. Epinefrin
(adrenalin) berkerja dengan sistem saraf simpatik untuk meningkatkan degupan
jantung. Adrenalin juga mendorong metabolism karbohidrat.
Ketika
sistem saraf pusat melihat adanya situasi berbahaya atau keadaan darurat,
adrenalin akan dilepaskan. Adrenalin meningkatkan degupan jantung, melebarkan
otot-otot kaki dan meningkatkan gula darah dengan mendorong penggunaan glukosa.
Peningkatan aliran darah dan energy meningkatkan pengiriman oksigen dan glukosa
ke otot dan otak.
KESIMPULAN
Kelenjar
endokrin, fungsinya dan hormone yang dirembes:
Kelenjar Endokrin
|
Fungsi
|
Hormon Dirembeskan
|
Kelenjar
Tiroid
|
Mengawal
sensitiviti tubuh terhadap hormone lain.
Mengawal
bagaimana badan menggunakan tenaga (mengawal metabolism badan)
|
T3
(Triiodothyronine)
T4
(Thyroxine)
Calcitonin
|
Kelenjar
Paratiroid
|
Mengawal
jumlah kalsium dalam darah
|
Paratiroid
|
Kelenjar
Pituitari
|
Membantu
dalam merangsang pengeluaran hormone pada kelenjar lain
|
Pertumbuhan
Prolaktin
Oxtocin,
TSH
|
Kelenjar
Testis
|
Menghasilkan
sperma
Menghasilkan
hormone androgen yang mempengaruhi pertumbuhan lelaki
|
Androgen
Estradiol
Inhibin
|
Kelenjar
Ovari
|
Menghasilkan
ovum
|
Progesterone
Estrogen
Androstenedione
|
Pankreas
|
Mengawal
kadar gula/glukos dalam darah
|
Insulin
Glucagon
Somatostatin
|
Kelenjar
Adrenal
|
Merembeskan
hormonyang boleh membantu badan bertindak segera dalam keadaan kecemasan
|
Adrenalin
Noradrenaline
Dopamine
|
Kelenjar
Hypothalamus
|
Menghubungkan
sistem saraf dengan sistem endokrin melalui kelenjar pituitari
|
Oxytocin
Vasopressin
Dopamine
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan