Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 10 Februari 2019

Usah panik apabila berat badan naik selepas bersenam


Berat badan naik selepas bersenam?

Saya baru mulakan senaman 3 hari untuk turunkan berat, tapi kenapa berat naik?

Anda mungkin mula bersenam dengan pelbagai sebab.

Jadi pelbagai bentuk senaman mungkin dibuat.

Tak kira apa yang memotivasikan anda, sekiranya berat naik, jangan panik.

Apabila anda melalui senaman, badan melalui beberapa perubahan dalam tempoh beberapa bulan yang awal.

Bentuk pergerakan baru ini membentuk tekanan ke atas serat otot yang mana menyebabkan pecahan-pecahan mikro kepada otot anda dan juga mungkin menyebabkan keradangan.

Anda mungkin rasa sangat sakit selepas 1 atau 2 hari.

Apabila anda dalam kesakitan, ada keradangan.

Apabila ada keradangan, badan akan menarik air untuk bantu proses pemulihan.

Keradangan semakin teruk jika anda memaksa terlalu hebat pada awal latihan.

Disebabkan itu, kebiasaan anda dinasihatkan untuk tidak memaksa badan hari pertama anda bersenam.

Lakukannya secara progressif.

Berat yang naik disebabkan keradangan bersifat sementara.

Tak perlu risau.

Tak perlu bawa penimbang ke mana-mana untuk timbang setiap masa.

Kedua, peningkatan stor simpanan glikogen dalam otot juga boleh meningkatkan berat.

Apabila anda bersenam secara konsistan, badan anda boleh menyimpan lebih banyak gula dalam bentuk glikogen.

Apabila glikogen tinggi, air pun tinggi disebabkan glikogen stabil bila diikat dengan air.

Berat air ini akan berkurang selepas seketika anda dalam program senaman disebabkan badan mula memerlukan kurang glikogen daripada peringkat awal senaman.

Kemudian, lama kelamaan, anda akan menambah jumlah otot dengan syarat latihan yang betul disertakan pemakanan yang betul. 

Proses ini tidak berlaku segera. Secara purata sekitar 6 minggu.


Ketika ini, berat anda akan turun dengan baik.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...