Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Sukan. Papar semua catatan

Khamis, 10 April 2014

Contoh Kertas Cadangan Program Perkhemahan Rekreasi

 KERTAS CADANGAN PROGRAM PERKHEMAHAN REKREASI 2012

1.      PENGENALAN
Program perkhemahan ini merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Kolej Matrikulasi Labuan yang dikelolakan oleh pensyarah kokurikulum dan jawatankuasa kerja terdiri daripada pelajar 2011/2012. Perkhemahan ini juga dibantu oleh Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM) dalam pengisian aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Kertas kerja ini juga bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan bagi memohon peruntukan untuk program perkhemahan.
Aktiviti ini merupakan satu program yang sangat berfaedah kepada semua peserta & pegawai yang terlibat kerana melalui aktiviti ini, pelajar dapat memperkembangkan pengetahuan mereka dalam pengendalian perkhemahan disamping dapat menerapkan nilai-nilai murni.
Dengan wujudnya aktiviti sebegini, ia sedikit sebanyak dapat merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum.

2.      OBJEKTIF
2.1.      Memberi pendedahan kepada pelajar tentang bagaimana untuk mengendali & menguruskan sesuatu program perkhemahan.
2.2.      Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan secara positif sejajar dengan ‘1 Pelajar 1 Sukan’.
2.3.      Menggalakan pelajar menyertai program kecergasan & aktiviti luar.
2.4.      Memupuk nilai-nilai murni & disiplin yang tinggi di kalangan pelajar yang menguruskan aktiviti tersebut.
2.5.      Mewujudkan integrasi nasional di kalangan pelajar pelbagai bangsa dan budaya.

3 . MATLAMAT
3.1.   Menambah lagi bilangan penyertaan pelajar, pensyarah & staf ke arah intergrasi nasional.
3.2.   Membina budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan konsep kegairahan berekreasi dan beriadah (Passion of Sport).

4 . KONSEP
4.1.   Dijalankan pada        : 10 - 12 Febuari 2012
4.2.   Format                      : Berbentuk pengurusan perkhemahan

5 .  PENYERTAAN       
      5.1.   Penyertaan semua pelajar Kolej Matrikulasi Labuan.

6 .  KESELAMATAN
6.1.   Makluman kepada badan berkuasa seperti unit kecemasan dan pihak polis Membakut.

7 . HADIAH
7.1.   Hanya 5 hadiah akan disediakan untuk kumpulan pemenang mengikut kategori.

8.      AHLI JAWATAN KUASA
Sila rujuk Lampiran A

9.      SENARAI BIDANG TUGAS
Sila rujuk Lampiran B


10.  TENTATIF AKTIVITI
TARIKH/MASA
PERKARA
10/2/2012
6.00 pg
6.15 pg
6.45 pg
7.00 pg
10.00 pg
10.30 pg
11.30 pg
12.30 tgh
1.30 ptg
3.00 ptg
3.30 ptg

4.00 ptg
5.00 ptg
6.00 ptg
7.30 mlm
8.15 mlm
10.00 mlm
10.30 mlm
11.00 mlm
JUMAAT
Berkumpul di Astaka, Kolej Matrikulasi Labuan
Taklimat keselamatan dan perjalanan oleh Kem Komandan
Bertolak ke Terminal Feri Labuan
Bertolak dari Terminal Feri Labuan ke Terminal Feri Menumbok
Dijangka sampai di Terminal Feri Menumbok
Bertolak dari Terminal Feri Menumbok ke Beuford
Makan tengahari di Beuford
Solat Jumaat di Beuford
Bertolak dari Beuford ke Binsulok Nature Resort, Membakut
Dijangka sampai di Binsulok Nature Resort, Membakut
Taklimat keselamatan oleh Kem Komandan
Taklimat pemasangan khemah
Peserta mendirikan khemah
Pengurusan diri
Solat Maghrib dan Isyak (Kuliah Maghrib)
Makan malam
Aktiviti I (Ice Breaking)
Minum malam
Taklimat aktiviti program pada 7/1/2012 oleh Kem Komandan
Tidur
11/2/2012
4.45 pg
5.00 pg
6.00 pg
7.30 pg
8.00 pg
11.30 pg
12.30 tgh
1.00 ptg
2.00 ptg
4.00 ptg
4.15 ptg
4.15 ptg
5.30 ptg
6.00 ptg
7.30 mlm
8.15 mlm
10.00 mlm
10.15 mlm
12.00 pg
1.00 pg
SABTU
Pengurusan diri
Solat Subuh (Kuliah Subuh)
Perhimpunan pagi (Riadah pagi)
Sarapan pagi
Aktiviti II (Jungle Trekking)
Pengurusan diri
Solat Zohor
Makan tengahari
Aktiviti III (Sport Orienteering)
Minum petang
Solat Asar
Aktiviti IV (Sand Castle)
Pengurusan diri
Solat Maghrib dan Isyak (Kuliah Maghrib)
Makan malam
Aktiviti V (Night Presentation)
Minum malam
Aktiviti VI (Night Walking)
Taklimat aktiviti program pada 8/1/2012 oleh Kem Komandan
Tidur
12/2/2012
4.45 pg
5.00 pg
6.00 pg
7.30 pg
8.00 pg
9.30 pg
10.00 pg
10.15 pg
11.00 pg
12.30 ptg
1.30 ptg
4.00 ptg
6.15 ptg
AHAD
Pengurusan diri
Solat Subuh (Kuliah Subuh)
Perhimpunan pagi (Riadah pagi)
Sarapan pagi
Aktiviti VII (First Aid Injury)
Aktiviti VIII (Refleksi)
Minum pagi
Majlis perasmian penutup
Mengemaskan peralatan perkhemahan
Makan tengahari
Bertolak dari Bisulok Nature Resort ke Terminal Feri Menumbok
Bertolak dari Terminal Feri Menumbok ke Terminal Feri Labuan
Bertolak dari Terminal Feri Labuan ke Kolej Matrikulasi Labuan


11.  ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM PERKHEMAHAN

BIL.
PERKARA
JUMLAH
1
Makanan dan Minuman
i.        Pelajar
Sarapan pagi
RM 3.00 X 120 peserta X 2 hari = RM 720.00
Minum pagi
RM 2.00 X 120 peserta X 2 hari = RM 480.00
Makan tengahari
RM 5.00 X 120 peserta X 2 hari = RM 1 200.00
Minum petang
RM 2.00 X 120 peserta X 2 hari = RM 480.00
Makan malam
RM 5.00 X 120 peserta X 2 hari = RM 1 200.00
Minum Malam
RM 2.00 X 120 peserta X 2 hari = RM 480.00
ii.      Pegawai
Sarapan pagi
RM 3.00 X 40 pegawai X 2 hari = RM 240.00
Minum pagi
RM 2.00 X 40 pegawai X 2 hari = RM 160.00
Makan tengahari
RM 5.00 X 40 pegawai X 2 hari = RM 400.00
Minum petang
RM 2.00 X 40 pegawai X 2 hari = RM 160.00
Makan malam
RM 5.00 X 40 pegawai X 2 hari = RM 400.00
Minum Malam
RM 2.00 X 40 pegawai X 2 hari = RM 160.00
iii.    Mineral water
40 kotak (LPO)














RM 6 080.00
(LPO)
2
Hadiah
  i.      Hamper
      RM 100.00 X 12 unit = RM 1 200.00


RM 1 200.00
(LPO) 
3
Alatulis
i.        Peralatan LDK = (LPO)
·   Kertas A4 = 5 reams
·   Fail = 130 unit
·   Pen = 120 unit
·   Beg kertas = 30 unit
·   Marker pen = 3 kotak/3 warna
·   Tag nama = 120 unit



(LPO)
4
Saguhati Jurulatih
Plague = (LPO)

(LPO)
JUMLAH
RM 7 280.00




Lapiran A

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PERKHEMAHAN REKREASI 2012

Penaung                                               : Tn. Sawang @ Rizal Amit
Penasihat I                                           : Tn. Kamaruddin  Mansor
Penasihat II                                          : En. Iskandar Zulfadli Abdullah
Penyelaras                                            : En. Mohd Fuad Bin Salihin
Penyelaras Program                              : En. Azrulnizam Yaacob
Setiausaha                                            : En. Masah Abu Mansor
Penolong Setiausaha                              : Cik Amal Harun
Bendahari                                             : Pn. Ramlah Hamzah
Penolong Bendahari                              : En. Mohd. Azizi Hakim Hamzah
Kem Komandan                                    : En. Hashim Kassim
Publisiti & Buku Program                      : Pn. Siti Noorehan Mon
Kebersihan                                           : En. Mohd. Zahir Hafizi Safian
Aktiviti                                                  : En. Mahamad Yusof Abdul Rani
Hadiah & Cenderamata                          : Cik Nurul Asma Mat Nasir
Makanan & Minuman                            : Pn. Haslinda Radzali
                                                             : Cik Azzaliza Arob
Pengurusan Peserta                               : En. Kasbah Andi Dahran
Kerohanian                                           : En. Khairil Azuar Mohd Noor
                                                : En. Abdul Qahhar Abdul Rahman    
Keselamatan & Kecemasan                   : En. Leirfos Jainus
Peralatan                                               : En. Nor Azham Ali
Teknikal                                                : En. Wan Nabel Wan Abdul Rahim
Dokumentasi                                          : En. Muhammad Shariel Abdul Samat


 Lapiran B

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KEJOHANAN OLAHRAGA TERTUTUP KOLEJ MATRIKULASI LABUAN 2011

JAWATANKUASA
BIDANG TUGAS
Penghulu
·  Bertanggungjawab dalam pengendalian dan menentukan program berjalan dengan lancar
·  Memastikan semua peserta bertugas mengikut jawatankuasa masing-masing
Penghuluwati
·  Bertanggungjawab membantu penghulu
·  Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporan program
Setiausaha
·  Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran
·  Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-fail sebagai rujukan
·  Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program
·  Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat
·  Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak yang berkenaan
·  Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan
·  Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat
·  Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program
·  Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat
Publisiti & Buku Program
·  Menyediakan buku program & cenderamata
·  Mengedarkan buku program kepada setiap peserta dan pegawai
·  Menyediakan senarai nama peserta
Kebersihan
·  Memastikan keadaan sekitar kawasan perkhemahan dalam keadaan bersih
Aktiviti
·  Merangka aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program
·  Memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar
·  Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan dengan lancar
Hadiah & Cenderamata
·  Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata
·  Menghias meja hadiah
·  Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah
·  Menyediakan senarai pemenang hadiah
Pengurusan Peserta & Disiplin
·  Menguruskan peserta agar program berjalan dengan lancar
·  Memastikan disiplin peserta berada pada tahap yang tinggi
Makanan & Minuman
·  Menyediakan menu sepanjang program
·  Mengagih tugasan kepada setiap peserta untuk bertugas mengikut sistem pengiliran
·  Memastikan setiap petugas menyelesaikan tugasan
Kerohanian
·  Menyediakan jadual untuk peserta yang akan mengendalikan slot kerohanian
·  Memastikan program berjalan dengan lancar



Lapiran B

JAWATANKUASA
BIDANG TUGAS
Keselamatan & Kecemasan
·  Menyediakan peralatan bantu mula sekiranya berlaku kecemasan
·  Menyediakan jadual sentri bagi peserta untuk kawalan malam
·  Bersedia sekiranya berlaku kecemasan
·  Membuat sempadan pada kawasan perkhemahan
Peralatan
·  Mencatit senarai peralatan yang diperlukan oleh setiap jawatankuasa
·  Menyediakan peralatan yang ditempah oleh setiap jawatankuasa
·  Memastikan setiap peralatan perkhemahan berada pada kondisi yang baik
Teknikal
·  Memastikan program berjalan lancar dari segi teknikal
Dokumentasi
·  Mengambil gambar semasa aktiviti dijalankan
·  Mendokumentasikan semua gambar yang telah diambil



Rabu, 16 Mei 2012

Sistem Cabar-Mencabar



Sistem ini digunakan untuk perlawanan yang tidak rasmi. Sistem ini sesuai digunakan untuk sukan individu, berpasukan dan perlawanan persahabatan antara kelab-kelab. Sistem cabar-mencabar boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu, tangga, piramid dan serombong.

Sistem Tangga
Sistem ini biasanya digunakan untuk bidang sukan permainan yang melibatkan pertandingan individu seperti tinju, tenis, badminton dan sebagainya. Dalam sistem ini, pemin-pemain akan ditempatkan mengikut kebolehan mereka pada akhir pertandingan. Pemin-pemain yang ditempatkan di bawah boleh mencabar pemain yang berada satu tangga di atas.

Jika pemain di tangga bawah dapat menewaskan pemain di atas, pemain tersebut akan ditempatkan di atas mankala nombor berikutnya akan turun satu persatu. Pergerakan semua peserta akan naik ke nombor yang teratas sekali. Tiada seorang pemain pun yang akan disingkirkan dalam sistem ini. Setiap peserta diberi peluang untuk terus bertanding walaupun menghadapi kekalahan.
Contoh ranking sistem tangga:

Peserta
Kedudukan
Fuad
1
Nurikhan
2
Pyan
3
Radhi
4
Muselihat
5
Jaafar
6
Rostam
7
Azizul
8
Fadhilah
9
Irwan
10

Sistem Piramid
Dalam sistem ini, peserta akan berlumba-lumba untuk menduduki petak teratas piramid dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pilihan pertama dalam sistem piramid, peserta hanya dibenarkan mencabar peserta-peserta yang berada di kiri, kanan, di atas kiri dan di atas kanannya sahaja.

Pilihan kedua dalam sistem ini, peserta boleh mencabar peserta-peserta yang berada di petak sederet dengannya dan peserta-peserta yang berada di petak satu tingkat di atasnya. Peserta yang menang akana menggantikan tempat peserta yang kalah sehingga berada di petak yang teratas. Peserta yang berada di petak teratas (puncak piramid) pada akhir tempoh sesuatu pertandingan yang ditetapkan dan ditetapkan sebagai pemenang.

Sistem Serombong
Sistem ini adalah gabungan antara pertandingan tangga dan piramid. Pada pusingan awal, akan diadakan pertandingan piramid dan setelah melepasi peringkat piramid, tujuh peserta yang di atas akan bertanding mengikut sistem pertandingan tangga. Peserta yang berada di tangga teratas sekali merupakan juara keseluruhan.



Kebaikan dan keburukan Sistem Cabar Mencabar

Kebaikan
Keburukan
Memberi peluang kepada peserta yang mempunyai kebolehan
Bilangan permainan bergantung kepada inisuatif peserta
Semua peserta dapat bertanding
Perlawanan tidak menarik
Pemain mempunyai semangat yang tinggi.
Peserta akan berasa keletihan
Boleh diadakan dalam tempoh masa yang berbeza
-









Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...