Proses sosialisasi adalah ruang
untuk individu bersosial dan saling berinteraksi dengan orang lain. Melalui
proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya dan menyesuaikan diri
menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.
Proses sosialisasi ini berlaku
dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi
melalui sukan. Sosialisasi ke dalam sukan ialah individu memilih
untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta
impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen sosialisasi ini membantu
membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi.
Sosialisasi melalui sukan ialah sukan menjadi alat kepada proses
sosialisasi. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama,
toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan
membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu tersebut.
Proses sosialisasi ke dalam sukan
banyak memberi faedah dan keuntungan kepada atlet kerana sukan dapat
mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada seseorang individu. Misalnya dalam
berpakaian.
Sukan badminton adalah contoh yang jelas proses sosialisasi ke
dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian pemain yang ditaja oleh Yonex. Maka
dengan role model seperti Lee Chong Wei yang memakai pakaian tersebut, orang
ramai yang meminatinya dan meminati sukan ini akan menggunakan jenama Yonex
sebagai lambang semangat kesukanan di dalam diri individu terbabit.
Di samping itu, ia dapat
mendisiplinkan seseorang. Di mana setiap sukan yang wujud mempunyai
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa sukan tersebut dimainkan. Dengan
wujudnya peraturan sebegini maka individu yang terlibat secara langsung ke
dalam sukan ini akan mempraktikkan sikap berdisiplin ini ke dalam diri mereka
semasa bersukan. Maka, penerapan disiplin sebegini mempengaruhi sikap individu
terbabit.
Selain itu, ia berlaku apabila
kita menerima norma-norma dalam institusi sukan tersebut. Biasanya semasa bersukan
kita akan lebih menghormati ketua pasukan. Rasa hormat yang wujud dalam diri
individu kepada ketua pasukan menyebabkan kita terikut-ikut nilai yang ada pada
dirinya. Misalnya, jika ketua pasukan kita menegah untuk tidak merokok maka
sikap merokok di depan ketua tidak akan diamalkan.
Seterusnya, proses sosialisasi ke
dalam sukan berlaku hasil daripada interaksi antara ahli pasukan dalam
institusi sukan tersebut. Penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut
saling berinteraksi dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan
melalui kebebasan bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita
tidak berpuas hati terhadap sesuatu pentadbiran persatuan kita boleh
mengemukakan idea tanpa rasa bersalah.
Ia juga berlaku berdasarkan pembentukan
atlet dalam acara yang dipertandingkan. Atlet yang dipilih untuk bertanding
dalam sesuatu acara akan dipilih berdasarkan kemahiran dan sifat fizikal yang
dimiliki. Misalnya, orang yang tinggi dan kurus cenderung terlibat dengan
lompat jauh, bola tampar manakala bagi orang gemuk pula cenderung kepada acara
sukan seperti lontar peluru dan bagi orang yang berotot cenderung kepada bole
sepak, lari pecut.
Kesimpulannya, proses sosialisasi
ke dalam sukan banyak memberi faedah dan keuntungan kepada atlet dan pasukan
supaya lebih berdisiplin serta bekerjasama. Individu-individu lain yang
menjadikan atlet sebagai role model dengan mempraktikkan nilai-nilai dan
norma-norma yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan