Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan ahli
keluarga dipenuhi adalah dengan mengambil pelbagai jenis makanan dan
mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu :
Makan bijirin dan kekacang secukupnya
-
Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat
terutamanya bijirin atau hasil bijirin mil penuh. Contoh bijirin dan hasil
bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun.
-
Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ianya juga kaya dengan protin dan
mempunyai kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya,
kacang pis dan kacang dhal.
|
Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan
membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat
besi dan kalsium yang kesemuanya penting untuk kesihatan.
Sayur-sayuran dan
buah-buahan juga kaya dengan serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan
serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis dan dapat membantu
mencegah penyakit sembelit yang kronik, buasir dan penyakit usus
(diverticular diseases).
Serat juga dapat membantu mengurangkan risiko
penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.
|
Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
|
Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap
vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan
makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan.
Lemak yang berlebihan daripada
makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak
badan ini akan menyebabkan berat badan anda bertambah.
Lemak yang berlebihan
meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan
masalah-masalah kesihatan yang lain.
|
Kurangkan pengambilan garam dan gula
Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan
gula dan lebihkan makanan segar.
Jika menggunakan kicap atau sebarang sos,
garam tidak perlu ditambah di dalam masakan. Rasalah makanan terlebih dahulu
sebelum menambah garam.
Kurangkan juga penggunaan gula dalam penyediaan
minuman dan kuih muih.
|
Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air
sehari
Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan
dan mengeluarkan bahan sisa dari badan.
Air diperlukan untuk menggantikan
cecair tubuh yang hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam
aktiviti fizikal.
Minumlah air sebanyak enam hingga lapan gelas sehari.
Dalam
keadaan-keadaan tertentu seperti bekerja di dalam bilik berhawa dingin,
minumlah air dengan banyak walaupun tidak merasa dahaga.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan