Strok Haba atau Heat Stroke berlaku apabila system tubuh tidak dapat
mengawal suhu secara normal.
Tubuh akan mengalami kenaikan
suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh.
Suhu tubuh yang mengalami strok
haba selalunya meningkat sehingga 41˚C atau lebih dalam masa 10 minit hingga 15
minit.
Strok haba, jika tidak dapat dikawal boleh mengakibatkan kegagalan sistem tubuh berfungsi dan seterusnya
mengakibatkan hilang keupayaan kekal dan kematian.
Simptom
- Kerap sakit kepala
- Mudah hilang fokus
- Lidah membengkak
- Suhu tubuh melebihi 39˚C
- Kadar denyutan nadi laju
- Kulit kering dan kemerah-merahan
- Tubuh tidak berpeluh
- Tubuh lesu dan kerap mengalami pitam-pitam atau pengsan
- Tekanan darah menjdi perlahan
Cara rawat mangsa Strok Haba
- Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami Strok Haba
- Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
- Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
- Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
- Mangsa ditempatkan di bawah kipas
- Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
- Rendam mangsa di dalam kolam air
- Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui intravenous drip.
- Bawa ke klinik atau hospital berdekatan
Cara pencegahan Strok Haba
- Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
- Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
- Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
- Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
- Elakkan berjalan atau lakukan
aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan