Epal
Epal kaya akan pectin, sejenis serat yang mengikat kolesterol dan metal berat
dalam tubuh. Dengan begitu, epal akan membantu menghilangkan racun yang
berkumpul dalam darah dan tubuh serta membersihkan sistem pencernaan.
Avocado
Avocado adalah makanan pembersihan yang kaya nutrisi dan rendah kolesterol.
Avocado akan membesarkan saluran darah sementara menghilangkan racun yang
boleh menyumbat arteri. Avokado mengandungi nutrisi yang disebut dengan
glutathione. Zat ini boleh menghilangkan sekurang-kurangnya 30 bahan karsinogen
yang berbahaya. Dengan begitu, buah ini secara tak langsung juga membantu membersihkan
dan menghilangkan racun dari hati.
Ubi bit
Bit juga dikenali sebagai makanan yang boleh membersihkan darah. Tak hanya itu,
bit juga diketahui boleh membersihkan hati dari bahan-bahan toksik.
Blueberry
Blueberry adalah salah satu makanan yang memiliki kekuatan penyembuhan.
Blueberry juga mengandung aspirin yang membantu mengurangi kerosakan pada
jaringan. Blueberry boleh menghilangkan zat beracun serta bakteria dalam darah
serta saluran kencing. Tak hanya itu, blueberry juga baik untuk mencegah
infeksi.
Kobis mengandungi zat anti-kanser dan antioksidan yang boleh membantu hati
memecah hormon berlebihan. Kobis juga baik untuk membersihkan darah dan sistem
pencernaan, serta meneutralkan beberapa zat berbahaya yang boleh ditemui dalam
merokok atau asap rokok.
Tak hanya membersihkan darah dari bahan toksik, cranberry juga mampu
membersihkan tubuh dari bakteria dan virus berbahaya. Manfaat lain cranberry
adalah boleh membersihkan saluran kencing dan mencegah terjadinya jangkitan.
Hal ini kerana cranberry mengandungi antibiotik dan zat antivirus
Bawang putih
Makan bawang putih boleh membersihkan bakteria, virus, dan bahan-bahan toksik
dari tubuh, terutama pada usus dan darah. Bawang putih mengandungi bahan
anti-kanser dan bahan antioksida yang boleh membantu menghilangkan zat-zat
beracun dalam tubuh.
Grapefruit
Buah grapefruit mengandung serat yang boleh mengikat kolesterol dan
membersihkan darah. serat pectin yang ada di dalamnya juga mengikat zat metal
berat dan membantu tubuh mengeluarkan zat-zat berbahaya tersebut.
Kunyit
Rempah yang satu ini memang sudah diketahui banyak mempunyai kegunaan. Kunyit
sudah digunakan sejak zaman kuno untuk rawatan. Salah satu kegunaan kunyit
adalah membersihkan darah dari bahan-bahan toksik dan berbahaya. Kunyit juga
secara semula jadi mempunyai bahan anti-racun yang boleh membersihkan aliran
darah.
Teh
Teh juga diketahui boleh membersihkan darah dan mengeluarkan toksik dari dalam tubuh. Beberapa jenis teh yang diketahui boleh membersihkan darah
adalah teh halia, teh dandelion, dan teh peppermint. Teh hijau juga boleh
digunakan untuk membantu membersihkan darah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan