Aktiviti rengangan merupakan
komponen yang amat penting dalam aktiviti memanaskan badan. Oleh itu aktiviyi
rengangan perlu dilakukan mengikut prosedur – prosedur yang betul dan tersusun
agar ianya tidak mendatangkan kecederaan kepada tulang, otot, tendon, ligamen
dan sendi. Setiap pergerakan rengangan melibatkan aksi sendi, jenis-jenis
sendi, jenis-jenis tulang dan otot-otot tertentu.
Rengangan adalah aktiviti
memanjangkan serat otot dan otot dalam tempoh dan waktu tertentu. Bagi laman
web kecergasan pula mentafsirkan ia sebagai suatu jenis senaan fizikal yang
melibatkan sesuatu otot atau kumpulan otot yang memanjang untuk meningkatkan
atau memperbaiki tahap elastik otot serta mengukuhkan keselesaan otot. Oleh
itu, aktiviti rengangan amat penting sebelum kita melakukan aktiviti senaman.
Rengangan hendaklah dilakukan dengan cara yang betul bagi mengelakkan
kecederaan berlaku.
Otot boleh diregang dengan
sempurna jika kita memberi perhatian kepada beberapa perkara seperti berikut :
(i) Regangan Senang dan Regangan
Membangun
Pelaku mula dengan regangan
senang iaitu meregang dengan keadaan tidak tegang sehingga tahap terasa tekanan
pada otot. Keadaan tersebut dikekalkan selama 10-30 saat. Pelaku kemudiannya
melakukan regangan membangun (developmental stretch) dengan mengulangi regangan
sehingga mencapai tahap tekanan pada otot yang lebih tinggi serta mencapai
beberapa sentimeter lebih jauh dari jarak yang dicapai sebelum ini. Regangan
akan dilakukan selama 10 – 30 saat.
(ii) Pernafasan
Pernafasan pelaku tidak diganggu
semasa melakukan aktiviti regangan. Pelaku perlu terus bernafas, mengawal
pernafasan supaya mengikut ritma semulajadi. Semasa membongkok, nafas
dihembuskan perlahan-lahan sehingga ke tahap regangan optima. Kekalkan pada
tahap itu dan bernafas perlahan-lahan sebelumnya. Dalam apa keadaan sekalipun,
pernafasan tidak harus dihentikan kerana ini akan menyebabkan peningkatan
tekanan dalam paru-paru dan keadaan ini sangat membahayakan.
(iii) Pengiraan tempoh rengang
Semasa mengira tempoh rengang,
pelaku seharusnya mengira dalam ritma saat untuk mendapatkan kesan yang baik.
(vi) Kedudukan asal tubuh badan
Kedudukan asal tubuh badan perlu
diawasi sebelum membuat aktiviti regangan. Ini membantu untuk mendapat kesan
regangan yang baik dan tambahan pula, ia boleh mencegah kecederaan daripada
pelaku.
(v) Regangan kumpulan otot utama
Sebelum melakukan aktiviti
regangan, perancangan perlu dibuat supaya otot-otot utama diregang dahulu.
Selepas itu, bolehlah kita melakukan regangan khusus mengikut acara olahraga
berkenaan.
Contoh Aktiviti Regangan
Setiap aktiviti regangan
hendaklah dilakukan selama 10-20 saat dan aktiviti berkenaan hendaklah diulang
selama 20-30 saat. Contoh aktiviti regangan yang boleh dilakukan :
- Regangan 1 : Otot bahagian tapak kaki (ekstensor)
- Regangan 2 : Otot tapak kaki (fleksor)
- Regangan 3 : Otot bahagian bawah kaki belakang (betis dan otot soleus)
- Regangan 4 : Otot bahagian hadapan betis (tibialis anterior)
- Regangan 5 : Pergelangan kaki dan kuadrisep
- Regangan 6 : Tendon archilles
- Regangan 7 : Aduktor paha
- Regangan 8 : Otot belakang
- Regangan 9 : Hamstring dan otot sisi badan
- Regangan 10 : Otot bahagian dalam lengan dan pergelangan tangan
- Regangan 11 : Otot bahagian luar lengan , buku dan sisi
- Regangan 12 : Otot di bahu (bahagian tengah, atas, belakang) dan otot di lengan
- Regangan 13 : Otot sisi leher
Panduan
- Asas regangan adalah sama tanpa mengira umur dan tahap kelembutan.
- Regangan yang sempurna bermakna anda tidak melakukannya melebihi tahap kemampuan sendiri. Regangkan anggota badan anda tanpa paksaan.
- Melonggarkan sendi dan otot-otot yang tegang memakan masa, tetapi ia boleh dicapai sedikit demi sedikit.
- Sebarang keraguan hendaklah merujuk kepada doktor pakar anda sebelum memulakan aktiviti fizikal.
REGANGAN
|
CARA-CARA
|
KESAN
|
Berjalan
setempat
|
Kaki terangkat dari lantai.
Tangan lengan cergas.
|
Meningkatkan peredaran darah keseluruh badan
|
Lari
setempat
|
Angkat lutut dan ayunkan tangan.
|
Menggalakkan peredaran darah.
|
Jogging
di sekeliling dewan sambil melonggarkan sendi bahu, lengan dan leher.
|
Berlari anak (jogging) sambil mengerakkan anggota
bahu, lengan dan leher.
|
Menggalakkan perederan darah, kelonggaran sendi dan
otot.
|
Lompat
selang seli kiri dan kanan
|
Ayunkan tangan dengan rancak.
|
Menggalakkan peredaran darah serta
kelonggaran sendi dan otot.
|
Lompat
anak setempat
|
Sambil mengangkat kaki kiri dan kanan berselang
seli.
|
Kelonggaran dan kelembutan sendi dan otot kaki.
|
Berdiri
setempat
|
Ayunkan tangan ke depan dan kebelakang sisi.
|
Kelonggaran dan kelembutan sendi serta otot tangan
dan bahu.
|
Trunk
twister
|
Mernggangkan otot-otot bahu dan belakang.
|
Menguatkan otot-otot pinggang
|
Duduk
dan berdiri (5x)
|
Berdiri tegak, bengkokkan lutut, tangan mencecah
lantai dan bangun semula.
|
Menggalakkan peredaran darah
|
Regang
leher
|
|
Kelembutan dan kelonggaran sendi leher.
|
Rengang
leher
|
Buat separuh bulatan dengan kepala dari kiri ke
atas, ke kanan ke bawah dan ke kiri. Buat tiga bulatan dan tukar arah.
|
Untuk kelembutan dan kelonggaran otot-otot dan
sendi di leher.
|
Regang
selangka
|
Angkat bahu sehingga mencecah telinga. Turunkan bahu
ke bawah.
Bengkokkan siku, buat bulatan supaya sendi
bergerak.
|
Sendi otot lingkungan selangka dikendurkan.
|
Regang
bahu
|
Tangan dibengkokkan ke depan dada.
Tolak siku ke dalam dengan sebelah tangan lain berselang. Tangan capai tulang
belakang. Tarik siku dengan tangan bebas. Tukar tangan.
|
Mengendurkan otot-otot bahu. Melonggarkan sendi.
|
Angkat
tangan ke belakang (3x)
|
Cangkukkan jari-jari tangan ke belakang. Angkat
tangan perlahan-lahan setinggi yang bole, kemudian turun dan ulang.
|
Mengendurkan otot-otot bahu depan.
|
Regang
badan (2x)
|
Angkat tangan kanan lurus. Lengan cecah telinga.
Tarik tangan kanan ke kiri sambil bengkokkan badan. Tukar tangan dan ulang.
|
Mengendurkan otot-otot sisi kiri dan kanan
|
Regangan
depan
|
Meregangkan otot-otot paha, bahagian depan dan
bahagian bawah.
|
Menguatkan otot-otot paha dan pinggang.
|
Kilas
badan (2x)
|
Berdiri dengan kaki terbuka. Kepala toleh ke kiri.
Capai pelipat kaki kanan dengan tangan kiri. Tukar arah dan ulangi.
|
Meregangkan otot-otot sisi supaya kendur
|
Tekan
badan ke bawah
|
Berdiri dengan kaki terbuka di dinding. Tangan
diletak ke dinding paras bahu. Tunduk ke depan dan bengkokkan di pinggang
seberapa rendah.
|
Menguatkan bahagian bahu, belakang dan betis.
|
Peluk
lutut (2x)
|
Berdiri atas sebelah kaki. Kedua belah tangan peluk
lutut sebelah lagi dan tarik ke dada. Tular dan ulangi.
|
Meregangkan otot-otot pinggang dan bahagian
belakang paha.
|
Regang
paha (2x)
|
Berdiri tegak dengan sebelah tangan menyokong ke
dinding. Tangan kiri mencapai hujung kaki kanan dari belakang. Tarik kaki ke
atas dengan membawa lutut ke belakang. Tukar kaki dan ulangi.
|
Mengendurkan otot-otot di bahagian hadapan paha.
|
Tolak
dinding (2x)
|
Menghadap dinding, letakkan tangan ke dinding sama
dengan paras bahu. Satu kaki ke depan, satu kaki ke belakang. Bengkok siku
perlahan-lahan sambil membawa badan ke depan. Tukar kaki dan ulangi.
|
Mengendurkan otot-otot betis
|
Sandaran
dinding
|
Kedua-dua tangan ke dinding. Lunjurkan sebelah kaki
ke belakang dan sebelah lagi di hadapan.
|
Menguatkan otot-otot betis
|
“Lunge”
|
Meregangkan otot-otot betis.
|
Menguatkan otot gastrok dan hamstring.
|
Regangan
“groin”
|
Meregangkan otot-otot paha bahagian dalam dan
belakang serta bahagian bawah
|
Menguatkan otot depan dan belakang paha
|
Perut
ke paha
|
Regangkan otot-otot paha bahagian belakang dan
bahagian betis.
|
Menguatkan otot di bahagian paha.
|
Bengkok
lutut (3x)
|
Berdiri tegak, perlahan-lahan bengkokkan lutut
hingga 2/3 dan bertahan selama 10 saat. Ulang 3x.
|
Mengendurkan otot-otot betis.
|
Tolak
bumbung (3x)
|
Berdiri tegak dan tangan jalin jari diatas kepala.
Tolak ke atas hingga sampai ke bumbung. Tahan selama 10 saat. Ulang sebanyak
tiga kali.
|
Meregangkan otot-otot seluruh badan.
|
Rehatkan
diri
|
Berdiri selesa sambil tarik nafas, angkat tangan ke
sisi dan ke atas. Hembuskan nafas perlahan-lahan dan habis-habisan.
|
Melegakan diri.
|
Baring
dan angkat punggung
|
Meregangkan otot-otot punggung.
|
Menguatkan otot-otot spinal, abdomen dan glatius.
|
Regangan
“low back”
|
Meregangkan otot-otot pinggul dan
belakang bahagian bawah.
|
Menguatkan otot-otot belakang dan
pinggul.
|
Regangan
kucing
|
Meregangkan otot-otot perut.
|
Menguatkan otot-otot belakang dan
abdomen
|
Regangan
tunduk
|
Meregangkan otot-otot dada dan bahu.
|
Meregangkan otot belakang, bahu dan abdomen.
|
Regangan
“graviti”
|
Meregangkan otot-otot bahu, tulang rangka dan tepi
belakang bahagian atas.
|
Menguatkan otot bahagian dada, lengan, bahu,
abdomen dan belakang.
|
- Sendi bergerak dengan lancar tanpa rintangan
- Mengurangkan / mengelakkan penyakit otot rangka/muscular skeletal.
- Mengelakkan kecederaan pada otot, tendon dan ligamen.
- Mempercepatkan peredaran darah.
- Melancarkan pergerakan maksima.
- Mempercepatkan proses perkumuhan – supaya tidak merasa kesakitan / ketegangan otot.
- Merehatkan otot-otot yang tegang hasil dari aktiviti yang dilakukan.
- Mengelakkan pengumpulan darah di bahagian tertentu.
- Mengekalkan kelenturan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan