Tahukah anda pengambilan pil tambahan Vitamin D dapat
mengurangkan tekanan darah dan merangsangkan kecergasan.
Menurut kajian penyelidik, kira-kira 10 juta penduduk di
England kurang pengambilan bekalan makanan tambahan ini dan umpamanya, mereka
yang mengambilnya boleh mengayuh basikal dengan tenaga yang minimum.
Kajian mendapati pengambilan Vitamin D secara berterusan
akan dapat mengurangkan tekanan darah rendah dan meningkatkan prestasi senaman
individu yang kerap mengambilnya sebagai makanan tambahan.
Penyelidik dari Universiti Queen Margaret di Edinburgh, Dr
Raquel Revuelta Iniesta berkata “ Kajian utama kami mencadangkan bahawa
pengambilan makanan tambahan Vitamin D mampu meningkatkan tahap kecergasan dan
mengurangkan faktor risiko kardiovaskular seperti tekanan darah.”
Walaupun aktiviti berbasikal lebih 30 peratus daripada
peserta diberikan plasebo tidak aktif, mereka menunjukkan petanda yang lebih
rendah daripada melakukan senaman.
Tahap tekanan hormon kortisol juga rendah di dalam air
kencing mereka yang mengambil vitamin dengan diberikan dos harian sebanyak 50
mikrogram
Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa Vitamin D dapat
menghalang tindakan enzim yang diperlukan untuk membuat kortisol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan