Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 31 Mei 2018

Ujian lompat menegak (Johnson & Nelson, 1986)


 

Tujuan:                
Mengukur prestasi kuasa kaki dalam lakuan motor.

Peringkat Umur: 
Pelajar lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Labuan

Kebolehpercayaan:           
0.98 (kajian rintis 2000)

Objektiviti:           
0.96

Kesahan:              
0.85

Kawasan Ujian:  
Dinding konkrit dengan ketinggian dan keluasan yang mencukupi untuk lompatan.

Alatan: 
Pita pengukur, pita penanda dan kapur.

Prosedur: 
  1. Posisi mula, berdiri sisi selari dengan dinding.
  2. Kedua-dua belah kaki dibuka seluas bahu, jarak bahu dengan dinding membolehkan tangan diayun.
  3. Jangkauan sambil berdiri setinggi yang mungkin dan tandakan.
  4. Bengkok lutut, ayunkan tangan, lompat setinggi yang mungkin dan tandakan.
  5. Tidak dibenarkan melangkah atau berjalan semasa hendak membuat lompatan.
  6. DUA percubaan diberi, percubaan yang terbaik sahaja dikira sebagai skor ujian.
Kiraan Skor: 
  1. Ukuran dibuat dalam 0.5 sentimeter yang hampir.
  2. Ketinggian lompatan dikira berdasarkan perbezaan di antara jarak jangkauan semasa berdiri dan melompat.
  3. Percubaan terbaik dikira sebagai skor ujian.



Isnin, 28 Mei 2018

Ujian tindak balas pilihan Nelson (Nelson 1967; Johnson & Nelson 1986)

 

Tujuan:
Mengukur keupayaan bertindak dan bergerak pantas dan tepat berdasarkan rangsangan yang diberi.

Peringkat Umur: 
Pelajar lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Malaysia.

Kesahan:                              
logikal diterima (Nelson, 1967)

Kebolehpercayaan:           
0.87 (Nelson, 1967)

Objektiviti:                           
0.83 (Nelson, 1967)

Kawasan Ujian:  
Gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan yang mencukupi (sekurang-kurangnya 20 meter panjang dan 20 meter lebar).

Alatan: 
Jam randek, pita penanda dan pita pengukur.

Prosedur:
  1. Satu garisan lurus ditandakan 14 meter panjang dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kiri (7 meter) dan kanan (7 meter) serta di ditandakan satu garisan melintang di atas garisan lurus tempat subjek memulakan ujian. 
  2. Subjek berdiri menghadap penguji di tempat Yang disediakan. 
  3. Penguji memegang jam randek dan mengangkat tangan ke atas supaya mudah di lihat oleh subjek 
  4. Subjek akan bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh penguji dengan menurunkan tangan ke arah kiri atau kanan. Dalam masa yang sama penguji akan mengambil masa. 
  5. Subjek dikehendaki membuat tindak balas segera kepada isyarat tangan penguji dengan berlari sepantas yang mungkin hingga ke garisan penamat (7 meter). 
  6. Jam diberhentikan apabila subjek berjaya melintas garisan tepi yang betul, jika subjek memulakan pergerakan ke arah yang berlainan, masa akan dikira sehinggakan subjek berpatah balik dan berlari ke arah garisan tepi yang betul. 
  7. Sepuluh percubaan diberi secara rawak dengan masing-masing lima percubaan ke kanan dan ke kiri. Rehat 20 saat antara percubaan diberikan kepada subjek. 
Kiraan Skor:
  1. Masa setiap percubaan dicatatkan kepada 0.1 saat. 
  2. Purata masa (saat) keseluruhan daripada sepuluh percubaan diambil sebagai skor ujian.

Ujian lompat jauh berdiri (AAHPER, 1976)


Tujuan:
Mengukur prestasi kuasa kaki dalam lakuan motor lompatan ke hadapan.

Peringkat Umur: 
Pelajar lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Malaysia.

Kesahan:                              
0.607 (Johnson & Nelson, 1986)
                                               
Kebolehpercayaan:           
0.963 (Johnson & Nelson, 1986),

Objektiviti:                           
0.96 (Johnson & Nelson, 1986)
                                               
Kawasan Ujian:  
Gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan yang mencukupi (sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar).

Alatan: 
Pita pengukur, pita penanda dan kapur penanda.

Prosedur:
  1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan. 
  2. Persediaan melompat; subjek mengayunkan kedua-dua belah tangan ke belakang dan lutut di bengkok. 
  3. Melakukan lompatan dengan mengayunkan kedua-dua belah tangan ke depan dan lutut diluruskan. Lompat ke hadapan seberapa jauh yang mungkin dan mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki. 
  4. DUA percubaan diberi, lompatan paling jauh adalah dikira sebagai skor ujian.

Kiraan Skor:
  1. Ukuran dibuat dari garisan permulaan kepada mana-mana bahagian anggota badan yang mendarat paling hampir dengan garisan permulaan. 
  2. Ukuran dalam kiraan sentimeter yang terhampir.


Ahad, 27 Mei 2018

Ujian melontar bola keranjang (Harris, Jones, & Buis, 1983)




TUJUAN: 
Mengukur prestasi koordinasi lengan dan pergelangan bahu.

PERINGKAT UMUR:               
Pelajar lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Malaysia.

KESAHAN:             
0.79 (Scott, 1943)

KEBOLEHPERCAYAAN:         
0.89 (Scott, 1943)

OBJEKTIF:                          
Tidak dilaporkan

KAWASAN UJIAN: 
Padang permainan bola sepak yang mempunyai keluasan 10 meter (lebar) x 50 meter (panjang). Jarak dari garisan permulaan balingan ditandakan setiap 3 meter.

ALATAN:  
Jam randek, bola keranjang, pita pengukur dan pita penanda.

PROSEDUR:
  1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.
  2. Subjek dikehendaki membuat balingan sejauh yang mungkin dari kedudukan berdiri tanpa melompat.
  3. Subjek dibenarkan menggunakan kedua-dua belah tangan dan membuat balingan dari atas bahu dengan tidak memijak garisan balingan semasa membuat balingan.
  4. Arahan `sedia’ dan `mula’ diberikan kepada subjek untuk melakukan ujian. 
  5. DUA percubaan diberikan kepada subjek.

KIRAAN SKOR: 
  1. Skor dikira dalam unit meter yang hampir berdasarkan jarak dari garisan permulaan kepada tempat jatuh bola keranjang yang dibaling. 
  2. Percubaan yang terbaik daripada dua percubaan yang diberi direkodkan sebagai skor ujian.


Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...