Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 13 April 2014

Grip Guide - Tennis



Fluid, powerful, and accurate strokes are the combination of many factors. But it all starts with how you hold the racquet.

ORIENTEERING : Pengenalan


PENGENALAN
            Orienteering merupakan sejenis sukan rekreasi di mana peserta akan menggunakan pengiraan yang tepat dan panduan-panduan di atas peta dengan bantuan kompas untuk mengesan sesuatu kedudukan. Peserta adalah bebas untuk memilih laluannya sendiri dengan berpandukan peta dan kompas.

            Orienteering juga yang memerlukan peserta untuk mengemudi dirinya sendiri, berjalan atau berlari semasa mengesan sesuatu kedudukan. Selain itu, peserta juga harus dapat berfikir dengan pantas semasa melakukan aktiviti orienteering ini.

Orienteering merupakan sukan yang mana memerlukan anda berfikir sambil berlari. Walau bagaimanapun anda tidak boleh mengambil masa yang lama untuk berfikir bagi mengatasi masalah pergerakan anda.

Orienteering bukanlah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan fizikal seperti aktiviti larian yang lain. Kemahiran membaca peta merupakan elemen yang penting di dalam orienteering memandangkan anda perlu menentukan laluan yang terbaik. 

Aktiviti ini merupakan sesuatu yang memerlukan imbangan fizikal dan mental yang baik terhadap laluannya dengan mudah dapat ditewaskan oleh seseorang peserta yang perlahan lariannya tetapi memberikan tumpuan yang lebih kepada pembacaan peta dan pemilihan laluan.

JENIS-JENIS ORIENTEERING
Terdapat beberapa jenis aktiviti dalam Orienteering :-
1.      Orienteering Merentas Desa (Cross Conutry Orienteering)
Orienteering Merentas Desa ini juga dikenali sebagai Acara Klasik. Di dalam acara ini, peserta dimestikan melawat kesemua titik kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan.

2.      . Orienteeing Bermarkah (Score Orienteering)
Dalam Orienteering jenis ini, banyak titik kawalan yang disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang tertentu berghantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Matlamat Orienteering Bermarkah adalah untuk mengumpul mata yang terbanyak dengan melawati seberapa banyak titik kawalan dalam tempoh masa yang ditetapkan

3.       Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Walaupun dikenali sebagai Orienteering Jalanraya tetapi aktiviti ini tidak dijalankan di jalanraya yang sibuk. Acara ini dijalankan di kawasan perumahan. Penanda kawalan tidak digunakan sebaliknya peserta perlu mencatiti butiran atau maklumat yang terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili bomba dan sebagainya.

4.       Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering ini dijalankan di kawasan berbukit-bukau di samping jarak yang agak jauh. Acara ini juga boleh dijalankan melebihi dari satu hari dan peserta dikehendaki membawa bersama-sama peralatan bermalam.

5.       Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Malam dijalankan di kawasan yang terbuka seperti di taman-taman tasik dengan jarak yang agak pendek demi keselamatan para peserta serta masa yang terhad. Peserta perlu membawa lampu untuk membaca peta dan mencari penanda kawalan.

6.       Orientering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Acara Orienteering Berganti-ganti ini dijalankan secara berpasukan 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam kumpulan akan menamatkan landasan sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta dalam pasukan akan melalui landasan yang berbeza.
  
7.       Norweigian Event
Acara Norwegian adalah satu acara yang diguanakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang dalan kawasan yang kecil atau sempit.. Apabila tiba di titik kawalan pertama, peserta akan menyalin kedudukan titik kawalan yang kedua pula dari satu peta yang disediakan. Proses ini akan berterusan sehingga peserta tiba di tiik penamat.

PERALATAN-PERALATAN ORIENTEERING
Antara peralatan-peralatan yang diperlukan bagi aktiviti orienteering adalah:
-          Kompas orienteering/primastik
-          Peta
-          Parang
-          Peralatan pertolongan cemas
-          Botol air
-          Kasut yang sesuai
-          Wisel (bagi setiap peserta)
-          Alat tulis dan buku nota kecil
-          Pakaian yang sesuai

Matlamat Orienteering
-          Mendedahkan peserta tentang alam semula jadi.
-          Membolehkan mereka memperolehi pengalaman, pengetahuan dan keseronokan.

Objektif Orienteering
-     Membina sikap kerjasama, kepimpinan dan kecekapan berfikir dalam setiap peserta.
-     Memperolehi pengetahuan membaca peta dan kompas.
-     Untuk menguji tahap kemahiran berfikir peserta.
-      Membina dan meningkatkan kecergasan mental, fizikal dan daya tumpuan.
-       Membina keyakinan diri dan sikap positif.
-       Memupuk sikap keberanian dan ketenangan di dalam keadaan cemas.

Lokasi Aktiviti Orienteering
Aktiviti orienteering lazimnya dibuat di kawasan hutan yang dapat membolehkan pesertanya untuk berlari dan hutan tebal bagi aktiviti seperti latihan pandu arah. Di negara kita, kawasan atau lokasi yang sesuai untuk menjalankan aktiviti orienteering adalah di kawasan seperti ladang kelapa sawit dan ladang getah. Kawasan-kawasan membolehkan peserta berlari dengan baik serta memberi anda pelbagai pilihan laluan. Taman-taman rekreasi yang terbuka seperti taman tasik terbuka juga sesuai terutamanya bagi mereka yang baru untuk mencuba sukan orienteering.

Cabaran-cabaran Orienteering
Cabaran-cabaran dalam aktiviti orienteering ini merangkumi cabaran fizikal dan mental.
-    Cabaran fizikal. Dalam aktiviti ini, peserta memerlukan keseimbangan dan kekuatan fizikal baik, kerana peserta akan menempuh pelbagai bentuk muka bumi semasa menjalankan aktiviti orienteering ini.

-  Cabaran mental. Peserta haruslah tenang dan dapat berfikir dengan cepat dan rasional semasa menghadapi keadaan-keadaan cemas. Di samping itu, peserta juga haruslah dapat emosi mereka sepanjang menjalani aktiviti ini.


Contoh Kertas Kerja KAKOM 2013


KERTAS KERJA KONTINJEN KAKOM KOLEJ MATRIKULASI LABUAN 2013
DI KOLEJ MATRIKULASI PERAK

1.      PENDAHULUAN
Karnival Kokurikulum Kolej-Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, kali yang ke-13 akan diadakan di Kolej Matrikulasi Perak. Karnival ini akan disertai oleh 14 buah Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah Kolej Mara di mana akan dibahagikan kepada 3 zon (utara, tengah dan selatan). Terdapat 9 acara yang akan dipertandingkan bagi sukan dan permainan manakala olahraga serta boling akan dipertandingkan pada tarikh yang berlainan. Kolej Matrikulasi Labuan akan menyertai karnival tersebut untuk semua acara seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk.

2.      MATLAMAT
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menyertai aktiviti Kokurikulum dalam usaha melahirkan golongan pelajar yang aktif dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelaksanaannya memerlukan para pelajar memberi tumpuan dan agihan masa seimbang antara akademik dan kokurikulum. Bertitik tolak dari sini diharapkan pelajar mengasah bakat dan matang dalam pemikiran dan bijak membuat sesuatu keputusan . Apabila elemen ini sudah sebati dalam diri pelajar maka semakin mudah visi dan misi kolej direalisasikan.

3.      OBJEKTIF
3.1.       Mewujudkan daya saing yang sihat di kalangan pelajar Program Matrikulasi di seluruh negara
3.2.        Mengeratkan perhubungan di kalangan pelajar Program Matrikulasi dan juga  kolej MARA
3.3.  Melahirkan golongan yang dapat menerapkan pelbagai aspek nilai-nilai murni melalui pertandingan kokurikulum yang sihat
3.4.         Berpeluang melihat kemudahan dan lokasi kolej matrikulasi yang lain

4.      KUMPULAN SASARAN
Sukan dan Permainan
4.1.            Pelajar                              : 125 orang
4.2.            Pegawai                            : 36 orang

Olahraga dan Boling
4.3.            Pelajar                              : 48 orang
4.4.            Pegawai                            : 19 orang


5.      PELAKSANAAN
Sukan dan Permainan
5.1.            Tarikh                              : 6 – 8 September 2013
5.2.            Tempat                             : Kolej Matrikulasi Perak
5.3.            Tarikh Pergi                    : 5 September 2013
5.4.            Tarikh Balik                    : 9 September 2013

Olahraga dan Boling
5.5.            Tarikh                              : 27 – 30 September 2013
5.6.            Tempat                             : Kolej Matrikulasi Johor
5.7.            Tarikh Pergi                    : 26 September 2013
5.8.            Tarikh Balik                    : 1 Oktober 2013

6.      YURAN
6.1.            Penyertaan
a)      Kolej Matrikulasi        : RM   2 650.00
b)      Kolej Mara                  : RM   5 000.00

6.2.            Penginapan
a)      Penginapan pelajar di asrama
·         Bayaran RM 15.00 seorang
·         Satu bilik empat orang (tiada cadar dan sarung bantal)
·         Bilik air berkongsi
·         Tiada wang cagaran, tetapi sekiranya kunci hilang, denda akan dikenakan RM 5.00 bagi sebatang kunci


b)      Penginapan pegawai di asrama
·         RM 50.00 seorang
·         Satu bilik empat orang (cadar dan sarung bantal disediakan)
·         Bilik air berkongsi
·         Semua pegawai diwajibkan tinggal di perkampungan sukan.

c)      Penginapan Pegawai/Pengurusan di hotel
·         Semua Pengarah Kolej akan menginap di hotel
·         Timbalan Pengarah/Ketua Jabatan yang datang untuk tujuan majlis perasmian pembukaan dan penutup akan menginap di hotel (pada hari berkenaan sahaja)
·         Kadar hotel/resort (kadar hotel/resort akan dimaklumkan)
·         Cadangan Hotel/resort yang berdekatan dengan KMK

6.3.            Yuran Pendaftaran Permainan
a)      Bola Sepak                                          RM    400.00
b)      Bola Jaring                                          RM    400.00
c)      Tenis (L)                                              RM    200.00
d)     Tenis (W)                                            RM    200.00
e)      Sepak Takraw (Regu)                         RM    300.00
f)       Ragbi                                                   RM    400.00
g)      Bola Keranjang (L)                             RM    400.00
h)      Bola Keranjang (W)                            RM    400.00
i)        Badminton (L)                                                RM    200.00
j)        Badminton (W)                                   RM    200.00
k)      Bola Tampar (L)                                  RM    400.00
l)        Bola Tampar (W)                                RM    400.00
m)    Skuasy (L)                                           RM    200.00
n)      Skuasy (W)                                         RM    200.00
o)      Olahraga                                              RM    400.00
p)      Nyanyian  Kontemporari                    RM    250.00
q)      Nyanyian Irama Malaysia                   RM    250.00
r)       Kawad Kaki                                        RM    300.00              
JUMLAH                                           RM 5 500.00

6.4.            Bayaran boleh dibuat atas nama “TABUNG PENGELOLAAN KAKOM 2012” dan dihantar ke Kolej Matrikulasi KEDAH, (bank dan nombor akaun akan  diberitahu kelak)

6.5.            Bayaran makan kepada kafeteria-kafeteria di Kolej Matrikulasi Kedah adalah atas kolej masing-masing dan anggarannya ialah RM 16.00 sehari seorang selama 6 hari tertakluk kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk KAKOM untuk 6 sajian (sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam)

7.      PERBELANJAAN KAKOM 2012                               (Lampiran 1)

8.      AHLI JAWATAN KUASA                                           (Lampiran 2)

9.      SENARAI PENGURUS DAN JURULATIH             (Lampiran 3)



10.  PENUTUP
Diharapkan Karnival Kokurikulum yang akan berlangsung di Kolej Matrikulasi Kedah ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kolej Matrikulasi Labuan akan berusaha untuk mengekalkan kejuaraan KAKOM 2012.

Disediakan oleh :                                                                 Disemak oleh :


                                                                                
(MOHD FUAD BIN SALIHIN)                                         (SAWANG@RIZAL AMIT)
Setiausaha                                                                              Ketua Kontinjen
Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2012                                  Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2012
Kolej Matrikulasi Labuan                                                       Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pelajaran Malaysia                                             Kementerian Pelajaran Malaysia


Lampiran 1
PERBELANJAAN KAKOM 2012 DI KOLEJ MATRIKULASI KEDAH

BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)
1
PELANCARAN DAN LARIAN KAKOM
10 000.00
2
KEM MOTIVASI KAKOM
10 000.00
3
PRA KAKOM 1
2 000.00
4
PRA KAKOM 2
33 000.00
5
YURAN
·     Bayaran Penginapan Pelajar (RM 15.00 X 145 peserta) = RM 2 175.00
·     Bayaran Penginapan Pegawai (RM 50.00 X 34 pegawai) = RM 1 700.00
·     Yuran Penyertaan Kakom = RM 12 000.00
·     Yuran Penyertaan Permainan = RM 5 500.00
·     Yuran Makanan (RM 16.00 X 6 hari X 145 peserta) = RM 13 920.00

          
                         
        35 295.00
6
ELAUN PELAJAR
·     Wang saku pelajar  (RM 16.00 X 2 hari X 145 peserta)

4 640.00
7
PERBELANJAAN SEMASA PERTANDINGAN
·     Makanan Tambahan & Minuman Semasa Pertandingan = RM 8 000.00
·     Kontigensi (Kecemasan, Minyak, Tol, dan lain-lain) = RM 2 000.00

              
      10 000.00
8
PERUBATAN DAN KONTIGENSI
·     Perubatan

       5 000.00
9
PEMBELIAN PERALATAN
·     Pembelian Peralatan Sukan = RM 16 000.00
·     Busana dan Alat Solek = RM 1 000.00


17 000.00
10
TAMBANG (PERGI & BALIK)
·     Pelajar
Pergi – Labuan ke KLIA ke Kolej Matrikulasi Kedah
Balik – Kolej Matrikulasi Kedah ke KLIA ke Labuan
RM 1 228.00 X 145 pelajar  = RM 178 060.00
·     Pegawai
Pergi - Labuan ke KLIA ke Kolej Matrikulasi Kedah
Balik – Kolej Matrikulasi Kedah ke KLIA ke Labuan
RM 1 228.00 X 34 pegawai  = RM 41 752.00




      219 812.00
  11
PAKAIAN KONTINJEN
·     Pelajar
Track Suit , T-Shirt kolar (2 helai), T-Shirt round neck (2 helai), Topi, Beg, Kasut dan Stoking
RM 250.00 X 145 peserta = RM 36 250.00
·     Pegawai
Track Suit , T-Shirt kolar (2 helai), T-Shirt round neck (2 helai), Topi, Beg, Kasut dan Stoking
RM 250.00 X 39 pegawai = RM 9 750.00



       46 000.00

12
PENGANGKUTAN
·     Sewa Bas (RM 1 200.00 X 5 unit X 3 hari) = RM 18 000.00
·     Sewa Kereta (RM 150.00 X 1 unit X 6 hari) = RM 900.00
·     Sewa Van (RM 250.00 X 2 unit X 6 hari) = RM 3 000.00
·     Sewa Motosikal (RM 80.00 X 1 unit X 6 hari) = RM 480.00

         
22 860.00



BIL
PERKARA
JUMLAH (RM)
13
LAIN-LAIN PERBELANJAAN
·     Pemasangan tali raket dan grip
a.       Tenis (RM 50.00 X 10 set) = RM 500.00
b.      Skuasy (RM 50.00 X 10 set) = RM 500.00
c.       Badminton (RM 30.00 X 20 set) = RM 600.00
·     Mineral Water (RM 19.00 X 50 kotak) = RM 950.00


2 550.00

JUMLAH


JUMLAH PERBELANJAAN KAKOM 2013

Termasuk tiket kapal terbang          = RM 418 157.00
Tidak termasuk tiket kapal terbang = RM 198 345.00


  
Lampiran 2
JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN KAKOM 2012
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Penasihat                              : En. Sawang@Rizal Amit
Ketua Kontinjen                  : KJPP
P/Ketua Kont.                      : En. Azrulnizam Yaacob (Ketua Unit)
Setiausaha                            : En. Mohd Fuad bin Salihin
Bendahari                             : Pn. Aishah Daud (PEK)
Teknikal                               : En. Mahamad Yusof Abdul Rani
: En. Rosli Md Isa
: En. Nor Azham bin Ali
: En. Muhammad Shariel Abdul Samat
Motivator                             : En. Kamarudin Mansur
                                                : En. Abu Talip Ramli
                                                : En. Masah Abu Mansor
Dokumentasi                        : En. Nazaruddin Zakaria
Fisioterapi                            : En. Hamithahiro Tahir
                                                : Pn. Olianah Duah
Peralatan                              : En. Mahamad Yusof Abdul Rani
                                                : En. Hamithahiro Tahir
                                                : En. Rizman Mairin
Tiket                                     : En. Masah Abu Mansor
                                                : En. Muhammad Shariel Abdul Samat
Pengangkutan                      : En Effendy bin Adul Razak
Pendaftaran/Penginapan      : En. Mahamad Yusof  Abdul Rani
Perjumpaan Teknikal          : Semua pengurus dan jurulatih yang dilantik
Pemandu                              : En. Dolmat Ladis

Penyelaras Sukan dan Permainan

·         En Mohd Fuad bin Salihin
                    i.            Ragbi
                  ii.            Bola Tampar
                iii.            Bola Jaring

·         En. Mahamad Yusof bin Abdul Rani
                    i.            Olahraga
                  ii.            Bola Sepak
                iii.            Tenis

·         En Masah bin Abu Mansor
                    i.            Skuasy
                  ii.            Kawad Kaki
                iii.            Badminton

·         En Effendy bin Adul Razak
                    i.            Sepak Takraw
                  ii.            Bola Keranjang
                iii.            Nyanyian



Lampiran 3
PENGURUS DAN JURULATIH KAKOM 2012

1.        BOLA SEPAK
PENGURUS                                  : EN. AHMAD AFFENDY ABDULLAH
JURULATIH                                  : EN. LEIRFOS BIN JAINUS

2.     BOLA JARING
PENGURUS                                  : CIK AMAL HARUN
JURULATIH                                  : PN. ESTHER M. LINUS

3.     BOLA TAMPAR (LELAKI)
PENGURUS                                  :
JURULATIH                                  : EN. MOHD RIEDZNAN SUTRISNO

4.     BOLA TAMPAR (WANITA)
PENGURUS                                  : PN. AISHAH DAUD
JURULATIH                                  : EN. RIZMAN MAIRIN

5.     BOLA KERANJANG (LELAKI)
PENGURUS                                  : EN. PANG TIONG HOOK
JURULATIH                                  : EN. MOHD SYAFIQ GHAZALI

6.     BOLA KERANJANG (WANITA)
PENGURUS                                      : PN. SITI NOOREHAN MON
JURULATIH                                    : EN. MOHD ANIS SURYADY MUSTAFHA

7.     SEPAK TAKRAW
PENGURUS                                      : EN. MUHAMMAD SHARIEL ABDUL SAMAT
JURULATIH                                    : EN. RONALD FRANCIS

8.     TENIS
PENGURUS                                      : EN. NOR AZHAM BIN ALI
JURULATIH                                    : EN. HASHIM KASSIM
               
9.     BADMINTON
PENGURUS                                     : EN.  MOHD AMIN AHMAD ISA
JURULATIH                                    : EN. KASBAH ANDI DAHRAN
               
10.   KEBUDAYAAN
PENGURUS/JURULATIH           : EN. MOHD ZAHIR HAFIZI SAFIAN

11.   OLAHRAGA
PENGURUS                                    : CIK AIREEN GANDI
JURULATIH                                  : EN. AZRULNIZAM YAACOB

11.     SKUASY
PENGURUS                                  : EN. ABU TALIP RAMLI
JURULATIH                                  : EN. BYRON MC MICHAEL KADUM

12.     RAGBI
PENGURUS                                    : EN. AHMAD EFFENDY bIN ABDUL RAZAK
JURULATIH                                  : EN. MOHD FUAD BIN sALIHIN

13.     KAWAD KAKI
PENGURUS                                  : PN. OLIANAH DUAH
JURULATIH                                  : EN. MAHAMAD YUSOF ABDUL RANI

14.     FISIOTERAPI/PERALATAN
PEGAWAI                                     : EN. HAMITHAHIRO TAHIR

15.     DOKUMENTASI
PEGAWAI                                     : EN. NAZARUDDIN ZAKARIA

16.     MOTIVATOR
PEGAWAI                                     : EN. KAMARUDIN MANSUR

17.     PEMANDU  

PEGAWAI                                     : EN. DOLMAT LADIS

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...