5 asas skil akhtiar hidup:
- Api
- Perlindungan
- Isyarat
- Makanan dan air
- Pertolongan cemas
Satu daripada elimen terpenting dalam ikhtiar hidup
(survival) ialah yang terletak diantara dua telingan anda, iaitu otak. JANGAN
PANIK, gunakan akal dan anda haruslah berlatih menggunakan 5 elimen asas
sebelum anda terpaksa bergantung dengannya.
boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi
isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu
menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian.
Setiap
mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai
pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan,
satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan.
Beberapa tompokan unggun
api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun
api yang besar.
Cari dan kumpulkan kayu api untuk diganakan pada sebelah malam
dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda
memerlukannya kemudian.
Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat "star
fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api,
cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi.
Buat pembalik haba dengan
membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding
seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya
anda dapat menerima pemanasan dari belakang.
Bermaksud anda melindungi diri anda daripada terdedah kepada
pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang
boleh menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh menjadi musuh anda.
Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan
yang sesuai. Sentiasa memakai topi.
Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian
yang terdekat dengan badan anda sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan
kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal.
Jangan membazirkan tenaga
untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya
(seprti gua dll.).
Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang
mudah sekiranya anda tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu
untuk membuat tapak perkhemahan sendiri.
Gunakan "SPACE BLANKET"
ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup
tempat perlindungan anda ataupun digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk
mencangkung (squat position) untuk memberi konsentrasi haba didalam badan.
- Isyarat
menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik
perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna
cerah, bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui. Tiga
tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam kesusahan.
Kawal pembakaran anda daripada merebak dan merosakkan persekitaran.
Gunakan
Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda terlihat kapalterbang, atau orang
pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE
light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin
berada dikawasan tersebut.
Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap
/ getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan
yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau
pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan
tanah.
Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter
sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.
- Makanan/Air
berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal
perpeluhan anda bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh anda digalakkan
untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Anda boleh
hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air.
JANGAN memakan tumbuhan yang
anda tidak pasti. Jangan sesekali anda meminum urin (cecair dari tubuh spt.
peluh / kencing). Anda seharusnya membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan
bahawa anda akan memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang
perjalanan anda.
Bawa makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa
tinggi (coklat, gula-gula) didalam poket anda pada setiap masa, untuk kegunaan
ketika perlu.
Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh
memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air
menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada
air minuman anda.
Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru
hendak mencari air. Simpan air anda didalam bekas minuman. Jangan memakan
mana-mana buah-buahan liar jika anda tidak pasti.
Anda boleh mengumpulkan air
hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju hujan anda dengan
menadahkannya diatas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.
- Pertolongan Cemas
bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga
merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup.
JANGAN PANIK, sentaias tenang dan
lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri
sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir), Observe (tinjau),
dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah
tersesat atau terkandas.
Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini
hanyalah petunjuk kecemasan yang asas. Periksa segala keperluan sebelum
mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan
kit kecemasan peribadi yang kecil dan bawalah ia bersama setiap masa.
Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka
kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi.
Pastikan anda tahu apa yang
anda ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa
hanya barang yang difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang
tersayang dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan anda supaya
bertenang dan berusaha untuk terus hidup.
Elakkan "hypothermia"
dengan memanaskan badan anda dengan baju panas atau
"space blanket".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan