Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Sabtu, 9 Februari 2019

Apakah kesan tidur selepas makan?


Tubuh semakin gemuk? 

Penyebabkan tubuh dehidrasi? 

Tidur selepas makan!

Adakah ianya membawa kesan sampingan? 

Jom kita bincangkan.

Persoalan pertama!

Kenapa kita rasa mengantuk apabila makan sesuatu dalam kadar yang banyak?

Sebenarnya, pada ketika itu, organ penghadaman sedang bekerja keras untuk menghadamkan makanan tersebut. 

Darah yang membawa oksigen yang mengalir ke otak akan berkurangan kerana kapisiti darah beroksigen yang dialirkan ke bahagian organ penghadaman akan ditingkatkan untuk membantu proses penghadaman. 

Oleh itu, kekurangan darah di bahagian kepala dan menyebabkan kita rasa mengantuk.

Adakah tidur selepas makan menyebabkan kita gemuk? 

Tidak semestinya. 

Paling penting adalah jumlah pengambilan kalori pada hari itu. 

Jika anda tidak ambil berlebihan, maka anda tidak akan gemuk. 

Prinsip mudah, kalori lebih rendah daripada keperluan bersamaan dengan kurus, kalori lebih tinggi daripada keperluan, bersamaan dengan gemuk.

Walaupun ia tidak menyebabkan kegemukan, tetapi ada beberapa masalah boleh berlaku. 

Ia boleh menyebabkan kondisi heartburn jadi semakin teruk jika anda baring. 

Ia boleh menyebabkan acid reflux atau gastroesophageal reflux disease. 

Ia boleh berlaku disebabkan pintu antara perut dan esofagus tidak tutup sepenuhnya.

Mengikut satu kajian, tidur selepas makan boleh meningkatkan risiko strok. 

Kajian dibuat di University of Ioannina Medical School melibatkan 500 peserta dimana 250 ada sejarah penyakit strok dan 250 lagi didiagnosis dengan acute coronary syndrome.

Hasilnya mendapati, mereka yang tunggu lebih lama selepas makan kurang berisiko kena serangan strok. 

Ada beberapa teori di atas keputusan ini. 

Ada yang kata acid reflux yang berlaku membawa ke strok. 

Satu lagi teori, perubahan paras gula, tekanan darah dan kolestrol ketika penghadaman berlaku meningkatkan risiko tersebut.

Ada yang kata, boleh berlaku dehidrasi pada tubuh dan otak. 

Air tidak diserap tetapi dibawa ke pundi kencing. 

Anda perlu tahu, bahawa saluran pemakanan berbeza dengan saluran air kencing. 

Air mesti diserap di usus untuk dibawa ke pundi kencing. 

Jika ianya tidak diserap, mustahil ianya dibawa ke pundi kencing.

Saluran pemakanan, mulut ke esofagus ke perut, ke usus kecil ke usus besar ke rectum. 

Manakala saluran air kencing dihasilkan di buah pinggang ke ureter ke pundi kencing ke urethra.

Adakah proses pencernaan terganggu disebabkan tidur? 

Jawabnya adalah tidak. 

Makanan dicerna sama ada kita bangun atau tidur, kecuali sel otak kita mula mati. 

Ada satu kumpulan otot sahaja yang kita boleh kawal melalui otak, iaitu otot rangka. 

Kita tidak boleh lakukan tekan tubi sambil tidur. 

Kita tidak boleh mengawal dua kumpulan otot yang lain itu otot kardiak (otot jantung) dan otot licin (otot-otot di organ-organ di bahagian dalaman tubuh seperti usus). 

Ia akan terus bekerja secara automatik walaupun kita sedang tidur atau koma.


Kesimpulannya, sebenarnya tiada masalah tidur selepas makan selagi mana anda tidak berada dalam kumpulan berisiko, selagi mana kalori diambil tidak berlebihan daripada keperluan.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...