Adakah nasi putih benar-benar tak
elok untuk badan kita?
Jika anda menjalani kehidupan biasa,
pergi kerja balik kerja, makan minum, tanpa aktiviti tambahan lain seperti
bersenam, ianya boleh jadi berlebihan untuk badan anda.
Jika anda gemuk, jika
anda ada masalah metabolic, makan nasi putih tiada bezanya dengan makan kek.
Akan tetapi jika anda seorang
atlet atau seorang yang terlibat dalam sukan kekuatan, buat latihan bebanan,
nasi putih antara pilihan yang baik jika dibandingkan dengan nasi perang.
Nasi
putih tiada kesan tarikan kembali seperti alergi makanan, masalah kurang
penyerapan malnutrisi dan sebagainya.
Nasi perang mengandungi phytic
acid.
Ia menghalang penyerapan sebahagian vitamin dan mineral yang kita
perlukan untuk hadamkan protein dan kanji.
Phytic acid yang tinggi akhirnya
membawa kepada kemurungan GI.
Pengambilan nasi putih tak menyebabkan masalah
perut, alergi, kembung dan kesan lain disebabkan pengambilan karbohidrat.
Ramai yang takut makan nasi putih
disebabkan takut gemuk.
Tahukah anda, kalori nasi putih dan nasi perang
sebenarnya hampir sama.
Cuma nasi perang beri rasa kekenyangan lebih lama.
Daripada segi benefit, saya lebih galakkan nasi putih melainkan anda ada
masalah diabetes @ kencing manis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan