Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.
Memaparkan catatan dengan label Biomekanik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biomekanik. Papar semua catatan

Rabu, 22 Jun 2011

NEWTON’S 3RD LAW : Low of Action and Reaction


Menyatakan bahawa bagi setiap aksi atau tindakan (action) akan terdapat satu tindakbalas (reaction) yang sama magnitud dari arah yang bertentangan. 

Kita boleh memaksimumkan daya yang diaplikasikan ke atas satu jasad melalui daya tindakbalas dari bumi. Untuk kesetabilan semasa tindakkan daya yang maksimum ini, kita perlu mengarah posisi badan ke arah pergerakan yang ditentukan. Semua acara sukan telah mengapilkaskan Hukum Ketiga Newton ini, dan digabungkan dengan prinsip biomakanik serta prinsip-prinsip kecergasan fizikal bagi maksimumkan pemindahan daya yang diharapkan.

Di dalam satu contoh acara sukan, prinsip ini telah diaplikasikan oleh pelari pecut semasa memulakan pecutan dengan kaedah crouch start. Mereka mengaplikasikan posisi pergerakan yang dapat mengenakan daya tindakan yang besar ke atas bumi agar satu daya tindak balas yang besar dapat dihasilkan. Daya tindakbalas inilah yang akan mempengaruhi gerakan permulaan pelari pecut.

Kenapakah kita sukar belari di tepi pantai berbanding di jalan raya? Perkara ini adalah disebabkan, butir-butir pasir yang longgar merupakan penyerap daya. 



PERTUKARAN MOMENTUM

Momentum boleh dihasilkan dan juga boleh diubah arah serta boleh dipindah dari satu tempat ket tempat yang lain. Sebagai contoh, pecutan tangan digunakan untuk menghayun raket tenis dan momentum yang dihasilkan itu dipindahkan kepada bola tenis dan seterusnya menukar arah pergerakan bola tenis tersebut.


Pemain rugby bertubuh kecil boleh bergerak lincah dan dapat mengelak dari pemain lawan yang jauh lebih besar. Ini disebabkan pemain yang bertubuh kecil mempunyai momentum yang lebih rendah bagi memudahkan baginya menukar arah pergerakan. Jisim yang lebih berat sukar digerakkan tetapi jika ianya digerakkan maka adalah sukar untuk mengubah arah atau mengehentikan pergerakannya. 


Momentum merupakan sifat yang ada pada setiap objek. Momentum berkadar terus dengan jisim serta berkadar terus dengan halaju. Sebagai contoh, dalam sukan gusti sumo Jepun, kedua-dua ahli gusti akan memecut ke arah pusat bulatan gelanggang dan sesiapa yang ditolak keluar dianggap kalah. Objektif sukan ini adalah untuk mengubah momentum diri dan pihak lawan, oleh itu jisim yang besar adalah penting dalam sukan ini.




Kedua-dua ahli gusti sumo akan bertembung di tengah-tengah bulatan gelanggang, dan kita menjangkakan ahli sumo yang berjisim lebih rendah akan ditolak keluar gelanggang, tetapi kedua-dua pihak tidak dapat menolak mana-mana pihak ke belakang. Ini disebabkan momentum selain bergantung kepada jisim tetapi ianya bergantung juga kepada halaju. Ini bermaksud mereka berlanggar dengan momentum yang sama. Memontum = mv. Sekiranya ahli gusti di sebelah kiri berjisim 246 kg dan halaju pergerakan 2.0 m/s, maka pihak lawan yang berjisim 123 kg perlulah menggandakan halaju pergerakannya iaitu 4.0 m/s atau lebih.


Selasa, 21 Jun 2011

NEWTON'S 2ND LAW : Law of Acceleration


Di kenali sebagai hukum pecutan (Law of Acceleration). Hukum ini menyatakan, apabila sesuatu objek dikenakan suatu daya, ia akan bergerak ke arah yang sama dengan daya berkenaan. Pecutan adalah berkadar terus dengan daya yang di kenakan dan berkadar songsang dengan saiz dan jisim objek tersebut.

Ciri-ciri hukum ini ialah: (i) F (daya); (ii) Jisim (m); (iii) Pecutan (a) dan hubungan antara ciri-ciri tersebut ialah F = ma
Hukum pecutan ini amat penting kerana di dalam sukan, setiap atlet sering menggerakkan tubuh mereka bersama peralatan seperti raket, lembing, cakera, bola dan sebagainya. Atlet perlu tahu apakah kesan penggunaan hayunan yang lembut berbanding dengan hayunan yang keras dan kuat. Umpamanya, adakah raket atau bola boling yang berat lebih berkesan berbanding yang lebih ringan?

Inersia juga berkadar langsung dengan berat  sesuatu peralatan sukan yang digunakan. Maka raket atau bola boling yang lebih berat adalah lebih sukar diubah kedudukan dan pecutannya. Peralatan sukan yang lebih berat, lebih sukar untuk dihayun, dilontar atau diputarkan tetapi jika ianya digerakkan, peralatan tersebut mempunyai momentum yang lebih besar. Begitu juga dengan atlet bertubuh besar, gerakan mereka adalah lebih sukar untuk diubah arah atau dihentaikan.

Dari persamaan ini, adalah jelas bahawa momentum (daya) yang dihasilkan dalam satu hayunan raket tenis adalah bergantung kepada berat raket dan pecutan raket berkenaan (kekuatan hayunan tangan). Raket yang berat adalah sukar dihayun tetapi tidak banyak tenaga diperlukan untuk menghasilkan pukulan yang sama kencang dengan sebatang raket yang lebih ringan (hayunan lebih kuat dan tenaga lebih banyak diperlukan). Ramai pemain tenis profesional menggunakan raket yang lebih berat kerana otot-otot tangan mereka lebih kuat untuk menghayun raket yang lebih berat dan dengan itu berkebolehan membuat pukulan bola yang lebih kencang dengan lebih mudah. 

Pemilihan raket berat biasanya digunakan oleh pemain yang gemar bermain secara rali di garisan belakang kerana dengan menggunakan raket yang berat, pemain tersebut tidak akan membebankan dan seterusnya mencederakan otot-otot tangannya untuk melakukan beratus-ratus pukulan dari garisan belakang di dalam satu-satu kejohanan Grand Slam. 

Bagi pemain profesional yang gemar bermain secara menyerang ke arah net, mereka akan memilih raket yang lebih ringan kerana raket yang lebih ringan dapat digerakan dengan lebih mudah dan pantas. Selain itu, pemain-pemain ini mempunyai kekuatan otot-otot tangan yang lebih kuat yang membolehkannya menghayun raketnya dengan lebih pantas untuk menghasilkan pukulan bola yang kuat. 

Momentum hanyunan raket akan di alih kepada bola dan saiz momentum inilah yang menentukan halaju bola tersebut. Momentum bergantung kepada jisim dan halaju bola berkenaan. Halaju pula ditentukan oleh daya yang digunakan untuk menggerakan bola tersebut.


Isnin, 20 Jun 2011

NEWTON'S FIRST LAW (Law of Inertia)

Dikenali juga sebagai Hukum Inersia : Sesuatu jasad akan kekal pegun atau terus bergerak secara seragam dalam satu arah kecuali apabila ada daya bertindak ke atas jasad itu dan akan berlaku keadaan terhadap jasad tersebut. 


Hukum ini merujuk kepada rintangan terhadap sebarang perubahan yang berkaitan dengan pergerakan. Daya yang diperlukan untuk memeulakan pergerakan, menghalang pergerakan, memecut sesuatu objek, menukar arah pergerakan atau menghenti pergerakan.


Ciri-ciri Inersia ialah : Satu jasad sentiasa berkeadaan pegun tidak akan bergerak dengan sendirinya; Sesuatu jasad akan bergerak apabila satu daya dikenakan ke atasnya; Satu jasad berkeadaan pegun mempunyai kadar pergerakan sifar dan tiada arah sementara jasad yang bergerak mempunyai kadar pergerakan dan arah; Inersia ditakrifkan sebagai sifat semula jadi pada jasad untuk menentang perubahan terhadap keadaan asalnya sama ada pegun atau bergerak; Inersia sesuatu jasad mempunyai hubungan yang rapat dengan jisimnya.


Aplikasi Newton's First Law di dalam aktiviti sukan olahraga ialah, sebelum memulakan larian, atlet berada di dalam keadaan static. Semasa memulakan pecutan, daya dari otot kaki akan membolehkan atlet memecut dari keadaan statik.

 


Di dalam bola sepak pula, sebiji bola akan sentiasa pegun sehingga digerakkan oleh sepakkan pemain mengikut arah lurus sehingga dipaksa menukar sifat pergerakannya oleh daya-daya persekitaran, seperti rintangan angin, geseran daripada permukaan padang dan sebagainya. Satu jumlah daya yang lebih besar diperlukan untuk mengatasi inersia serta daya rintangan dan daya geseran bagi membolehkan bola tersebut terus bergerak.





Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...