Faktor utama proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan
sebagai alat mensosialisasikan individu terbabit.
Elemen-elemen yang terdapat
dalam peraturan sukan seperti sikap bekerjasama, berdisiplin, saling
menghormati di antara individu serta mematuhi undang-undang dan peraturan dapat
membantu untuk pembentukan sifat peribadi individu itu sendiri.
Melalui sukan
sikap individu dapat di bentuk dengan menunjukkan sikap yang baik, nilai-nilai
murni, tingkahlaku yang terpuji dan kepimpinan individu terserlah.
Melalui
sukan juga perwatakan individu boleh berubah misalnya, jika dahulu seorang
individu itu pendiam maka dengan mengikuti aktiviti sukan individu tersebut
bertukar menjadi orang yang agresif.
Tindakan agresif ini dapat dilihat dalam
sukan ragbi dan gusti.
Di samping itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan
sebagai alat untuk mengintegrasikan atlit-atlit atau ahli-ahli.
Dalam pasukan
tersebut akan terbentuk sikap saling membantu dan sentiasa memastikan pasukan
menang dalam pertandingan sukan dengan mengamalkan sikap saling membantu.
Sikap
ini akan mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli pasukan.
Selain itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan
tersebut berunsurkan motivasi kejayaan.
Pasukan atau individu akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan.
Motivasi yang
diterima sama ada berbentuk motivasi intrinsik atau pun motivasi ekstrinsik.
Melalui motivasi dalam aktiviti sukan tersebut individu atau kumpulan pasukan
akan bersama-sama untuk mengharumkan nama negara dan
keluarga.
Semangat ini didapati berkesan untuk mendorong atlet mencapai
kejayaan dalam sesuatu pertandingan. Misalnya dalam sukan badminton dan skuasy.
Seterusnya, proses sosialisasi melalui sukan juga ialah
sukan sebagai alat pertahanan diri.
Individu akan bersukan adalah untuk
mempertahankan diri sama ada untuk mempertahan diri sendiri atau organisasi
atau pun disebabkan faktor lain.
Dengan mempelajari kemahiran yang
terdapat melalui sukan tersebut maka individu tersebut berasa lebih selamat.
Misalnya individu boleh mempelajari seni mempertahankan diri dalam sukan
seperti karate do, taekwondo, menembak dan memanah.
Kesimpulannya, sosialisasi sukan melibatkan individu dan
juga agen-agen sosialisasi hasil daripada proses sosialisasi ke dalam sukan dan
proses sosialisasi melalui sukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan