Seseorang jurulatih yang hendak menjalankan sesuatu program latihan pliometrik perlu mengetahui beberapa prinsip supaya latihan ini memberi kesan yang maksimum dan prinsip-prinsip latihan pliometrik ialah:
Intensiti: Keperluan latihan terhadap otot hendaklah diberi perhatian dan mengikut objektif. Berat atau ringan sesuatu intensiti latihan adalah berdasarkan keperluan sesuatu jenis kemahiran sukan.
Ulangan: Semakin banyak ulangan yang diberi pada sesuatu latihan, semakin cepat ke atas kuasa otot diperolehi.
Kekerapan: Kekerapan latihan berdasarkan jumlah sesi dalam sehari dan mingguan. Sekiranya intensiti tinggi, kekerapan perlu dikurangkan bagi mengelakkan kecederaan.
Prograsif: Program latihan yang hendak dilaksanakan haruslah bermatlamat untuk meningkatkan kecergasan dan kekuatan otot.
Pengkhususan: Pengkhususan hendaklah ditumpukan kepada keperluan objektif yang hendak dicapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan